Wednesday, December 19, 2012

Sarana Ibu Bapa & Sarana Sekolah

Alhamdulillah selesai tanggungjawab pertama yang perlu diselesaikan. Satu program yang memberi manafaat kepada seluruh warga sekolah di seluruh Malaysia. Kerjasama yang terjalin akan lebih memberikan faedah kepada murid. sekolah dan ibu bapa serta komuniti setempat. Keuntungan bersama dengan kerjasama semua golongan.
Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Perak
Peserta Taklimat Jurulatih Utama Daerah

Memberi taklimat di peringkat Daerah pada 18 Disember 2012 di Dewan Banquet, Kementerian Dalam Negeri, Ipoh Perak.
Bersama rakan JU Daerah yang juga JU Negeri Pn. Mastura - PK Tingkatan 6, SMK Raja Permaisuri Bainun.

Pen.PPD Perhubungan Kinta Utara - En. Azmil Khusaini

BOSS saya sedang mendengar taklimat
Peserta yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar & Yang DiPertua PIBG sekolah khusyuk mendengar taklimat



Friday, December 14, 2012

Tandas Oh Tandas





Bila la tandas ni nak siap, lama dah menunggu. sebelum cuti sekolah lagi dah mula dibelongkarnya.excited sangat nak menceriakan tandas tu. Cuti sekolah pun dah tak lama lagi nak habis. Harap-harap nak buka sekolah, tandas ni dah siap dan ceria.Eh.. apa nak buat ye bagi tandas ni semewah BMW..
BERSIH, MENAWAN, WANGI
Bila dah Bersih dan Menawan, kewangiannya mestilah dikekalkan.Jadi mestilah kena buat PERATURAN DI TANDAS sikit. Buat panduan anak-anak didik  walaupun semuanya perempuan. Orang kata budak pompuan ni senang nak kawal tapi kadang tu sama jerr...kalau dah namanya budak.Budak kalau dididik akan jadi baik la n ikut peraturan kan.....
..Think  yang POSITIVE..



Elok la kalau dilabelkan bilik-bilik wangi ni kan.
 Letak nombor bilik dan nama kelas. Senang nak pantau.
Satu tandas dikongsi dengan 1 kelas sesi pagi dan 1 kelas sesi petang.
Nak bagi satu kelas satu tandas tak cukup. Eh kena survey dulu la..
 Kalau  semua ada 24 bilik ha senang la bagi je satu kelas satu.
Senang cakap jadikan TANDAS ANGKAT, macam adik angkat ngan kakak angkat.

Ha, lagi senang nak pantau, sediakan BUKU PELAWAT. 
Sesiapa yang menggunakan bilik tersebut, mesti tulis tarikh, masa,nama dan kelas. 
Secara tak langsung kita boleh tahu siapa yang suka buat lawatan ke tandas
dan menggunakan bilik air tersebut.
Jadi murid pun takutttttttt la nak merosakkan atau mengotorkan bilik air berkenaan.
Mereka nak ke tandas pun kena fikir dua kali, bila keadaan mendesak sahaja.
Jangan pulak bila tandas dah macam BMW semua asyik nak ke tandas jee.
Nak tulis dalam buku pelawat katanya, ramai pelawat kan bagus...
Adoooiiiiiiiii hai mCm tu pulak  gayanya.
 Ha satu lagi, PAS TANDAS, eh pakai PAS KELUAR KELAS je la. boleh kot.
Nanti banyak sangat pas la pulak. Makin bertambah la rantai leher cikgu kang.
Nak ke tandas kena pakai pas, kalau tak de tak boleh pergi,
sape yang tak tahan ada yang terkucil dalam seluar lak pulak nanti.
Ala..cikgu boleh tau sape yang betul-betul nak "membuang" kan !!!

 Ni lagi satu idea bagus punya, leh untung. kan tandas sekolah kita stail tandas awam,
Jadi kena bayar TOL la..Macam mana ok ke idea tu. Bayar la 20 sen ke 30 sen ke.
Sekurang-kurangnya mereka menghargai apabila berbayar. Duit tu pun bukan ke mana
untuk mantainance jugak, wat beli pewangi ke, tisu ke, ha depa jugak yang pakai.
Ha jangan nak buat pasal.
Masuk paper, datang surat layang pulak nanti. Niat baik jadi sebaliknya.
Kalau betul nak buat, bawa berbincang, bentang dalam mesyuarat PIBG,
parent setuju baru boleh...masuk dalam minit, baruuuuuuuu kita selamat.

Percaya tak ni dalam tandas, betulllllll..




Ha, kalau macam ni barulah berani nak masuk bertanding
Pertandingan Tandas Bersih dan Ceria tak de la malu sangat nak tunjuk,...
 bukan nak menunjuk...buat contoh teladan pada orang lain.
Dapat pahala lagi tau kalau ilmu yang baik diikuti orang.
 Bersih tu kan separuh daripada iman.

Ok la rasa nak ke tandas pulak  ni.....
semoga semuanya mendoakan yang terbaik untuk SEKOLAH SAYA
dan impian akan menjadi kenyataan.  Aminn.

Wednesday, December 12, 2012

Teringat Batu Laut

Cuti sekolah dah nak sampai penghujung. Tetiba aku teringat kat kampung. Teringat  zaman aku mula masuk sekolah darjah satu, masa tu dia orang tak panggil Tahun, sekarang je darjah dah tukar kepada Tahun. Aku mula masuk sekolah Tahun 1973, pakai skirt, kasut jenis plastik je, stoking pulak panjang sampai ke lutut..hehehe malu pun ada bila nengok gambor tu. Sekarang kurang bebudak melayu yang pakai skirt..alhamdulillah dah pandai tutup aurat walaupun baru berumur 7 tahun. Cikgu aku darjah satu tu namanya Cikgu Norma...
 Ni la sekolah aku. Bangga jugak dengan kejayaan-kejayaan yang dicapai. Dari zaman aku sekolah dulu, memang sekolah aku hebat.. lagi2 sukannya.kalau sebut bola jaring, hoki, bola sepak...memang terror. yang seronoknya kalau ada perlawanan kat luar daerah pakat sewa bas nak ikut jadi penyokong, bukan mahal pun tambangnya dengan nilai sekarang..RM2 ke RM3 je. Sanggup simpan duit belanja..sebab lepas abis main pergi jalan2 ..ampang park..tempat favourite la. Ada la beberapa orang cikgu yang masih dalam ingatan aku..Cikgu Mazlan guru kelas darjah 6, Cikgu Nasaruddin guru math darjah 5, kalau marah tumbuk papan hijau boleh pecah..sebab tu aku boleh pandai math..hehehe. Sir Cheliah guru BI aku..masa tu xde UPSR, tahun 5 la masa pulun belajar..Penilaian Darjah 5. Cikgu2nya garang oooo.. tu yang menjadikan aku rajin belajar. Cikgu Zaini guru BM suka sangat bertempik.....

Habis sekolah rendah aku ke sekolah menengah kat kampung aku ni jugak. sebelah pagor je..Tapi sekarang dah banyak berubah, ye la xkan la dari dulu sampai sekarang cam tu jugak kan. kena la ada perubahan barulah boleh setanding ngan sekolah2 lain. Memang banyak betul perubahan dari segi fizikalnya. Satu hari aku mesti masuk jugak kawasan ni. Tempat aku belajar selama 5 tahun. Teringin jugak jumpa cikgu2 lama aku yang masih mengajor kat sini cikgu Jameah, kawan aku pun ada yang jadi cikgu mengajor kat sini jugak. Aku aje yang tak dapat berbakti kat kampung halaman sendiri.  heeeeeeee rindunya nak balik kampung Batu Laut. Ramai la cikgu2 aku masih ingat namanya Cikgu Suardi guru kelas form 1, Cikgu Johari, Cikgu Othman, Cikgu Ahmad Karim, Cikgu Mujab ngan Cikgu Zurina cikgu hoki aku, Cikgu Rosnah yang kecik molek suka pakai kasut tumit tinggi guru bola jaring aku jugak, Cikgu Fatimah, Cikgu Kamaliah  cikgu Pandu Puteri dan seorang cikgu ni yang jadikan aku adik angkat la katanya... hehehe ke aku yang perasan..Cikgu Zainab cikgu ERT,  tu yang aku pandai masak ngan jahit baju sendiri sampai sekarang..hahahha..berkat ilmunya n boleh la aku berjimat duit upah.......Eh ramai lagi la...maafla xtertulis semua.

Eh lupe lak nak kabo, dah cakap perak tu...kampung aku ni sebenornya kat Daerah Kuala Langat, Selangor, sape yang tak perasan la sebenornya ada alamat kat tembok sekolah aku tu....Lebih kurang 7km dari pantai Morib, Banting  dan 14 km dari Pantai Bagan Lalang, Sepang. Memang laluan tepi pantai. Cantik pemandangannya, lagi waktu nak senja, lepak tepi pantai kampung aku ni. Hari Jumaat ada pasar malam kat sini.
Ni la pantai kat kampung aku, sekolah lama aku tu pun xjauh dari pantai ni, seberang jalan beso je..
Bila aku rindu kat kampung, kat sekolah,  aku belek la gambar2 kat album tu...

sesekali melayan perasaan zaman sekolah, kenangan bersama kekawan dari darjah 1 sampai tingkatan 5 - 11 tahun bersama banun, suriani, zaimah,kahar, jali, zamri, masrihana, ruzita.....rindu ngan kalian. Aku suka SEKOLAH aku tu.

Tuesday, December 11, 2012

ALUMNI SK MARIAN CONVENT, IPOH

Usaha untuk menyatukan semua bekas murid SK Marian Convent demi jalinan yang berterusan dan kecemerlangan sekolah yang menjadi kebanggaan semua warganya sejak 55 tahun dahulu.
Jom datang beramai-ramai.

Latihan Sofbol Masa Cuti Sekolah

Latihan seminggu dua kali dalam cuti sekolah ni. Bersemangat sungguh pemain pelapis ni yang ramai terdiri daripada murid Tahun 3, ada juga beberapa orang pemain Tahun 4 dan 5. Walaupun tak memegang sepenuhnya tanggungjawab pada pasukan ini, tapi harapan dan keinginan untuk bersama masih ada dalam hati ini. Meluangkan masa bersama mereka pada waktu-waktu  cuti ni.
Rehat sekejap sambil makan nasi lemak ye.

Semangat Marian oleh pemain yang berbaju hitam yang nak naik form 1 next year..



Coach Kana tunjuk teknik dan cara yang betul.

Pertandingan kemahiran, antara kumpulan barulah seronok.
Semoga pasukan ini akan terus cemerlang dan mencapai kejayaan yang lebih membanggakan.

Monday, December 10, 2012

Projek Pembangunan Cuti Sekolah

Alhamdulillah rezeki untuk sekolah saya ni, sumbangan, bantuan dan peruntukan yang diterima dari individu, mubaligh dan kerajaan digunakan sepenuhnya untuk penambahbaikan prasarana demi keselesaan anak-anak didik sekolah saya agar mereka lebih cemerlang ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.Sebagai Penolong Kanan HEM, saya berasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadikan sekolah lebih ceria, bersih dan selamat. Teruja sangat melihat perkembangan projek ini, jadi boleh dikatakan setiap hari bekerja mesti datang ke sekolah.

Wakaf  Puteri Marian Tahun 6/2012
 Laluan Ke Bilik J-Qaf
 Laluan Murid sebelah kiri Dewan Seri Gemilang
 Kantin Sekolah akan dinaiktaraf. Nak jadikan Kantin 5 bintang.

Banyak lagi projek yang dibuat, naik taraf tandas, laluan murid, bilik gerakan, bilik guru, hadapan pejabat, dewan dan yang tak sabar nak tengok air pancuran yang berwajah baru.
Tak sabar nak tengok semua perubahan tu. Apa-apa pun kena bersabar , insyaallah sesi 2013 akan beroperasi sepenuhnya.

Tuesday, December 4, 2012

KEPUTUSAN UPSR antara GEMBIRA dan SEDIH.

19  November  2012
Tahun ni keputusan diumumkan seminggu selepas cuti sekolah. Kira lewat la..murid pun tak sabar nak tau.
Debaran memang terasa, ye la anak bongsu saya pun menduduki peperiksaan UPSR tahun ni. Kira anak last sekolah rendah la. Nak umumkan pun berdebar jugak.

Cikgu berdebar, anak murid pun apa lagi, mak-mak pun lagi la dup dap dup dap. Cikgu umum yang dapat 5A dulu sebab selepas ni semua murid yang mendapat 5A kena pergi ke SK Convent kerana ada majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR Peringkat Negeri Perak.

Reaksi mereka yang mendapat 5A...ayah mana yang tak gembira kan. Berkat kerjasama ibu bapa dan guru untuk kecemerlaangan anak-anak.

Jangan bersedih. Lepas ni belajar bersungguh-sungguh lagi, rezeki masa depan masih ada. Sedih sangat la tu cuma mendapat 4A1B...Duduk kat ujung anak saya la tu, Kesian sangat, memang frust la tu, tergenang juga airmata maknya memujuknya..Tak pe tebus balik dalam peperiksaan yang lebih besar nanti ye.


Ni Seramai 60 orang murid mendapat 5A, menerima slip keputusan daripada EXCO Pelajaran  dan Pendidikan Tinggi Negeri Perak Dato' Mohamad Zahir b. Abdul Khalid. Majlis ni diadakan di SK Convent, Ipoh. Sekolah saya menerima Anugerah Pencapaian Kualiti Terbaik Negeri Perak. Tahun ni tak de rezeki nak sapu bersih semua Anugerah seperti tahun lepas.

Guru Besar menerima Sijil Penghargaan Pencapaian Kualiti Terbaik Negeri Perak,

 Kegembiraan terpancar  di raut wajah mereka, Hasil penat lelah mereka selama 6 tahun belajar di peringkat sekolah rendah.

Saya pun turut sama merasai kegembira atas kejayaan mereka. Bersorak di celah-celah mereka yang cemerlang. TERIMA KASIH DAN TAHNIAH kepada semua warga sekolah.

Bersama  anak-anak yang dikenali sejak mula menjejakkan kaki di SKMC Julai 2011
TAHNIAH SEMUA. 
Calon : 150 orang
60 orang yang mendapat 5A.
18 orang 4A1B
GPS : 1.49 %
Pencapaian BM Penulisan : 100%
Pencapaian BM Pemahaman:  98%
Pencapaian Bahasa Inggeris :  100%
Pencapaian Matematik  :  99.3%
Pencapaian Sains          :  98%

ALHAMDULILLAH, SYUKUR 
Semoga Kecemerlangan Akan  Terus Dikecapi  Oleh  Seluruh  Warga MARIAN. 

Saturday, November 10, 2012

HARI AKHIR PERSEKOLAHAN 2012 Nov 9


Satu rentetan tugas yang dipermudahkan Allah untuk dilaksanakan dengan cemerlang.

Jam 8 pagi
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Doktor Muda Bersama Lifebuoy Peringkat Kebangsaan di SK Perpaduan, Ulu Kinta, Perak.

 


 Jam 10.10 pagi
Tiba di sekolah Majlis Graduasi Tahun 6 dah selesai. Jadi cikgu je la yang berposing.

 



Jam 10.45 pagi
Melayan murid Tahun 6 - autograph & fotografi

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  



11.15 pagi
Taklimat dan Penyerahan Cenderamata warga Marian
di Bilik Gerakan SK Marian Convent.


12.10 tengah  hari
Bilik Seri Banding, Hotel Seri Malaysia, Ipoh

 2.40 petang
D'Cafe Hotel Seri Malaysia




4.15 petang (patut mula 3 petang)
Majlis Jasamu Dikenang, Baktimu DiJulang JPN Perak
di Lata Cempaka Sari, Hotel Seri Malaysia
 (Menerima SIJIL PENGHARGAAN dari JPN kerana Pencapaian di peringkat Kebangsaan)



6.15 petang
Tiba dirumah...rehat
ALHAMDULILLAH segalanya berjalan seperti yang dirancang.


Selamat Bercuti dan Mengemas rumah, tapi  sebenarnya tiada istilah Cuti SEKOLAH...Minggu depan tetap kena pergi SEKOLAH..Kalau dah SUKAkan SEKOLAH, murid cuti cikgu tak cuti.