Sunday, October 21, 2012

Perkhemahan 2 dalam 1

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform sekolah ini amat bermakna pada saya. Terima kasih sangat kepada semua warga sekolah saya, terutama kepada penyelarasnya Ustazah Hjh Zaleha yang komited dan PKKKnya. Perkhemahan ini memang telah dirancang dari awal, cuma tempatnya je berubah. Mungkin ini yang dikatakan rezeki, dapat yang lebih baik. Tarikh yang dirancang memang memberi manafaat kepada saya dan kawan-kawan PPG. Perkhemahan 2 dalam 1, selain perkhemahan sekolah saya, ia juga menjadi satu program Bina Insan Guru pada mahasiswa Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 IPG Kampus Ipoh. Di sekolah saya ni ada 5 orang guru yang sedang mengikuti program itu. Syukur sangat, tambah lagi dengan kerjasama Institiut Latihan Tentera Udara, pengalaman yang amat berharga.

Bersama pensyarah En. Nasarudin Md Rasol dan peserta BIG Perkhemahan IPG Kampus Ipoh
Nurul Asyiqin, Suraya, Siti Ramlah Azura, Norhashimah dan Faridatulhanim
Hari Pertama : 5 Oktober 2012

Taklimat selepas perasmian dan menonton tayangan video korporat.

Peserta BIG sedia mendengar taklimat

Pengalaman menaiki trak tentera


Pasang khemah sendiri. Pihak sekolah menyediakan khemah untuk semua peserta.
 

Peserta BIG bersama pegawai ILTU yang bertanggungjawab sepenuhnya. Komandan latihan Mejar Jaffari dan Mejar Chan

Selesai pasang khemah, berposing la dulu.
Peserta BIG SK Marian Convent dengan semangat yang waja.
 Hari Kedua : 6 Oktober 2012
Senaman pagi / malaysia cergas
Salah satu halangan
 





Selesai melepasi 10 halangan dalam aktiviti merempuh halangan

Perbincangan Latihan Dalam Kumpulan


Persembahan hasil kerja Dalam Kumpulan
Ikhtiar Hidup - cara menyelamat dalam hutan

Mengenali tumbuhan hutan dan kegunaan
  
Cara meminta pertolongan dari orang lain
Meminta bantuan/ Pertolongan menggunakan asap berwarna

Aktiviti Kembara Malam.
Perbincangan untuk persembahan
O Group - Post mortem dan taklimat aktiviti hari esok.

Bersama semua perserta, guru  dan jurulatih di tapak perkhemahan sebelum nak berkemas..
Sempat lagi, nak cuba naik ran . Pandai naik tak pandai turun.


Ni la khemah tempat saya tidur malam tu...
 
Ucapan Guru Besar
Penyampaian sijil dan hadiah oleh Komandan Kem


Majlis Penutup : Ucapan dan Penyampaian Hadiah oleh Komandan Kem

  

Kem Kom & Pen. Kem Kom SKMC  Ust. Hjh Zaleha & Pn. Salmah.

 
 Alhamdulillah dan syukur sangat bila selesai semua tugasan 2 dalam 1 ni. Terima kasih yang tak terhingga  kepada semua warga Marian, guru-guru dan murid yang terlibat sepenuhnya dalam program ini. Kepada anggota tentera Udara Institiut Latihan Tentera Udara, khasnya komandan kem, Pegawai-pegawai,  jurulatih dan pegawai-pegawai muda yang banyak membantu merealisaikan program ini. Pengalaman sepanjang 3 hari 2 malam di Kampungan Survival ini amat bermakna. Tidur malam pun rasa tak takut. Ya lah dah penat dan letih, tidur pun xsedar ape, tau-tau dah subuh, dengar orang kejut...hehehe. Pengawal malam pun anggota tentera yang jaga, walau macam dok dalam hutan. Tu yang yang rasa tak takut pun.
Terima kasih Semua, hanya Allah yang membalas segala budi dan jasa kalian.
Saya suka sekolah saya ni.

Saturday, October 20, 2012

Sister In Cluster

Satu program kebitaraan Bahasa Inggeris. Tujuannya memberikan pendedahan kepada murid sekolah jiran mengenali budaya pembelajaran di sekolah saya. Seramai 20 orang yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan Tahun 4 dari 4 buah sekolah yang berdekatan iaitu SK Seri Kinta, SK Ho Seng Ong, SK Tambun dan SK Raja Chulan belajar selama seminggu dan menjadi warga marian. Mereka ditemani oleh rakan sebaya sepanjang masa berada di sekolah saya.






Semoga hubungan mereka akan terus terjalin.

Tuesday, October 16, 2012

Catatan Perjalanan Bersama Team Sofbol ke Singapura

Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik,
Satu perjalanan yang banyak memberi pengetahuan dan pengalaman yang bermakna untuk dicontohi dan dijadikan panduan demi mencemerlangkan sekolah saya ni.

Hari pertama : 20 September 2012
Bertolak jam 7.40 pagi (sepatutnya jam 7.00 dah bergerak, biasa la bila namanya rombongan budak sekolah, macam2 la halnya). Bekalan kami yang paling banyak ialah air mineral, standby untuk minum dan mencuci di kala perlu. Orang kata kat Singapore tu mahal. (nak save budget la tu)



Perjalanan dari Ipoh ke JB lama juga kira-kira 7 jam lebih. Tidur jaga berulang kali. Tapi yang kat belakang tu tak tahu la mereka tidur ke tidak. Makan tak berhenti. Bila terjaga dengar orang bersembang je.




Hentian pertama di RnR Tapah, sarapan dulu tapi sempat lagi mereka ni bermain dan berposing.



Tiba destnasi pertama, jam 3.40 petang di Sekolah Bandar Uda 2, Johor Bahru. Sekolah Berprestasi Tinggi. Kami disambut dengan baik walaupun hujan turun pada masa itu. Memang kagum dengan keceriaan dan galeri yang begitu banyak. Paling tertarik ialah tandas, boleh dok rehat, memang tak ada bau busuk pun. Kelas Tahun 6 memang class la, ada aircond, kerusi beralas, ceria dan memotivasikan penghuninya, semuanya SUMBANGAN IBU BAPA...semua itu kehendak penjaga yang inginkan anak-anak mereka selesa untuk belajar. Kami anggarkan sejam je kat SKBU2 ni tapi dok 2 jam pun tak terasa. Tak puas rasanya.









Sebelum menyeberang Tambak Johor, kami singgah sebentar di pantai Danga Bay. Kat sini lah selalu diadakan Karnival  Jom Heboh. Orang kata jangan kempunan pergi Johor Bahru tak jejak pantainya. Luas juga kawasannya, tapi disebabkan kesuntukan masa, tak sempat nak ronda semua. Jadi la singgah sekejap je..

Kami teruskan perjalanan ke Singapura melalui Tambak Johor. Akhirnya kami selamat menyeberangi Selat Teberau. Pengalaman di Imigresen Singapura memang selesa. Orang berpusu-pusu dan tergesa-gesa nak cepat, kita relek je, mengambil masa yang lama nak isi 'white card', ye la asyik salah je, sampai kad kehabisan stok. Mana taknya seorang sampai 3 kad. (tak dengar arahan, tu jadinya hehehe). Bagi mereka pengalaman mengisi sendiri kad tersebut sambil bersila, yang meniarap pun ada jugak. Kawasan larangan bergambar, so tak ada la gambar nak tunjuk.

Sepanjang perjalanan  ke hotel 81 Sakura tempat kami menginap perjalanan kami disinari dengan lampu yang indah dan kawasan yang bersih. Sampai di hotel pada jam 10 malam, diiringi oleh Abang Mat, orang yang banyak membantu untuk membuat tempahan tempat penginapan. Setelah mengagihkan kunci bilik masing-masing, taklimat pendek untuk semua peserta diadakan di lobi hotel. Masing-masing dah letih dan tak sabar nak masuk bilik. Nak apa lagi....Hotel ni tak besar sangat, tapi selesa. 1 bilik berdua je - hotel budget. Dok 9 jam ntuk tidur ngan mandi je, buat apa nak ambik yang mahal-mahal  kan.



Hari Kedua :  21 September 2012
Jam 7.30 pagi berkumpul di lobi dan taklimat program sepanjang hari diberikan supaya perjalanan teratur dan  semua peserta dapat mengikut jadual perjalanan dengan baik. Peserta semua excited, seawal 7 pagi ada yang dah menunggu. Langkah pertama kita pergi makan la dulu kat Pasar Geylang Serai. pelbagai makanan ada, tak larat nak pilih.





Jam 9.10 pagi kami sampai di MacPherson Primary School, Mattar Road, Singapore. Melangkah masuk saja kami terpegun dengan keluasan dan susun bangunan yang rapi dan bersih. Tambah teruja bila sepanjang perjalanan menuju ke bilik
Acara pertama adalah persembahan English oleh pelajar Year 4 - tapi ada yang berumur 14 tahun, suara pun dah garau.. Mereka membuat persembahan mengikut kelas dan tahap percapaian mereka.Selepas tu murid ke kantin bersama 'buddy' masing-masing untuk membeli makanan dan mereka kupon SGD1.50 bersamaan RM3. Boleh la beli semangkuk mee soto, nasi lemak di kantin yang memang bersih, manakala  Pentadbir dan beberapa orang guru pula ke bilik konferen, mendengar taklimat program kecemerlangan sekolah tersebut. Memang tabik betul la dengan pencapaian dan program yang yang dilaksanakan. Untungnya cikgu-cikgunya tak perlu bersusah payah untuk melaksanakan program-program, tumpuan tugas guru hanya mengajar dan memberi idea serta membuat kertas kerja program yang ingin dibuat. Kerjasama semua agensi terutama kerajaannya, dan ibu bapa banyak membantu mencemerlangkan sekolah tersebut.






Selesai makan, sesi perbincangan dan perlawanan persahabatan diadakan di padang yang begitu cantik dan selesa. Memang kagumlah, team mereka pun mantap, jurulatihnya En Sunny adalah bekas pemain sofbol kebangsaan Singapura. Kehebatan pemain MacPherson memang sukar ditandingi. Pasukan senior lelakinya telah 15 kali johan dalam kejohanan kebangsaan Singapura, manakala pasukan senior perempuan juga sering bermain di perlawanan akhir.



 
 
Pentadbir pula selesai taklimat, kami dibawa ronda seluruh kawasan sekolah, keceriaan yang begitu mengkagumkan, macam nak buat aje kat sekolah saya ni, tapi mampu ke. Boleh la tengok-tengok. Mana yang boleh diaplikasikan, insyaallah akan menjadi realiti. Itu pun perlukan kerjasama dan pengorbanan semua pihak terutama yang suka menyumbang demi sekolah anak-anak mereka. Sekolah ni memang mementingkan kehijauan dan keceriaan.












Selesai melawat sekitar sekolah, semua guru dan pentadbir masuk semula ke bilik konferen. Majlis ramah mesra dan pertukaran idea sambil makan roti jala Singapore. Sama je ngan roti jala Malaysia. Kami berbalas-balas cenderahati. Memang seronok dan amat dihargai, bukan cenderahati yang diharapkan tapi dah orang bagi ambik je la kan. Terima kasih banyak-banyak sangat. Rasa tak puas nak melawat kawasan sekolah ni. Sementara tu semua murid berada di kantin bermesra dengan pelajar-pelajarnya. Sebelum meninggalkan MacPherson, sempat lagi bergambar buat kenangan.





Perjalanan diteruskan dengan membina Jalinan Convent ke Canoossa Convent School, yang terletak tidak jauh dari Sekolah MacPherson. Pergi jalan kaki je, tapi lenguh jugak la kepala lutut ni. Bas kami tinggal kat MacPherson. Seorang guru MacPherson menghantar rombongan kami sehingga ke pintu pagar Canossa Convent. Setiba di Canossa kami disambut dengan baik dan terus ke ruang sejarah Convent sekolah tersebut. Sister memberikan taklimat dan kisah penubuhan sekolah dan sedih jugak la bangunan sejarah itu akan dirobohkan untuk membina sebuah sekolah yang serba lengkap. Mungkin nak buat macam MacPherson. Kami berkesempatan melawat sekitar sekolah dan melalui beberapan kelas pembelajaran. Sekolah ni dua sesi dan semua murid perempuan.





Misi membina jalinan antarabangsa selesai. Alhamdulillah semoga jalinan ini akan berterusan dan kami bersedia menanti kehadiran kedua-dua sekolah ini ke SK Marian Convent.
Perjalanan diteruskan dengan mengunjungi tempat sejarah warisan melayu di Singapura, yang terletak bersebelahan Masjid negaranya iaitu Masjid         satu-satunya masjid yang dibenarkan melaungkan azan setiap masuk waktu solat. Kami biberi taklimat tentang sejarah masjid tersebut. Bersebelahan masjid tersebut terletaknya pusat perniagaan orang-orang Islam Singapura, pelbagai cenderahati terdapat di situ. Tapi yang sedihnya saya tak sempat nak membeli sebab dok sibuk "berposing".

Singgah di rumah Abang Mat, rumah dua tingkat dalam flat.
Sempat juga singgah di Pantai berlatar belakangkan laut Sunda






Frust betul tidak dapat menemui Singa besar..lambang kemegahan negara ni. Jalan masuk ditutup kerana sedang berlangsung Formula One. Dengar je la bunyi kereta racing tu. Jadi terus ke Changi Airpot, bagi memberi ilmu dan pendedahan kepada murid-murid kecanggihan Airport tersebut. Letih kaki ni mengelilingi kawasan tu, naik turun lif, keluar masuk LRTnya.

Hari Ketiga: 21 September
Perjalanan pulang, singgah sekejap di Science Centre Singapore..luas tak sempat nakpergi semua. Masa terhad, dari  dua jam jadi empat  jam. Tu pun xpuas dok dalam tu.





 


Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di sekolah pada jam 10.30 malam setelah keluar dari melalui Link ke dua. Satu perkara yang tak dijangka berlaku, salah seorang murid tiada 'whitecard'. Kena la tunggu settlekan semuanya, bukan salah kami, pegawai imigresen di Tambak Johor tidak memberikan kad tersebut. Satu perjalanan yang membawa kenangan dan memberikan banyak ilmu dan pengetahuan dunia luar. Semoga sekolah saya akan terus gemilang setanding dengan sekolah yang kami lawati. Amin