Friday, February 28, 2014

Kepentingan Tanah Tinggi dan Tanah Pamah

Hi semua. Ni subjek Kajian Tempatan Tahun 5. Jom kita buat ulangkaji  Bentuk Muka Bumi Malaysia. Tak sempat menyalin nota dalam kelas kan.

TANAH TINGGI DI MALAYSIA

Peta menunjukkan kawasan Tanah Tinggi di Malaysia


1. Tanah tinggi terdiri daripada bukit, gunung dan ganang.
2. Bukit mempunyai ketinggian kurang daripada 300meter dari aras laut, gunung-ganang
    ketinggiannya melebihi 300 meter dari aras laut.
3. Tanah tinggi mempunyai bentuk puncak, lereng dan lurah. Puncak merupakan bahagian yang
    paling tinggi, lurah bahagian yang paling rendah.
4. Gunung Kinabalu (4101 meter) merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara yang
    terletak di Banjaran Croker, Sabah.
5. Gunung Tahan (2187 meter) gunug tertinggi di Semenanjung Malaysia yang terletak di Banjaran
    Tahan di negeri Pahang.
6. Banjaran merupakan deretan bukit-bukau dan gunung-ganang. Banjaran Titiwangsa merupakan
    banjaran yang terpanjang di Malaysia dan dikenali dengan 'tulang belakang' Semenanjung
    Malaysia.
7. Kepentingan tanah tinggi
    i Kawasan Peranginan dan Pelancongan
    a. Cameron Highland sebagai pusat pelancongan pertanian. Mereka yang sukakan kedamaian               dan ketenangan akan memilih tanah tinggi  Cameron sebagai destinasi pelancongan.                         Suasananya yang sejuk dan nyaman membuatkan tempat ini sentiasa dikunjungi ramai                   pelancong baik dari dalam dan luar negeri.

    b. Genting Highland adalah pusat pelancong yang berbentuk hiburan. Terdapat banyak jenis               permainan 'indoor' dan 'outdoor' terutama 'roller coaster' menjadi tarikan utama para remaja          ke pusat peranginan tanah tinggi ini.

  ii. Pertanian (kawasan penanaman tanaman hawa sederhana)
  a. Tanah tinggi Cameron yang terletak di negeri Pahang sesuai dengan tanaman sayur-sayuran             kerana suhunya di bawah  . Kubis, salad, tomato dan buah strawberi adalah tanaman utama di         tanah tinggi Cameron selain ladang tehnya yang terbentang luas.

  b. Tanah Tinggi Kundasang yang terletak di Sabah juga terkenal dengan hasil teh dan sayur-                sayuran. 

 iii. Kawasan tadahan air semulajadi dan Sumber Kuasa hidro elektrik
  a.  Empangan hidro elektrik Batang Ai yang terletak di daerah Engkelili bahagian Sri Aman, 
      Sarawak yang siap dibina pada 1984 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1985.  Ia adalah 
      empangan yang merentasi  Sungai Ai.

 Pemandangan di Empangan Batang Ai, Lubuk Antu, Sarawak

       iv. kaya dengan kayu kayan bermutu tinggi.


TANAH PAMAH
Peta menunjukkan kawasan Tanah Pamah  di Malaysia

1. Tanah pamah merupakan kawasan tanah rendah yang rata/datar, beralun dan biasanya
    mempunyai paya, sungai atau tasik. (terletak antara pinggir laut dan tanah tnggi).
2. Kepentingan tanah pamah
    i. pertanian - tanaman padi (Dataran Kedah/Perlis, Tanjong Karang Selangor)
                     - kelapa sawit dan getah ( Sabah, Pahang dan Johor)
                     - nanas (Johor)
                     - Tebu (Perlis)
   ii. kawasan penempatan penduduk - pusat kegiatan penduduk
  iii. kawasan perindustrian - Shah Alam, Pasir Gudang, Juru, Gurun dan Bintulu
                                       - kos pembinaan lebih murah berbanding di tempat tinggi
  iv. Jaringan jalan pengangkutan dan perhubungan - kos lebih rendah dan mudahkan perhubungan
       - Lebuh raya Utara Selatan, Lebuh raya Pantai Timur
       - Landasan keretapi

3. Kawasan utama tanah pamah
    a. Dataran Kedah
    b. Daratan Kerian
    c. Lembah Klang
    d. Dataran Johor
    e. Pahang Tenggara
    f.  Delta Kelantan
    g. Lembah Rajang
    h. Lembah Kinabatangan


Boleh rujuk link di bawah sebagai bacaan/rujukan tambahan
http://leesiokenn.blogspot.com/2011/10/tanah-tinggi-dan-kepentingannya_16.html

Tajuk seterusnya Kepentingan Saliran dan Kawasan Pinggir Laut

Wednesday, February 26, 2014

Piala Pusingan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas


Piala Pusingan yang baru, bermula sesi 2014

Memang susah nak menentukan pemenang setiap minggu. Kebanyakan kelas memang sudah ceria dan cantik.
Murid-muridnya rajin dan bersemangat menjaga kelas masing-masing. Penilai susah nak memilih pemenang.
Penentunya lebih kepada kebersihan lantai dan susun atur perabot yang kemas dan tersusun.
Harapan selepas ini semua kelas akan dapat menempatkan piala ini di kelas masing-masing.

Insyaallah akan datang setiap kelas yang memenangi Pertandingan  Kebersihan dan Keceriaan Kelas akan menerima kad penghargaan untuk dilekat pada Pohon Kecemerlangan Kelas.

Minggu ni Piala ni berada di Kelas 4 Kenanga. Tahniah...

Satu persaingan yang sihat bagi menggalakkan keceriaan dan kebersihan terus dikekalkan.

Kelas yang lain tunggu ye..Insyaallah akan saya kisahkan keceriaan kelas anda dalam entry akan datang.

Tuesday, February 25, 2014

Audit EMIS...Sibuknya Hari Ni..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 
Perjalanan kerja hari ini..dah semalam tak datang (ambik CTR untuk program PPG ke USM), 
so sehari suntuk la dok kat sekolah.
7.00 pagi dah sampai sekolah...
9.00-11.00 pagi taklimat HEM di PPD,  
12.30 tengah hari mesyuarat di Sekolah,
2.30- 4.00 petang bersama pengauditan EMIS.
PdP kena buat secara online jugak nampak gayanya ni.

Tahniah Cikgu Siti Ramlah Azura, laporan pemantauan yang baik. Pengalaman 16 tahun menjadi guru data memudahkan segalanya.
Cuma perlu ditambah sedikit sahaja bagi melengkapkan sepenuhnya menepati kehendak KPM. Terima kasih atas kehadiran mereka untuk membimbing/ membantu pengisian maklumat terkini.


Hihihi,
nak selitkan jugak gambar bersama Zura.









Jangan takut/risau jika ada pegawai KPM datang kerana kedatangan mereka sesungguhnya memberi rezeki dan menjadikan kita lebih efisen.

Suka, Seronok, Ikhlas kunci Kecemerlangan.

Monday, February 24, 2014

Cikgu PPG Lawat USM

Salam 1 Malaysia...
Nak tumpang masuk entry ni ..hehehe
Ni la kawan-kawan cikgu sekolah yang sama-sama sedang menyambung belajar melawat ke Universiti Sains Malaysia. Program amali untuk subjek PJM3112 Pengurusan Sukan dan Pendidikan Jasmani...rasa macam jadi budak pelatih la pulak..pergi rombongan naik bas maktab.  Mengimbau zaman kat maktab perguruan dulu. Sekarang Institiut Pendidikan Guru (IPG)... 
Tak dapat ijazah dari U  dapat timba ilmu kat U pun jadi la...
Semoga segalanya dipermudahkan..

Peserta Program Pensiswazahan Guru PPG611/BM01 IPG Kampus Ipoh.. Dah 6 semester bersama.





















Peserta PPG611/BM01 IPG Kampus Ipoh  bersama Tn Hj Muhamad b. MUhd Hanif - Pengarah & Pegawai Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang & Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani IPG Kampus Ipoh (Tn Hj Zulkifli b. Hassan)  sempena Lawatan Amali PJM3112 Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan pada 24 Februari 2014.











Hahaha..nak tunjuk gaya yang macam-macam posing tu malu la pulak.. 
yg ni je la untuk kenangan bersama. Suka-sukakan hati..
Suka-suka bersama ...

Sunday, February 23, 2014

Sekitar Majlis Anugerah Cemerlang 2013

22 Februari 2014 (Sabtu)
Meraikan kejayaan anak-anak Marian sepanjang tahun 2013..
Tahniah atas kejayaan anda semua.
Bila ada majlis-majlis kat sekolah, memang aku yang teruja sangat..pasal bergambar mesti tak lepas peluang...tu yang pos gambar sendiri dulu.. Seronoknya kalau dapat bunga macam ni. hahaha..depa kata  grad nanti dapat la.. lagi besar.... 
hihihi..nampak gaya kena tunggu tahun depan baru nak dapat.

                            
Bersama Penerima Anugerah yang sempat bergambar sebelum majlis.
Jawatankuasa yang siap sedia memulakan majlis..
 
Majlis baru bermula
 
 Acara Perasmian yang disempurnakan oleh Prof. Madya Dr Shahrina bt  Md Nordin ,
 Ketua Jabatan Pengurusan dan Ilmu Kemanusiaan Universiti Teknologi Petronas.
 Persembahan yang ceria dan menghiburkan. Persembahan dimulakan dengan Nyanyian Negaraku dan Lagu Sekolah oleh Pasukan Koir Sekolah.
 Ayat-ayat Cinta lagu yang menyentuh jiwa..
 

 

 

Penerima hadiah dalam pelbagai kategori:
1. Tokoh Murid (Marian of the year), Tokoh Sahsiah dan Tokoh Kokurikulum
2. Anugerah Khas Sukan - 11 orang
3. Anugerah Khas Kokurikulum - 9 orang
4. Cemerlang UPSR (5A) - 41 orang
5. TopTen setiap bagi Tahun 4,5,6 - 30 orang
6. Anugerah Lonjakan Saujana bagi Tahun 4,5,6  - 3 orang
7. Anugerah Nilam Tahap 1 dan Tahap 2 - 2 orang
8. Anugerah Kecemerlangan Akademuk Tahun 4,5,6 (3 orang setiap kelas)- 48 orang
9. Anugerah  Cemerlang Mata Pelajaran Tahun 6 -  13 orang
10 Anugerah Cemerlang Akademik Tahun 1,2,3 (5 orang setiap kelas) - 60 orang

Penyampaian hadiah disampaikan oleh AJK PIBG dengan diiringi oleh Pentadbir Sekolah.
    
Pn. Shamsina
Pn. Hjh Saidatul                 
En.Ahmad Darji




Saturday, February 22, 2014

Manis dalam Senyuman..

Sehati sejiwa, senada  seirama. Seia sekata


Alhamdulillah selesai majlis ,
Hilang rasa letih dan penat bila bergaya macam ni..
Acara wajib selepas sesuatu majlis, lebih-lebih lagi bila melaram dengan baju baru..hahaha 




Tersenyum simpul manis bergaya,
Duduk berlima mencipta jaya,
"Posing-memposing" semestinya selepas acara,
Jadi pengubat letih dan lara..

Sejam sebelum Majlis Anugerah Cemerlang 2013

Hasil kerjasama semua guru, kakitangan, murid dan pekerja sekolah termasuk pengawal keselamatan yang diterajui oleh Penolong Kanan Pentadbiran menjadikan semuanya indah dan ceria.

Disebabkan perkara luar jangka, perasmi awal tidak 
dapat hadir. Sempat jugak JK Backdrop
 menukar nama perasmi pada pagi tersebut.






 Hadiah berupa Set Buku, Fail dan Piala
 Hadiah untuk perasmi dan penyampai hadiah
 Hadiah untuk Marian Of The Year, Tokoh Sahsiah dan Tokoh Kokurikulum 
(Piala, Plak, Set Buku, Barang Elektrik, Loket Emas Putih dan Jambangan Bunga)
        
Setiap kejayaan diberi penghargaan..
Setiap kegagalan diberi dorongan..
Gagal bukan bererti kalah,
Menang tidak semestinya berjaya.