Sunday, December 24, 2017

Taklimat Pengurusan PPD Perak Tengah Bagi Tahun 2018


21-22 Disember 2017

Regency Hotel & Apartment

Peserta Guru Besar Daerah Perak Tengah

Bertemu lagi di sini,
Untuk persediaan tugasan bagi tahun 2018
Kat daerah sendiri, tak la terasa jauhnya.
Banyak idea perancangan semua untuk anak-anak SK Bakong ... semangat dibaharui... Amanat Tuan Timbalan PPD dipegang.... cuba ditunaikan.










#Kamirelakamisedia


Saturday, December 16, 2017

Kolokium Graduan NPQEL 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

4-7 Disember 2017
Institut Aminudin Baki Bandar Enstak
Perkongsian Amalan Terbaik.
Alhamdulillah hadir sebagai salah seorang pembentang, berkongsi amalan 3S+3S
InshaAllah dikesempatan akan datang saya kongsikan amalan terbaik SK Bakong ye.
SENYUM, SAPA, SALAM +  SUKA, SERONOK, SAYANG

Pembentang Amalan Terbaik Sekolah Rendah  bersama Ketua Sektor dan Pegawai Unit Jaminan Kualiti JPN Perak

Peserta-peserta bersama SIP+ dan Pegawai JPN Negeri Perak
 

Bersama Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Perak
Encik Osman

Pensyarah IAB Genting Highland Pn Norma



#sukaseronoksayang
#ilmuuntukdikongsi

Thursday, December 14, 2017

Cerita Cuti Sekolah: Kita Masih Bersama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Hari ni 14.12.2017..
Hampir sebulan tak menjengok laman ni...Rinduuu pulak. Banyak memori belum dirakam..

Musim cuti sekolah tapi saya dah tak bercuti... minggu lepas dah bertugas di luar kawasan terus sambung bercuti walau hanya sehari....nanti di next entri saya cerita kisah percutian saya tu...

Hari ni hari terakhir ada kelas extra knowledge untuk anak-anak Tahun 6 2018. Kelas untuk 8 hari aje, agar anak-anak taklupa langsung pada sekolah. Minggu ni aje yang sempat bersama mereka.  Tahun depan anak-anak Tahun 6 ada 14 orang, tapi yang datang hari ni 9 orang aje, kira ok la tu, tak paksa pun, sesiapa yang ada hal dan perancangan bersama keluarga dibenarkan tak hadir. Terima kasih cikgu-cikgu yang sedia untuk memberikan ilmu tambahan kepada anak-anak saya.. dan terima kasih juga kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.

 Sempatla bersama mereka waktu rehat tadi... sambil mengambil buah rambutan di hujung musim. Ini lah seronoknya bekerja di sekolah kawasan kampung. Bila musim buah, semua merasa, ada buah tangan yang dibawa balik rumah.
  Sempat jugak mengintai cikgu-cikgu saya  di bilik BOSS, membuat tugasan untuk persiapan 2018...  Terima kasih ye semua... dapat memudahkan urusan nak buka sekolah nanti.

Seronoknya datang sekolah bila musim cuti ni, tak la rasa sunyi jika mereka semua ada...


SUKA, SERONOK, SAYANG sekolah saya

Saturday, November 4, 2017

Sehari ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Hari ni nak cerita kisah cikgu-cikgu aje yang berzumba di Kuala Lumpur.  Lama beno tak meronda-ronda Kay El ni... nak realese minda sikit cikgu-cikgu sekolah saya.

Jom tengok je la lakon foto kami ni.

Ni je geng yang pergi... cukup sebuah van.

 

 






Terima kasih semua sudi berjalan-jalan sama.

#sukaseronoksayang
#KLdalamkenangan

Monday, October 30, 2017

Tahniah Team Inovasi Gelung Tetingkap SK Bakong

Cikgu NorSoleha bt Ibrahim - Guru Pemulihan
Cikgu Noorhayati bt Sulaiman - Guru Bahasa Melayu
Cikgu Noraziah bt Adli  - Guru Bahasa Inggeris





Pemenang EMAS Inovasi PdPc Guru dan Kedua Keseluruhan.
 Gegelung Tetingkap - inovasi untuk membaca cepat dan menyeronokkan.



Idea dan konsep asal Inovasi Gelung Tetingkap ini adalah ilham daripada Puan Zaindra Abdul Malek,  Guru Kanan Pentadbiran SK Bakong yang bersedia berkongsi idea dan menyumbangkan tenaga untuk membina Gelung Tetingkat gergasi. Beliau menggalakkan semua warga sekolah sentiasa berinovasi dan menggunakan idea ini untuk mencemerlangkan anak-anak SK Bakong, selain berkongsi dengan seluruh warga pendidik.

Tahniah semua... Tahniah SK Bakong.

Friday, October 27, 2017

Selamat Datang Cikgu Nabila : Kod Etika Perguruan


 
24 Oktober 2017
Guru baharu mendaftar sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam.
Selamat datang dan selamat bertugas di SK Bakong, Perak.
Muda belia lagi, lebih kurang sebaya anak sendiri.
Comel-comel, chubby-chubby, sweet senyumnyer..

Semoga Teacher Nabila menjadi guru yang dedikasi, berkhidmat demi anak bangsa dan mengikuti etika dan profesion Perguruan  serta etika seorang penjawat awam.

 
 
  Ops dah sebut pasal Etika Perguruan ni, nak buat catatan sedikit untuk peringatan semula, mana yang teralpa dan untuk diri sendiri yang dah 30 tahun dalam dunia pendidikan, kadang perlu referesh balik untuk muhasabah diri,  siapa, apa, bagaimana, mengapa, di mana dan untuk siapa kita dalam dunia pendidikan sebenarnya. 
 
 
ETIKA PERGURUAN
Etika Perguruan
Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara
lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

Piagam Pelanggan
1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan
yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.

7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit,jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model'kepada muridnya.

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.

19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
 

Ha ni pula ada kaitan dengan etika kita sebagai penjawat awam di Kementerian Pendidikan  Malaysia.
 
Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
1. Niat yang betul
2. Perlakuan yang baik
3. Pengerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:
1. Amanah
2. Benar
3. Bijaksana
4. Bersyukur
5. Dedikasi
6. Ihklas
7. Penyayang


Semoga Cikgu Nabila Suka, Seronok dan Sayang SK Bakong.


Sunday, October 15, 2017

Laman Sarana Sehati Sejiwa SK Bakong, Perak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
 
 
Alhamdulillah akhirnya siap la laman kami ni. Dah sebulan siap, cuma tak sempat nak cerita & publish aje.
Laman yang bertemakan Kemerdekaan dan menggunakan bahan terbuang ni akan dijadikan satu sudut pembelajaran luar bilik darjah. Bahan yang dipamer akan kekal dibiarkan supaya boleh dijadikan sudut maklumat sejarah untuk anak-anak SK Bakong.
 
Laman Sarana Sehati Sejiwa ini adalah hasil perkongsian idea dan usaha ahli PIBG sekolah. Berkat kesepakatan dan kerjasama ahli-ahli PIBG yang sukarela datang membantu menyiapkan laman yang cantik dan amat bermanafaat ini.
 
Laman ini diberi nama Laman Sarana Sehati Sejiwa hasil perbincangan dan persetujuan bersama. Sempena tema sambutan Kemerdekaan yang ke 60 Negaraku Sehati Sejiwa, perkataan sehati sejiwa diambil kerana ia juga sesuai dengan penghasilan laman yang dihasilkan bersama semua warga sekolah. Bersama saling memberikan pendapat, bersama mengumpul bahan, bersama menyediakan gubahan bunga dan landskap serta sama-sama menjaganya nanti. Sarana pula diambil kerana ia adalah program PIBG sepenuhnya yang diketuai oleh penyelaras projek Puan Zaharah bt Bakar.
Warna-warna di laman ini adalah bertemakan warna-warna bendera Malaysia dan bendera Negeri Perak.
 
Barisan ahli PIBG yang banyak membantu menyiapkan Laman Sarana Sehati Sejiwa
 Proses menyediakan bahan.

 
                             

Sudut-sudut dalam Laman Sarana Sehati Sejiwa

                         


Proses persiapan sepenuhnya selama 9 minggu.
 

 Tak siap lagipun kami posing dulu..
 
Ok dah siap sepenuhnya... puas dah berposing di sana sini... setiap sudut untuk dijadikan kenangan nanti. Laman yang tak mungkin ada di sekolah saya akan datang.... ermmm macam tau-tau aje nak dapat sekolah baharu...  tak tahu bila tapi pasti...
 
Suka-suka seronok bergambar di mana jua. Kalau nak berposing sama meh la datang ke sekolah teman....
 
                       
  Banyaknyer posing seorang-seorang.... hihihi ni yang tukang ambik gambar saya... layan saya bergambar tak kira waktu... tengah hari panas terik pun sanggup... ye la kadang tu nak tunggu anak-anak dah balik...awal pagi... waktu petang pun ada... opss.. waktu free tak kelas tau kami posing.. kebetulan kadang waktu buat WAYS...(walk around your school)

Ni pelawat dari jauh datang dari Penang. Terima kasih ye sudi mampir Cikgu Mior n Cikgu Salwa sefamily. Masa ni belum siap sepenuhnya.
 
 Waktu rehat g ngintai anak-anak di laman ni. Seronoknya mereka berbuai dan bermain dalam kawasan ni.

  Menyimpan kenangan lagi...


Semoga Laman Sarana Sehati Sejiwa ni akan terus dijaga bagi mengekalkan keceriaan sekolah. Ianya juga dijadikan salah satu daya penarik anak-anak untuk rajin datang ke sekolah.


Bunga mekar berwarna warni,
Menjadi hiasan laman Sarana;
Semuanya kan kusimpan di dalam hati,
Menjadi kenangan selama-lamanya.
 
Laman dihias cantik sekali,
Tempat bermain anak nan ceria;
Ucapan terima kasih seikhas hati,
Kepada PIBG dan semua warga.
 
Terima kasih semua. Sumbangan dan jasa semua tetap dihargai.
Saya suka, seronok dan
sayang sekolah saya... SK BAKONG, PERAK