LEMBAGA PENGAWAS SK MARIAN CONVENT, IPOH
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
VISI
"Pengawas Unggul Penjana Disiplin Cemerlang"
"Pengawas Unggul Penjana Disiplin Cemerlang"
MISI
Berazam melahirkan pengawas berkualiti dan berketrampilan
sebagai modal insan yang berwibawa, berperanan dan berkesan
ke arah mewujudkan sekolah yang kondusif
untuk pembelajaran dan pengajaran
melalui motivasi dan bimbingan berterusan.
Berazam melahirkan pengawas berkualiti dan berketrampilan
sebagai modal insan yang berwibawa, berperanan dan berkesan
ke arah mewujudkan sekolah yang kondusif
untuk pembelajaran dan pengajaran
melalui motivasi dan bimbingan berterusan.
MOTO
AMANAH , BERDISIPLIN DAN BERTANGGUNGJAWAB
PIAGAM Lembaga Pengawas
Kami
Lembaga Pengawas SK MARIAN CONVENT IPOH dengan penuh iltizam berjanji akan
bekerja dengan usaha tenaga kami untuk:
§ memantapkan
disiplin ke hala tuju yang cemerlang dan gemilang.
§ membantu
pihak pentadbir dan guru-guru sekolah dalam segala aktiviti yang diadakan dengan cemerlang dan berkesan.
§ memberi
layanan dan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan.
§ memastikan
peraturan sekolah dipatuhi dan berusaha meningkatkan mutu disiplin.
§ menjana
pemikiran dan sahsiah pelajar ke arah mencapai kecemerlangan visi dan misi sekolah.
IKRAR
Bahawasanya
kami pengawas-pengawas SK MARIAN CONVENT IPOH berikrar akan menumpukan sepenuh
taat setia kami terhadap lembaga pengawas dan sekolah ini berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:
§ Berpegang
teguh kepada ajaran agama dan prinsip-prinsip rukun negara
§ Bertugas
dengan penuh dedikasi, toleransi dan bertanggungjawab
§ Berusaha
untuk menjadi model dan contoh kepada sekolah
§ Berusaha
untuk meningkatkan kualiti akademik
§ Bertugas
ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolah
PERATURAN AM PENGAWAS
1. Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada murid-
murid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas.
2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan
jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas dengan
baik.
3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan
setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid.
4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan mereka
mesti mematuhi arahan pengawas.
5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan am
pengawas.
6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah
dari semasa ke semasa.
7. Membantu pihak sekolah melakukan 'spot check' kepada murid lain.
8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid lain
termasuk ke acara/majlis rasmi.
9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Lembaga Pengawas ini
sepanjang masa.
PERANAN SEORANG PENGAWAS
- Mengawal disiplin murid.
- Mementingkan imej diri dan menunjukkan
teladan yang baik kepada murid dan pengawas junior.
- Menjaga imej dan nama baik sekolah.
- Membantu guru, pembantu kepada para
guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan murid.
- Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
- Mematuhi peraturan sekolah sambil
menguatkuasakannya.
- Memimpin rakan-rakan (murid lain).
- Mencegah kes jenayah di sekolah.
- Menghormati guru.
- Tidak memberat sebelah dalam tugas
harian.
- Serius dan bersikap positif semasa
menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi.
- Mendisiplinkan diri sebelum
mendisiplinkan murid lain.
- Memastikan diri sendiri mencapai
prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan
disiplin.
- Sentiasa peka terhadap apa yang
berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk
memperbaiki keadaan.
- Mengenalpasti murid-murid yang
bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
- Mempengaruhi murid lain untuk
berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
- Menyimpan rekod atau maklumat murid yang bersalah sebagai panduan masa
hadapan.
- Patuh kepada ketepatan masa. Para
pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang
ditetapkan.
- Memastikan murid beratur semasa membeli makanan di kantin.
Lembaga Pengawas Sekolah
SK Marian Convent, Ipoh
Sekolah Berprestasi Tinggi
No comments:
Post a Comment