Thursday, April 11, 2013

Pelaksanaan Program i-THINK

i-THINK adalah satu program yang dipacu oleh Agensi Inovasi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah melahirkan murid yang berinovatif.

Apa yang diharapkan daripada program ini, dengan menggunakan Alat Berfikir ('thinking tools') murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif  di dalam kelas. Aktiviti banyak berpusatkan murid, prestasi murid meningkat dan hubungan guru dan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilatator.

Pelaksanaan i-THINK berjalan secara berperingkat:
bermula September 2011 Kajian Rintis oleh AIM (Agensi Inovasi Malaysia) dan 10 buah sekolah Rintis dari seluruh negara telah membuat lawatan dan kajian ke United Kingdom. Secara berperingkat program ini dikembangkan ke beberapa sekolah seluruh negara.

Pada  2012, seramai 5 orang guru sekolah saya telah mendengar taklimat dan menghadiri kursus ini.
Pemandu i-THINK sekolah saya ialah Pn Hjh Khamsiah bt Muda seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu, dibantu oleh Pn. Hjh Roshilah bt Ariffin , Pn. Maznah bt . Cik Wong Wai Ching dan Pn. Sabariah bt Omar.


Pelaksanaan sepenuhnya di sekolah saya bermula Januari 2013, semua guru memilih peta minda yang sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kursus Dalaman Program i-THINK





Jenis-jenis peta minda i-THINK
















Pelaksanaan i-THINK dalam pembelajaran


 


Pelancaran Program Peringkat Sekolah
Pelancaran secara rasminya telah diadakan pada 10 April 2013 dengan menjemput En Nik Ashraf bin Raja Berahim, Penolong Pegawai PPD SR Bahasa Melayu Daerah Kinta Utara, yang juga merupakan penghulu bagi sekolah SK Marian Convent.









En. Nik Ashraf melawat ke Sudut  pameran

Pameran berdasarkan peta minda i-THINK
peta pokok dan peta buih berganda
Peta buih dan peta 
Peta Aliran dan Peta 




Jom amalkan...biarkan anak-anak murid kita berfikir...memberi idea dan menyatakan pendapat.

Wednesday, April 10, 2013

Sekolah Kluster Kecemerlangan Zon Utara

Semalam 9 April (Selasa) ni kena tugas di luar, Awal-awal dah bersiap-siap nak kena pergi.
Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Persidangan/Seminar Antarabangsa Sekolah Kluster Malaysia di SK Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. Mesyuarat bermula 9.30 pagi. Ha..sesudah subuh la dah kena bergerak.
Antara agenda yang dibincangkan ialah merancang program bersama yang akan diadakan pada bulan November 2013. Melibatkan semua sekolah kluster seluruh Malaysia dan menjemput penceramah dari Malaysia dan Thailand.

Senarai Sekolah Kluster Zon Utara 2013
1.  SK Sena, Kangar, Perlis
2.  SK Bagan Jermal, Butterwoth, Pulau Pinang
3.  SR Pendidikan Khas Alma (Penglihatan), Butterworth Pulau Pinang,
4.  SK St.Anne's Convent, Kulim, Kedah,
5.  SK Kampung Jambu, Taiping, Perak,
6.  SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak
7.  SK Marian Convent, Ipoh Perak.
8.  SK Seri Ampang, Ipoh, Perak
9.  SK Perempuan Methodist, Ipoh, Perak.

Antara yang sempat dirakam.




Guru Besar SKK Zon Utara dan Penyelaras Kluster 

Sempat lagi posing di pintu masuk sekolah ni.



Singgah dahulu di sini juga salah satu Sekolah Kluster Kecemerlangan di Perak. Merasa bersarapan pagi di sini. Boleh tahan jugak masakan di kantin sekolah ni.



Balik tu sempat la pekena laksa ngan ais kacang kuala kangsar.. Mula tu malu-malu kucing gak nak makan, hehehe, bukan apa sebenornya masih kenyang, hahaha habis jugak semangkuk ais kacang ngan laksa tu, tak habis kang sayang pulak kan, jangan membazir....siap bungkus lagi..Terima kasih Puan Guru Besar....


Sunday, April 7, 2013

Layan tetamu dari Brunei...

Hai Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Eh berapa hari  tak menjenguk di sini.  Rindu pulak.
Agak sibuk sikit la seminggu dua ni. Antara tugasan sekolah dan belajar (PPG). Tu la tua2 ni baru nak sambung belajar. Semua perlu dibereskan mengikut masa.  Cuti sekolah pun macam tak cuti...Jadi tak boleh la nak bersembang lebih-lebih...
Pada 4 April yang lalu kami dikunjungi oleh bakal-bakal guru dari Brunei Darulsalam yang sedang menjalani latihan praktikal di SM Agama Taayah, Ipoh.
Tengok je la kami melayan mereka tu.


Tarian Selamat Datang - mengalu-alukan tetamu
Acara Berbalas pantun antara guru & Murid SKMC dan tetamu
Pemantun guru-guru pelatih dari Brunei
Jenguk sekejap di Pusat Sumber Sekolah -
Perbincangan proses pendidikan 2 negara - aliran sekolah dan bahasa

Lawatan ke kelas 3 Mawar - berkongsi idea dalam  PdP  
Mengeratkan kemesraan sambil berkongsi budaya - permainan congkak
 


Semoga bertemu di suatu hari nanti.
Bercadang untuk membuat penanda arasan ke negara Brunei. 
Semoga ikatan silatulrahim yang tersimpul ini akan terus tersimpul rapi dan dipertemukan semula bila-bila nanti. Bye . Jumpa lagi.