Monday, May 23, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kali ke 53, 2011

  Tahun ni Perak menjadi tuan rumah Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Kali ke 53. Bertuah la kami yang tinggal di Ipoh. Kejohanan ini diadakan di Stadium Perak. Jadi mudah la saya nak pergi menonton. Kejohanan bermula dengan perasmiannya pada 20 Mei 2011 hari Jumaat jam 8.30 malam, tapi yang terlibat jam 5 dah kena berada di stadium. Majlis penutupan pula pada 24 Mei 2011 hari Selasa jam 4.00 petang.

Sekolah SK Rapat Setia terlibat secara langsung dalam beberapa acara....
40 orang murid Tahun 5 terpilih sebagai peserta untuk Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia bersama 5 orang guru. Acara ini telah mencatat  Malaysia  Books Of Record di mana 10,845 orang murid dari seluruh negeri Perak terlibat sama. Manakala 7 orang guru dan 2 orang staff terlibat sebagai penyanyi koir sepanjang malam perasmian. Yang sukanya sekolah saya ni En. Nazri Mat guru muzik telah terlibat secara langsung dalam penggubahan muziknya bersama pemuzik-pemuzik JPN Perak. Pentadbir sekolah pula telah dilantik sebagai Jawatankuasa Sambutan, untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Dato' Haji  Muhyidin b. Yassin di lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.



Ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Lapngan
Terbang Sultan Azlan Shah, 


 







Wednesday, May 18, 2011

HARI KELUARGA SKRS

Mengabadikan kenangan bersama



Kolam untuk anak-anak bermandi-manda

Cikgu-cikgu seronok bermain bola tampar air

Acara Sukaneka

Guru Besar dan suami...orang kuat untuk program ini.

Suka sangat ada Hari Keluarga hari ni, seronok dapat jumpa dan berkenalan dengan ahli keluarga cikgu-cikgu SK Rapat Setia. Lama tak berendam, tak beriang ria, jadi ni la masanya saya lepas gian...kebanyakannya semua datang berkeluarga, cuma de 2, 3 orang je yang berkeluarga datang bujang, datang ngan anak-anak je, agaknya suami/isteri masing-masing tu de hal la...termasuklah saya, datang ngan anak-anak je. Tak kisah la janji datang kan. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan silatulrahim semua guru dan staff SK Rapat Setia dengan keluarga kengkawan.....Saya suka la sekolah saya ni.






Tuesday, May 17, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

16 Mei 2011 - Hari Untuk Semua Guru
SELAMAT HARI GURU...


IKRAR GURU....setiap tahun ikrar akan dilafazkan
 untuk mengingatkan diri  yang mungkin alpa.


Lagu " Guru Malaysia",   mesti hafal ..
lagu tema yang susah sikit setiap  tahun bertukar...



Tanda TERIMA KASIH CIKGU dari para pengawas
mewakili semua murid....cikgu-cikgu pun seronok menerimanya.
Harga hadiah bukan ukuran yg penting ucapan TERIMA KASIH CIKGU.
Guru yang cemerlang akan melahirkan murid yang cemerlang
                                     

Sunday, May 15, 2011

TAHNIAH Pasukan RAGBI terus cemerlang 2011

Latihan yang berterusan serta komitmen jurulatih dan pemain adalah kunci dalam mencapai kecemerlangan pasukan ini. Tahniah Cikgu Adam ngan Cikgu Rahman yang menjadi orang kuat dalam kecemerlangan pasukan "Rumble Bee". Johan Terbuka UPM dan Johan Jemputan Piala Lal Mahadev, SK King Edward Taiping, adalah titik permulaan kejayaan untuk tahun 2011.


 Kejohanan Ragbi Terbuka UPM, Serdang, Selangor.
JOHAN
Posing selepas menjadi JUARA..
                                     
Kejohanan Ragbi MSSD Kinta Utara
Team A: Naib Johan Cup, Team B : Johan Plate


Pemain  SK Rapat Setia yang mewakili Daerah ke MSS Negeri Perak.
  JOHAN   dan 4 orang terpilih mewakili PERAK ke peringkat Kebangsaan.
MSSM di Sabah bulan Jun nanti.



















Thursday, May 12, 2011

SUKA Minggu Peperiksaan

Sambil tengok budak-budak jawab soalan  , tengok cikgu JAGA kelas PEPERIKSAAN  dan tengok juga  keceriaan ... SUKA sangat bila masa peperiksaan SEKOLAH saya, sunyi, tenang, nyaman, damai je....
TENGOK la kesungguhan anak-anak murid sekolah saya menjawab soalan. Semoga kejayaan sentiasa dalam gengaman.

Kelas 6 Setia

Dah siap ke? Rileks je...

Susahnya nak jawab soalan ni. Sakit kepala aku !!! nak tanya cikgu tak boleh.



Monday, May 9, 2011

SK Rapat Setia

Mula lapor diri kat sekolah ni pada 1 Dis 2008, SUKA SANGAT, ye la dapat balik ke ipoh, tak kena hantar jauh-jauh, jaraknya dari rumah cuma 10km tapi 20 minit baru sampai, kira laju la tu. Mula-mula cari sekolah ni meraban la juga, walaupun sebenarnya dah pernah lalu zaman mula-mula sekolah ni dibina.  Ni sekolah saya yang ke 10...banyaknyaaaaaaaa

Ni la bahagian hadapan sekolah ,
tu tempat  parking kereta saya ngan 3 lagi pentadbir sekolah ni.
Sekolah ni mula beroperasi pada Jan 2003.xsampai 10 tahun lagi.Sekolah gred B je tapi muridnya lebih 800 orang.bermotokan BERAZAM, BERUSAHA, BERJAYA....saya pasti sekolah ni akan mencapai kecemerlangan dalam smua bidang. Saya SUKA SEKOLAH SAYA ni....di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung....kalau dah suka sanggup buat apa saja.
Pemandangan dari padang.  Besar dan luas. 

Jangan lupa 'punch-card' bila datang dan balik sekolah.























Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Hari ni Hari Ibu, teringat pula kat mak di kampung. 
Inilah ibu tersayang saya, Sama tak? Tapi mak saya lebih comel kan. 
Terima kasih mak kerana melahirkan saya ke dunia ini. Mengasuh dan mendidik saya hingga dewasa, tapi yang paling penting, mak selalu menyediakan saya bekal untuk ke SEKOLAH hingga ke tingkatan lima. 

Untuk mak tersayang Hjh Ramlah  bt. Karnadi, SELAMAT HARI IBU, 
Semoga sentiasa sihat dan bahagia menjalani hidup ini dan
 dirahmati Allah swt selalu.


Yang bestnya kat SEKOLAH YANG SAYA SUKA, ada yang panggil saya ibu.  Di sekolah saya ni pun ada umi, mama dan bonda. Apa pun panggilan yang diberi, semua tetap meraikan hari yang sama, SELAMAT HARI IBU.
Majlis Jamuan Persaraan UMI  pada 26 April 2011 di Hillcity Hotel, Ipoh.

Untuk semua yang bergelar ibu, mak, umi, mama, bonda dan panggilan yang sama maksud dengannya... SELAMAT HARI IBU.

Suka Jadi Budak Sekolah

Suka Jadi Budak Sekolah? Zaman jadi budak sekolah memang seronok. Dulu Umur 7 tahun je mesti dah jadi budak sekolah, tapi sekarang umur 4 tahun pun dah jadi budak sekolah tadika...Semua orang mesti pergi sekolah, nak jadi budak sekolah. Zaman sekarang mana ada orang yang tak pergi sekolah. Suka ke tak suka mesti kena pergi sekolah. Macam-macam ada kat sekolah, paling penting nak belajar....belajar membaca,  belajar menulis dan belajar berkomunikasi. Suka jadi budak sekolah  sebab dapat ramai kawan, cikgu sayang, nak ape je mesti mak ngan ayah bagi, baju baharu, kasut baharu. Senang cakap semua serba baharu la.

  Ni mula-mula jadi budak sekolah, mana kawan sekelas saya .  Tahun 1973 darjah 1. 
   di SK Batu Laut, Kuala Langat, Selangor.  Teringat la pulak kat kawan2 lama ni.....

Nak mengenang semula zaman jadi budak sekolah, suka sangat pergi sekolah. Selain belajar, saya suka sekolah sebab nak main. Semua permainan kalau boleh nak masuk. Kadang lebih suka pergi sekolah sebab nak main je..ngan aktiviti luar. Seronok selalu ngan kawan2. Tapi sebagai murid kita mesti pandai bahagikan masa belajar ngan main. Kalau main, main betul2, sekarang ni main je pun leh buat duit....pemain pro tapi mesti ada kesungguhan la. Aktif dalam kokurikulum pun penting, sijil2 yang kita dapat boleh membantu untuk masuk ke sekolah asrama penuh. Nak masuk U pun sekarang 10% markah kokurikulum mesti ada. Kalau dalam kelas beri tumpuan sepenuhnya pada cikgu yang mengajar. Ikut cakap cikgu, berkat ilmunya.

Kenangan zaman jadi murid sekolah, suka sekolah ni...
SMK Batu Laut, Kuala Langat, Selangor.

Setiap orang hanya sekali je jadi budak sekolah. Bila habis zaman sekolah , cukup umur dah tak boleh bersekolah, mana leh ulang lagi nak jadi budak sekolah. Lau nak dok sekolah sampai tua kena jadi CIKGU la. Teringat-ingat keseronokan jadi budak sekolah, jadi masa jadi budak sekolah tu...jadilah murid yang rajin datang sekolah, berdisplin, bertanggungjawab, hormatkan guru dan jadi murid yang cemerlang dalam semua bidang. Nanti menyesal kemudian hari dah tak berguna.