Tuesday, March 24, 2015

Kem PLKN Desa Rimba, Cenderoh Kuala Kangsar

Akhirnya sampai juga kami di sini..
Ambil peluang ikut Kak Aniza ke sini. Bila cuti sekolah baru la berkesempatan sambil jalan-jalan cari pengalaman.
Pengalaman pertama menyelusuri perkampungan Kampung Kati menuju ke Kem PLKN Desa Rimba.
Berpusing-pusing mencari..rupanya tepi highway Grik je...Kan senang ikut highway  Ipoh ke Utara.. Keluar kat Kuala Kangsar terus ikut jalan ke Grik tu...Lepas aje Sauk.. nampak signboard Kem PLKN ni... senang sangat.



Buat  apanye ke situ..
Menghantar Ishani ke latihan pusat perkhemahan PBB Kebangsaan. Satu-satu anak Marian yang terpilih mewakili Perak untuk perkhemahan Kebangsaan yang akan di Pulau Pinang  bermula  27 Mac nanti.  Ramahnya dia bergaul dan bermesra dengan peserta lain, tanpa mengira bangsa dan agama.



Tahniah Ishani. 
Ni anak-anak Marian yang menyertai perkhemahan PBB peringkat Negeri 
13 - 16 Mac yang lalu.


Wednesday, March 18, 2015

Keharuman bunga akar dani dan Kesidang

Kenal ke bunga-bunga ni..
Serasa segar menghidu haruman akar dani dan kesidang.
Turun je dari kereta dah terasa menusuk keharumannya. Kebetulan Taman Haruman ni bersebelahan tempat parkir kereta saya...

Terapi minda kejap..

Nak upgrade kawasan ni .. tapi belum ada modal lagi..Siapa la yang sudi sponsor  untuk mencerikan taman ni...

Cuti-cuti sekolah ni, sempat la bersembang-sembang kejap dengan mereka yang menceriakan dan memastikan keselamatan sekolah. Kebetulan semasa sampai mereka sedang menyiram bunga dan menjaga kebersihan bahagian hadapan sekolah saya ni.

Terima kasih Pak Bob (Borhan), Pak Hassan, Pak Mat, Mey-mey, Rose dan Mary
Juga En Fairuz. #Pengawal malam tak sempat nak ditangkap gambornye.
Kerajinan tangan-tangan merekalah yang mengembangkan bunga-bunga di halaman sekolah saya.

#Kredit untuk Syarikat Pembersihan Cempaka Venture...
   mengamalkan budaya kerja yang cemerlang....   boleh sponsor pokok cempaka tak kat taman ni?




Sunday, March 15, 2015

Jaringan Sekolah Berprestasi Tinggi bersama SK Convent Kota, Taiping

Tarikh: 14 Mac 2015
Tempat: SK Convent Kota, Taiping, Perak

Perkongsian Amalan Terbaik SK Kota Convent bersama 13 buah sekolah SBT dari 5 buah negeri.


Wakil setiap sekolah SBT menerima modul amalan terbaik 
daripada Guru Besar SK Convent Kota, Pn Zakiah.

Jaringan Perkongsian Ilmu - Pengurusan Fail dan Sudut Pembelajaran sekolah dalam PSS
                   Susun fail di pejabat  dan fail Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum
                                                              di Bilik Gerakan SK Convent Kota

Tajuk fail sisipan dalam Fail Induk


Pusat Sumber SK Convent
Bahagian Luar
                                      
 Laluan ke Pusat Sumber.. bergaya sekejap rehatkan mata
                    
                                            Dalam PSS yang kemas tersusun rapi dan ceria
 
 
 
Guru PSS yang ramah dan mesra melayan saya bertanya itu dan ini.
Sesi perkongsian pengurusan PSS dan Program Nilam cemerlang

Satu lagi sudut yang boleh dikongsikan  Asean Communiti
                                  

Tanda saya dah sampai sini..SK Convent Kota, Taiping
Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 1.


Saturday, March 14, 2015

Festival Kesenian Islam Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi

Penganjur: SK Convent Kota, Taiping, Perak
Tarikh: 14 Mac 2015
Tempat: SK Convent Kota, Taiping, Perak

Penyertaan 14  buah sekolah SBT;
1. SK Minden Height,Pulau Pinang
2. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
3. SK Sultan Idris II, Perak
4. SK Seksyen 9, Selangor
5. SK Bandar Penawar 2, Johor
6. SK Convent Tanah Rata, Pahang
7. SK Air Merah, Kedah
8. SK Convent Green Lane, Pulau Pinang
9. SK Sultanah Asma, Kedah
10.SK Tengku Mariam, Johor
11.SK Assunta Convent, Pahang
12. SK(P) Sultan Ibrahim, Johor
13. SK Marian Convent, Perak
14. SK Convent Kota, Perak

Acara dipertandingkan:
1. Ilqa' Haraki
2. Nasyid
3. Nyanyian solo (arab)
4. Hiwar
5. Hafizah Cilik Tahap2
6. Hafizah Cilik Tahap1
7. Cerita Bahasa Arab

Pencapaian SKMC:
Gangsa : Bercerita Bahasa Arab
Gangsa : Nasyid
Gangsa : Nyanyian Solo Bahasa Arab

Tahniah kepada Afnan Jamilah, Aesya Fatiha dan kumpulan Nasyid.
                                     
        Kumpulan  Ilqa Haraki, Hiwar dan para hafizah tahniah juga kerana memberi 
persembahan yang baik
                   


Terima kasih dan Tahniah semua..guru-guru dan pesertanya.
Tumpang seronok turut serta dalam rombongan ini...


Terima kasih semua..
kredit juga untuk yang melatih dan membantu semua peserta. 
..ustazah-ustazah yang kena tinggal dan suami2 yang memberi sokongan.


Friday, March 13, 2015

NPQEL...Penandaarasan

Hari ni hari terakhir kawan saya ni, yang juga rakan sejawat saya membuat penandaarasan kat sekolah saya. Dua minggu di SK Marian Convent, kak Aziemah menimba ilmu dan mengkaji satu program yang boleh diaplikasikan bersesuaian dengan keadaan sekolahnya.
Bila pilihan tugasannya menjurus kepada bidang pengurusan HEM, so selalu la kami bersama...kat bilik ni la kami berkongsi cerita dan isu-isu yang dikaji.

Apa dia NPQEL?
Senang cakap NPQEL ni salah satu kursus untuk syarat kelayakan menjadi guru besar.
Tapi yang penting pertambahan pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan sekolah untuk diri sendiri dan kecemerlangan sekolah.

Nak maklumat lanjut boleh la layari

http://aplikasi.iab.edu.my/npqel/default2.aspx

Apa la tugas yang patut dilakukan semasa penandaarasan ni....
Apa yang saya lihat dan ketahui daripada beberapa guru yang pernah membuat penandaarasan di sekolah saya ini. Antaranya inilah tugas mereka...

1. Dapatkan semua maklumat tentang sekolah - sejarah, warganya, pengurusan, prasarana, kekuatan
    dan kejayaan sekolah
2. Menimba pengalaman dan kejayaan guru besar dalam pengurusan sekolah cemerlang.
3. Mengkaji dan berkongsi satu program/amalan terbaik untuk dikongsi dan diaplikasikan
    di sekolah sendiri bagi penambahbaikan bersesuaian dengan tahap pelajar.
4. Berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada pelajar.

Pensyarah datang memantau dan kena sediakan laporan seperti yang ditetapkan.
Ni sepaharusnya la.. dah namanya pun latihan mesti ada pemantauan dan laporan kan.


Kenangan 2 minggu bersama kak Aziemah Md Zain ( Penolong Kanan HEM, SK Convent, Ipoh)...



Terima kasih atas perkongsian ilmu NPQEL..
Insyallah lepas ni giliran saya pulak untuk menambah ilmu kot.
Terima kasih Kak Ziemah.

Thursday, March 12, 2015

Persaraan En Hajar Malik Penyelia HEM PPD Kinta Utara - Ucapan Penghargaan wakil PK HEM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Minggu ni memang sibuk sikit la. Banyak perkara nak diurus, biasa la kerja sampai bila pun tak akan habis kan.... bersara aje nanti tak perlu nak fikir pasal kerja kan..
Opps sebut pasal bersara ni.. minggu ni ada majlis meraikan persaraan Penyelia Kanan HEM PPD kami.. Dan seminggu ni jugak la saya dok berulang ke PPD melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan bersama lebih 50 orang Penolong Kanan HEM lain... jadi petang tu off sekejap tugas di PPD.. rehatkan minda dan ceriakan diri di Kinta Riverfront Hotel & Suite.
Tak pergi SEKOLAH...tak rindu ke? Sehari tak datang, terasa RINDU... Nak ke PPD Lalu depan sekolah  tengok signboard untuk melepas RINDU je hihihi.

Ni kira pertama kali kami meraikan pegawai PPD bersara..
Sebagai menghargai jasa Encik yang banyak membantu melancarkan proses kerja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah.
Selain itu majlis ini telah mengeratkan lagi ukhuwah antara kami yang masing-masing sibuk dengan tugas harian di sekolah.
Seramai 48 orang PK HEM yang terlibat dengan majlis ini.

Kenangan bersam Encik Hajar Malik dan
                                                            Encik Abdul Manaf bin Asmuni Timbalan PPD
                                     
Turut hadir Ketua Pegawai PPD, Timbalan PPD dan semua Pegawai di Unit HEM PPD Kinta Utara.


Jom kita hayati ucapan wakil Penolong Kanan HEM , Encik Ujis bin Mat Zahid (PK HEM paling Senior)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur ke hadrat  Allah swt kerana dengan izinNya saya diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh makna ini. Selamat datang dan terma kasih kerana tuan-tuan dan puan-puan sudi hadir dalam majlis ini yang diadakan khusus untuk meraikan persaraan Encik Hajar bin Malik, Penyelia Kanan HEM PPD Kinta Utara.

Hadirin sekalian,
Saya sebagai wakil Penolong-penolong Kanan HEM Kinta Utara, ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan betapa kami sangat berbangga kerana dapat berkhidmat di bawah penyeliaan Encik Hajar Malik.
Beliau adalah seorang penyelia yang mudah bertolak ansur dan tidak pernah lokek dengan ilmu yang ada. Encik Hajar yang kami kenali mempunyai wawasan yang jelas dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan dan sahsiah murid-murid di daerah ini.  Beliau tegas, berterus terang, cekap dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam pengurusan HEM. Beliau juga berdedekasi, "passionate" terhadap tugas dan tanggungjawab, berpegang teguh pada prinsip, sekali pandang nampak serious namun jika mengenali dengan dekat beliau memiliki 'sense of hunour'.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada ketuanya. Sepanjang beliau berada di PPD Kinta Utara, banyak masalah yang berkaitan dengan HEM banyak diselesaikan secara 'add-hoc' Pendekatan mesra yang beliau gunakan memudahkan perjalanan pengurusan HEM di sekolah. Sebagai teraju utama, beliau banyak memainkan peranan demi meningkatkan kecemerlangan pengurusan HEM di sekolah. Kami berharap semua usaha ini akan diteruskan oleh  Penyelia Kanan HEM yang baharu yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan HEM Daerah Kinta Utara. KamiPK-PK HEM di sini, walau bersama siapa pun kami bernaung khidmat, kami akan tetap cekal dan tekal melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan sekolah  kami.

Encik Hajar yang kami raikan,
Saya mewakili PK HEM Daerah Kinta Utara, ingin mengambil kesempatan ini menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari Tuan andai ada antara kami yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah langkah. Maafkan kami jika ada perlakuan dan tutur kata kami yang menyinggong perasaan Tuan. Segala jasa bakti Tuan sepanjang berkhidmat di PPD Kinta Utara ini akan kami kenang selagi hayat di kandung badan.
Pesanan saya pada Encik Hajar dan rakan yang lain sebelum bersara atau masa kita masih berkhidmat, 
Adakah kita jadikan diri kita sebagai guru,  
hadirnya ditunggu, 
yang hilang dirindu,
ilmuna diburu, 
nasihatnya diseru,
 tingkahlakunnya ditiru,

Kita jangan menyesal menjadi guru
Kebahagiaan dunis persaraan terletak pada kesihatan yang baik 
Kerana yang paling mulia sebagai guru....
Dalam ajar kita, ada harapan
Dalam tegur kita, ada doa
Dalam marah kita, ada sayang
Dalam tawanya, ada mesra
Dalam diamnya kita, ada kebijaksanaan
Dalam tangan kita, terbina guru yang gigih, iltizam, cemerlang

Jika pagi ini kita mendapat hadiah pen, tandanya guru pandai mengukir kata
Jika dapat hadiah pemadam, tandanya guru membetulkan kesilapan
Jika dapat mesej dari pelajar, tandanya kita masih dalam ingatan
JIka pengarah hadiahkan gelang emas, tandanya anda menamatkan perkhidmatan dengan cemerlang.

Sidang Hadrin yang dihormati
Sebelum saya mengakhiri ucapan ringkas saya, Izinkan saya menutupnya dengan pantun dan sebuah puisi Inggeris

My Dear My Hajar bin Malik

It is time to bid adieu
To your cabin so plush
with happines your life
is now going to be a flush

It is time to bid farewell
To every subordinate
And say hi to your family
From whom, it's been a long wait

It's time to say goodbye
To the corridors of power
Because you will be heading
To a life which is much better
Happy retirement Mr Hajar.

Sudah terikat di dalam hati,
Bersara pasti, kesihatan dijulangi;
Bukan memberi kata dan puji,
Majlis kenangan dekatkan di hati.

Tenangnya bagikan tasik,
Bagai urai dalam peti;
Ditutup tidak terusik,
DIkantung bertaup rapi.

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan;
Terikat kasih daun keladi,
Budi Encik Hajar jadi kenangan.


Kalau ada pauh di Daik,
Bawa sebiji ke tanah seberang;
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati dikenang orang.

Bunga mawar dalam jambangan,
Campur sedikit harum melati;
Budi Tuan jadi kenangan,
Tersemat kukuh dalam hati.

Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa bali;
Jari disusun  maaf dipinta,
Panjang umur berjumpa lagi.

Tuan umpama permata di jabatan,
walaupun tenggelam dilautan berselut;
Tetap bersinar, walau bekas ditinggalkan.

Sekian terima kasih. Wassalamualaikum wbt.

Terima kasih Encik Ujis memberikan copy teks ucapan ini.

Cenderahamata kenangan kepada Encik Hajar dan Tuan Haji Marazlan yang akan turut bersara pada 7 April 2015. Semoga keduanya akan sentiasa diberi kesihatan dan kesejahteraan hidup selamanya.
Budi Tuan akan tetap dikenang.


Kenangan bersama Penolong Kanan HEM yang hadir dimajlis tersebut.
                              
                              

Terima kasih semua...PK HEM yang sporting.
Hahaha ni kenangan bersama Encik Megat PK Pentadbiran yang masih berjiwa PK HEM.
Tahniah kepada 3 rakan PKHEM ni yang akan menjadi PK Pentadbiran... maraikan mereka juga la ni.

Nak tengok rakan-rakan yang sempoi intai la fb saya..