Memang kemas, ceria dan cantik kelas ni. Tak caya tengok la sendiri..Tak puas tengok gambar, mai masuk kelas dia, rasa tenang je..
Kebetulan saya ada kelas 5 Kenanga hari ni.. Mengajar PSV..
Puan Norriza boleh la bagi ruang sikit.
Kelas ni berkongsi dengan Tahun 1 Kenanga. Petang pun diumumkan Kelas 1 Kenanga Johan Kelas Terbersih dan Paling Ceria bagi minggu lepas.
Tahniah Semua...teruskan kecemerlangan anda.
Pssttt...nak tau kenapa kelas mereka bersih....
hihihi...tak boleh buang sampah dalam bakul sampah dalam kelas tau. Siapa buat sampah/koyak kertas bawa balik sampah tu... alamak masa PSV macam mana...
hahaha..pandai2 la Pn Hindon ye..
Memang betul pun kan..sekolah bukan tempat buang sampah....
kan dah disediakan tong sampah besar di hujung bangunan kelas tu..
Saya Suka Mengajar dalam Kelas yang Bersih dan Ceria.
Amalan yang harus dilakukan oleh semua cikgu2 sebelum memulakan pengajaran...
1. Pastikan murid bersedia.
2. Mulakan interaksi dengan senyuman.
3. Pastikan tiada sampah di persekitaran murid. Senang kata setiap murid kutip sampah di
kawasan tempat duduk mereka. Tak perlu marah, hanya pandang dengan penuh makna.
4. Buat rondaan dalam kelas sambil menyapa. Cara ini lebih mendekatkan diri kita dengan
anak didik dan dapat memastikan murid tidak membuat kerja lain. Tapi jangan mengambil
masa terlalu lama.
5. Jangan takut masa tidak cukup, kerana itu juga cara mendidik sahsiah mereka.
AMALKAN KEBERSIHAN SEPANJANG MASA.
Sayang Semua.
Assalamualaikum, Kak Hindon...
ReplyDeleteAkhirnya, dpt gak menjejaki Akak...
Wah!! Hbt btui skola Akak...
Teringat masa kita mengajar di SKPPH...
Walaikumusalam... sape geranganya ni ye..
ReplyDeleteboleh jalinkan semula ukhuwah.... ..
Aslm wbt Cikgu Hindon, saya tertarik dengan blog cikgu ini yang memnitipkan tips-tips dan amalan terbaik seperti yang diutarakan.
ReplyDeleteTahniah...
Sya baru sahaja menjawat jawatan Guru Besar, dan sedang mencari ilmu serta panduan untuk memulakan tugas seterusnya memajukan sekolah yang akan dipimpin.
semoga cikgu terus menitipkan tips dan info atau apa sahaja yang boleh dikongsi untuk memajukan sekolah....
Walaikumusalam Cikgu. Tahniah telah menjawat jawatan Guru Besar.
DeleteTerima kasih.. Alhamdulillah, sekadar berkongsi pengalaman.
Insya Allah yang baik-baik akan dikongsikan bersama.
Aslm wbt Puan Hindon... terima kasih kerana menitipkan tips-tips dan amalan terbaik untuk diprkatikan di sekolah sebagai pentadbir...
ReplyDeleteMoga-moga cikgu terus menitipkan tips atau info untuk dikongsi bersama.
Waalaikumusalam wbt cikgu.
DeleteAlhamdulillah.. InsyaAllah.
Boleh intai entri Program Inovasi Cemerlang Kehadiran untuk berkongsi tips yang sesuai dipraktikan di sekolah cikgu.