Tuesday, July 23, 2013

Dikeheningan pagi

Hari ni sampai awal, 6.45 pagi dah sampai sekolah.
Sempat melihat bulan penuh menjelang pagi...

Tahniah kepada anak-anak didikku yang sampai awal..
Patuh kepada peraturan sekolah...tiba sebelum jam 7.20 pagi.
Ikut peraturan semasa turun dari kenderaan masing-masing.
Satu-satunya sekolah yang pernah saya berkhidmat, keselamatan anak-anak pasti terjamin. Ibu bapa dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dan menurunkan anak-anak di kawasan yang selamat dan tak perlu berjalan jauh ke kelas masing-masing. Bertuahnya anak-anak yang bersekolah di sini.  Terima kasih kepada ibu bapa yang mematuhi peraturan lalu lintas sekolah dan tidak mementingkan diri. Semuanya demi keselamatan dan keselesaan semua.

Saturday, July 6, 2013

Hari Bicara Akademik

Tarikh : 5 Julai 2013 (Jumaat)
Tempat :  Kelas 
Masa :
 Sesi Pagi - 10.00 pg -11.50 pagi
Sesi Petang - 3.30 ptg - 5.50 ptg

Peluang dan kesempatan yang diambil oleh para guru dan ibu membicarakan prestasi dan masalah anak-anak demi kecemerlangan mereka.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran, komitmen dan kesungguhan para ibu bapa/penjaga menjayakan salah satu program Sarana Ibu Bapa.


Friday, July 5, 2013

Sekali Jumpa Dah Mesra

Hai semua, nak ambik kesempatan post gaya dengan bakal-bakal cikgu dari UPSI dan Gwangju National University of Education Korea sempena program Pengantarabangsaan pada 2 Julai 2013 yang lalu. Bukan senang nak bergambor dengan orang Korea ni...popularnya mengalahkan artis tu, tergila-gila budak-budak Marian ni...Nak ke Korea entah bila la..jadi dah orang datang ambik la kesempatan.. Mereka semua ada nama melayu, senang nak panggil. Yang saya ingat tu la Ainny dan Farah..sama nama anak bongsu saya..tu yang ingat sangat...hehehe.



Thursday, July 4, 2013

Majlis Tautan Mesra SKMC - UPSI -GNUE

Program Penanda Aras Antarabangsa
Tarikh  :  2  Julai  2013
Tempat : SK Marian Convent, Ipoh
Peserta : 
2 orang pensyarah UPSI
8 orang pelajar UPSI
12 orang pelajar GNUE
Turut Hadir:
1 orang Pegawai JPN
2 orang Pegawai PPD Kinta Utara

Agenda:
1. Sambutan & Sesi Bergambar
2. Ucapan & Persembahan Kebudayaan Malaysia
3. Permainan Tradisional - Congkak & Batu Seremban
4. Makanan Malaysia - Rojak
5. Lawatan ke persekitaran sekolah.
6. Jamuan dan majlis ramah mesra
7. Penyampaian cenderahati & Selamat Jalan.

Terima kasih kepada semua JK dan warga Marian yang meraikan tetamu.
Terima kasih juga kepada En. Rashid (JPN Perak), En. Fazul dan En Nik Ashraf (PPDKU) sudi turut sama meraikan tetamu.