Hari ini masuk kelas 5 Seroja...Pendidikan Sivik Kewarganegaraan, masa setengah jam je hanya sempat untuk sesi perbincangan, Sebagai 'homework' kena buat buku skrap ye.
Harap nota ni dapat membantu kalian semua...
Tajuk tugasan: ADAB DI TEMPAT IBADAT
Buat dalam 3 bahagian iaitu;
A Pengenalan -
nyatakan tempat-tempat ibadat yang terdapat di Malaysia dengan disertakan gambarnya.
B Peraturan/Adab di tempat ibadat
Peraturan di Masjid -
a. menutup aurat
b. menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid
c. duduk dengan sopan
d. menjaga kebersihan diri dan persekitaran
e. tidak mengganggu jemaah yang sedang beribadat
f. menyimpan barangan yang digunakan ke tempat asal semula.
Peraturan di Kuil -
a. membuka kasut sebelum masuk ke perkarangan kuil
b. membasuh kaki sebelum masuk ke kuil
c. memberikan tumpuan semasa sami menjalankan upacara keagamaan
d. menunaikan hajat sekiranya berniat
e. dilarang memasuki perkarangan kuil sekiranya dalam keadaan haid.
Peraturan di Tokong -
a. memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata
b. membuka kasut sebelum masuk ke kawasan ibadat
c. menjaga kebersihan
d. memberikan tumpuan semasa beribadat
e. dilarang membuat bising
f. dilarang membawa makanan berdaging
Peraturan di Gurdwara -
a. membuka kasut sebelum masuk ke Gurdwara
b. berpakaian sopan dan menutup kepala semasa berada di tempat ibadat
c. sujud pada 'Guru Granth Sahib' apabila masuk dan sebelum keluar
d. membersihkan tangan sebelum memegang 'Guru Granth Sahib'
e. Hanya makanan vegeterian dibenarkan dibawa masuk ke Gurdwara
C. Aktiviti yang dijalankan di tempat ibadat.
Masjid - sembahyang/solat
- kelas agama
- ceramah agama
- upacara akad nikah
- mengaji al-Quran
Tokong - sembahyang
- majlis perkahwinan
- Sunday School
Kuil - majlis perkahwinan
- Kelas Thevaram
- Ceramah agama
Gereja - sembahyang
- majlis perkahwinan
- Sunday Class
Cara persembahan buku skrap mengikut kreativiti. Layari laman web untuk mencari bahan.
ejaan sebenar Gurdwara..
Tempoh seminggu ye..anak-anak 5 Seroja SK Marian Convent..
Selamat belajar..
Saya Sayang Semua yang rajin dan bersopan je tau....
Siapa punya blog ni?
ReplyDelete