Wednesday, July 31, 2019

Uniform Hari Rabu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni sedondon begini pulak ye...
Yang seorang lagi menyorok di balik pintu sebab tak seragam...



#SKCPtheBESTteam
#Selangkahseiringan
#diaricikguNdonceria

Thursday, July 18, 2019

Pentadbir Baharu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Berkuatkuasa 10 Jun 2019.

Guru Besar  : Pn Hindon bt Wahid
Penolong Kanan Pentadbiran : Pn Nuzulrul Azaliza bt Ariffin
Penolong Kanan HEM            : Encik Zamree bin Mat Ali
Penolong Kanan Kokurikulum: Puan Nor Adila bt Ghazali
Penolong Kanan Pendidikan Khas : Pn. Norajimah bt Abdullah




#SKCPthe BESTteam
#selangkahseiringan


Wednesday, May 15, 2019

SAMBUTAN HARI GURU 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat Hari Guru..... Banyak sekolah dah menyambutnya, tapi sekolah saya 15hb baru nak sambut. Feel hari guru sebenar meskipun sambut pada bulan ramadhan.... sape kata bulan ramadhan tak boleh nak buat sambutan.... cuma nyer tak adalah aktiviti makan-makan.

Sebenarnya nak buat program 2 in 1.... Sambutan hari guru dan Majlis persaraan Puan Amalee  guru yang lama berkhidmat di SK Coronation Park ni. Nak bagi beliau merasa sambutan hari guru yg terakhir sepanjang perkhidmatannya.... persaraannya bermula 16hb Mei.

Menjelang sambutan esok , kena lah buat persediaan untuk ucapan... search pak google cari info.
untuk perkongsian Tema Sambutan Hari Guru 2019

"Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi"

Tema Obor Hemah itu sempena sama dengan sajak yang diilhamkan oleh Tokoh Sasterawan terkenal, iaitu A. SAMAD SAID, pada 2 APRIL 1988. 

Wah baru tahu ni, tahun mula-mula saya mengajar dulu...1988 Jan 04.

Jom hayati bait-bait indah dalam sajak yang berjudul OBOR HEMAH.

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah, 

melimpahkan hujan pada musim gersang, 
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; 
ia renjis embun pada tanah bakat, 
suara ihsan ketika manusia kalah, 
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor, 

ketika sejarah dalam bilik darjah, 
senyum penyembuh bagi wabak sengsara, 
ia - sungai rangsang sentiasa tenang, 
menghantar bahtera ke segara dharma, 
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun, 

mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, 
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, 
ia mengemudi biduk, melepaskannya, 
atas lambungan laut, merangsangkan 
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar, 

menghidupkan batin yang bersih 
di daerah dunia cemar kasih, 
dan pada ketika tak tersangkakan, 
walau diambilnya kemball semua buku, 
sempat ditinggalkan asas i1mu.
Guru adalah batin suci hatinurani, 
penjunjung budi, manusia yang takwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID, 2 APRIL 1988



Ni pulak adalah logo hari Guru 2019.         

Maksud logo 

Bentuk BUKU - melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan Menteri Pendidikan Dr Massle





Selamat Hari Guru kepada semua rakan yang bergelar GURU..
Selamat Hari Guru kepada guru-guru saya dari Tahun 1 hingga ke IPG.