Sunday, December 22, 2013

PERANAN PENGAWAS SEKOLAH


LEMBAGA PENGAWAS SK MARIAN CONVENT, IPOH
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


VISI
"Pengawas Unggul Penjana Disiplin Cemerlang"


MISI
Berazam melahirkan pengawas berkualiti dan berketrampilan
 sebagai modal insan yang berwibawa, berperanan dan berkesan 
ke arah mewujudkan sekolah yang kondusif 
 untuk pembelajaran dan pengajaran 
melalui motivasi dan bimbingan berterusan.


MOTO

AMANAH , BERDISIPLIN DAN BERTANGGUNGJAWAB


PIAGAM  Lembaga Pengawas

Kami Lembaga Pengawas SK MARIAN CONVENT IPOH dengan penuh iltizam berjanji akan bekerja dengan usaha tenaga kami untuk:
§  memantapkan disiplin ke hala tuju yang cemerlang dan gemilang.
§  membantu pihak pentadbir dan guru-guru sekolah dalam segala aktiviti yang diadakan dengan cemerlang dan berkesan.
§  memberi layanan dan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan.
§  memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan berusaha meningkatkan mutu disiplin.
§  menjana pemikiran dan sahsiah pelajar ke arah mencapai kecemerlangan visi dan misi sekolah.


IKRAR
Bahawasanya kami pengawas-pengawas SK MARIAN CONVENT IPOH berikrar akan menumpukan sepenuh taat setia kami terhadap lembaga pengawas dan sekolah ini berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
§  Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsip-prinsip rukun negara
§  Bertugas dengan penuh dedikasi, toleransi dan bertanggungjawab
§  Berusaha untuk menjadi model dan contoh kepada sekolah
§  Berusaha untuk meningkatkan kualiti akademik
§  Bertugas ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolah


PERATURAN AM PENGAWAS

1. Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada murid-
    murid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur,              dedikasi dan berani menjalankan tugas.
2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan             
    jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas dengan 
    baik.
3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan 
    setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid.
4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan mereka 
    mesti mematuhi arahan pengawas.
5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan am 
    pengawas.
6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah 
    dari semasa ke semasa.
7. Membantu pihak sekolah melakukan 'spot check' kepada murid lain.
8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid lain 
    termasuk ke acara/majlis rasmi.
9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Lembaga Pengawas ini 
    sepanjang masa.

PERANAN SEORANG PENGAWAS

  1. Mengawal disiplin murid.
  2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada murid dan pengawas junior.
  3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
  4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan murid.
  5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
  6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
  7. Memimpin rakan-rakan (murid lain).
  8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
  9. Menghormati guru.
  10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
  11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan murid lain.
  13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
  14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
  15. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
  16. Mempengaruhi murid lain untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
  17. Menyimpan rekod atau maklumat murid  yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
  18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
  19. Memastikan murid beratur semasa membeli makanan di kantin.


Lembaga Pengawas Sekolah
SK Marian Convent, Ipoh
Sekolah Berprestasi Tinggi


No comments:

Post a Comment