Wednesday, December 31, 2014

Masih Mood mesyuarat

Sekitar Mesyuarat Kurikulum pada 29 Dis 2014
                        
Bertanya khabar setelah lama tidak berjumpa kerana cuti panjang. 



Mesyuarat Panitia 31 Disember 2014.
Kali ini saya ditugaskan menjadi Penasihat dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu. Bermula jam 8.15 pagi mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Panitia, Pn Sabariah Omar seorang guru yang berkaliber dan berpengalaman dalam pemeriksaan kertas UPSR.



Selamat Bermesyuarat. 
Buka sekolah nanti sibuk lagi nak bermesyurat JK Unit-unit dalam Unit Hal Ehwal Murid..

Tuesday, December 30, 2014

Mesyuarat HEM Kali 1 2015

Saban tahun bila menjelang awal tahun, mesyuarat-mesyuarat ni biasalah. Dah tertulis dalam takwim. Semalam Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Kurikulum. Hari ni giliran Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum pulak.
Unit HEM ni tau aje la banyak perkara yang perlu dimaklumkan. Hal yang berkaitan pengurusan murid, kelas dan fail. Perkara yang sama diulang ingat semula agar ada penambahbaikan bagi pengurusan akan datang. Terima kasih semua JK HEM yang memberikan kerjasama melancarkan perjalanan mesyuarat ini.

Semua maklumat dah diemelkan dalam emel group, so jimat la paper. Apa-apa rujuk kat sana ye.
Buat ingatan perkara yang diemel:
1. Senarai Tugas Jawatankuasa
2. Dasar Am dan Dasar Pengurusan HEM SKMC

Selamat Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab demi kecemerlangan anak-anak Marian. Terima kasih semua.
Jumpa lagi esok... ada mesyuarat lagi.

Wednesday, December 24, 2014

Kata Motivasi pembakar semangat

Assalamualaikum semua..
Dua minggu lagi sesi persekolahan akan bermula... Seminggu dua ni sibuk la untuk menyiapkan segala keperluan terakhir bagi menghadapi perjalanan kehidupan yang penuh cabaran.

Cari kata motvasi untuk menambah semangat di tahun 2015.. sekadar ingin berkongsi sama kata motivasi yang saya jumpa ni.
Hari ini adalah permulaan, semalam adalah pengalaman, esok adalah kenyataan
Semoga hari esok akan lebih baik daripada hari ini dan memberikan sinar kejayaan.
Agar perjalanan yang akan dilalui diberkati Allah dan sentiasa didalam rahmatNya serta diberi kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran.

1. Meratapi kegagalan adalah bukti kelemahan hati seorang manusi

2. Orang gagal adalah orang yang menyalahkan orang lain atas kegagalan yang terjadi

3. Seorang genius sekalipun mampu ditaklukkan oleh orang bodoh yang terus berusaha

4. Orang yang berjaya adalah orang yang tidak pernah berhenti mencuba walau pun telah melalui seribu kegagalan.

5. Tidak pernah ada kata gagal bagi manusia yang terus berusaha. Kegagalan hanya hadir saat manusia sudah berhenti untuk mencuba.

6. Keyakinan adalah kunci yang menjadi faktor utama dalam sebuah kejayaan/keberhasilan.

7. Orang yang berpendidikan mampu dikalahkan oleh orang yang berpengalaman.

8. Belajar bukan hanya mampu dengan bertanya, tetapi dengan melihat dan mencuba

9.Kemenangan bukanlah tujuan, tapi hadiah bagi orang-orang yang mahu berusaha dan terus mencuba

10.Kadang ada sesuatu yang tidak harus dikatakan tapi harus dimengerti

11. Kadang kita ingin sendiri bukan kerana marah, melainkan saat kita ingin menenangkan hati

12. Cara terbaik mendamaikan hati adalah dengan beryukur dan berdoa untuk lebih mendekatkan diri kita pada Tuhan

13. Ketika kita mulai ikhlas menerima sebuah kekurangan, maka kita akan lebih peka dalam mengenali kelebihan kita

14. Tegas akan diri sendiri, buang fikiran negatif dan lakukan yang baik. Kegelisahan hanya milik mereka yang putus asa.

15. Jalani kehidupan dengan penuh kesungguhan, hadapi kenyataan dengan penuh kesabaran. Maka yang akan kita dapat adalah kebahagiaan.

16. Orang yang suka menangguh pekerjaannya, sukar untuk berhasil, orang yang malas kehidupannya besar kemungkinan akan berkurangan.

17. Fokus pada penyelesaian masalah, bukan masalah itu sendiri

18. Kejayaan akan datang pada orang yang berani bertindak dan mencuba sesuatu yang baharu, jarang datang pada orang yang takut mengambil risiko.

19. Kerja keras pasti akan mencapai tujuan asalnya istiqamah

20. Tanamkan keyakinan diri dan terus berdoa, hasilnya pasti kan diraih


Semoga kata mutiara itu dapat mengubah sebuah perjalanan hidup menjadi lebih baik.
Hanya diri sendiri yang mampu mengubah segalanya.

Salam Sayang untuk semua.


Tuesday, December 23, 2014

SJKC Bertam Valley, Cameron Highland dan Cikgu Faizol

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua
Lama baru nak menunaikan janji ni...
nak berkongsi cerita tentang sekolah tu.
Ni la adik kedua kecik dalam kelas kami.. kecik??? hihihi
dah 10 tahun mengajar di SJKC Bertam Valley ni.
Belakangnya tu PK 1 dan PK HEM sekolahnya.
Sebulan lalu heboh kisah sekolah ni.... tak tahu la apa kesudahanya, pindah ke tidak..kita tunggu aje la, walaupun ramai ibu bapa yang bersetuju sekolah itu dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat atas nasihat TNB, tapi ada jugak yang membantah. Ni kira kali kedua saya mendengar berita banjir lumpur yang sekolah ni. Kesian kat kawan seorang ni yang mengajar di sekolah tu sejak dia posting mula-mula jadi cikgu, dari bujang sampai dah beranak 3 sekarang, dah faham apa anak muridnya cakap, nak ajar Bahasa Melayu translate Bahasa Mandarin bagi anak muridnya mudah memahami. Dia ni nak kira adik pun boleh sebab muda lagi, kawan sebab kawan sekelas, hehehe orang tua belajar dengan orang muda, jadi muda la balik....

Bila berlaku bencana yang menimpa sekolah tu tertanya-tanya dan nak ambik tau jugak la... kerana ada adik faizol seorang ni... Kes banjir lumpur bulan Oktober 2013 melibatkan sekolah Faizol jugak keretanya rosak teruk, Pengalaman yang dirasai kini berulang lagi.

Baru-baru ni berlaku lagi.... 7 November 2014
Ha ni yang baru berlaku seminggu selepas kami berkunjung ke sekolah ini. Gambar ni saya dapatkan daripada Cikgu Faizol. Gambar suasana sekolah yang diambil dari rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ. Hanya mampu melihat arus air yang deras...
                                       

Keadaan sekolah semasa lawatan penanda aras kami ke SJKC Bertam Valley... 3 November 2014
kawasannya memang di tanah rendah, bas parkir di bahagian atas, jaraknya lebih kurang 100 meter je kami berjalan laju je sebab menuruni tanah tinggi. Melihat keindahan kawasan sekolah, dah tak sabar nak posing,   hihihihi....warna ekolah tu menceriakan keadaan tambah dengan bunga-bunga yang sedang berkembang dan hamparan rumput yang menghijau....macam tak percaya pernah berlaku banjir lumpur di sini setahun yang lalu.

 Ni berjalan dari parkir bas, 
sampai depan pintu pagar posing dulu mak-mak dara ni
eh..mana lagi 2 orang ni

  
 Berjalan menuju ke Bilik Gerakandi tingkat atas
berhenti sekejap di sini... 
kena buh label besar sikit dan warna merah baru jelas
Ni la ketinggian paras air ketika banjir lumpur 2013,
kalau saya ni tinggal kepala aje,badannya dah penuh selut
 Kenangan bersama di halaman sekolah bersama pensyarah kami.
 Sebenarnya tujuan kami ke sekolah ni untuk menyelesaikan tugasan kami dalam Program Bina Insan Guru (BIG) Program Pensiswazahan Guru (PPG) Kohort 1 Ambilan Jun 2011. Sebagai tugasan terakhir BIG, kami mengambil peluang ini melawat sekolah tempat Cikgu Faizol mengajar dan kebetulan Cikgu Faizol adalah Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Lawatan ini selain berkongsi ilmu, ia juga memberikan gambaran dan kesukaran yang dialami oleh Cikgu Faizol yang terpaksa menuruni banjaran untuk sampai ke IPG Kampus Ipoh setiap bulan tepat pada masanya.
 Cikgu Faizol memberikan taklimat sebagai Guru Cemerlang dan 
proses pengajaran yang selalu dilakukan bagi mencapai objektif

Pensyarah BIG En Mohd Radzi Hj Johari 
dan Tutor kami Tuan Haji Ayob bin Salleh.
                                                                  
                                     
 Penghargaan kepada pihak sekolah dan Cikgu Faizol
Nak tahu keistimewaan dan kehebatan Cikgu Mohd Faizol bin Mohamed Nor..
* Anak kelahiran Kelantan.
*Mula mengajar pada 3 jan 2005 dan disahkan dalam perkhidmatan setahun kemudian.
* Opsyen Matematik dan Pengajian Melayu.
* Sekolah pertamanya SJKC Bertam Valley, sekolah ini lah.
* Guru Cemerlang Bahasa Melayu sejak 16 Okt 2010 dan disahkan kali kedua sebagai Guru
   Cemerlang pada 23Disember 2013.
* Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2009
* Penerima Anugerah Khas Hari Guru Peringkat Daerah Cameron Highland 2010
* Penerima Anugerah Lonjakan Saujana UPSR 2012
* Peserta Negeri Pahang dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2012
* Penerima Anugerah Khas Teknikal : Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembangunan Kemanusiaan 2012.
* Selain tugas rasmi di sekolah,Cikgu Faizol menjadi
    - Jurulatih Utama SISC SK Lemoi dan SK Telanok sebuah sekolah Orang Asli. (2012/2013)
    - Jurulatih Utama KSSR Tahun 3,4 dan 5 Negeri Pahang
    - Jurulatih Utama Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2014
    - Pengerusi Guru-guru BM Kelompok SJKC Daerah
    - Panel Penulisan RPT KSSR BM SJK Tahun 3,4 dan 5 Negeri Pahang
    - Membina Modul Khas bagi Murid Cemerlang dan Murid Harapan BM Kefahaman dan Penulisan SJK
    - Penceramah Teknik Menjawab Kertas BM UPSR bagi SK dan SJK dalam dan luar Negeri Pahang.
Memang sibuk Cikgu Faizol ni...dengan belajarnya lagi.  Semuanya itu dapat dilaksanakan seiring kerana budaya kerja yang diamalkan iaitu....
          * Hasilkan sesuatu yang orang lain belum hasilkan. Harus menjadi orang yang pertama.
          * Banyakkan pembacaan buku-buku ilmiah
          * Dampingi orang yang berpengalaman
          * Permudahkan urusan orang lain
          * Ingat klien utama dan berfikiran positif
Perkara yang sentiasa menjadi pegangan juga menjadikan beliau mencapai apa yang diimpikan kerana baginya....Perlu sentiasa tukar gambaran, jika tidak akan meranalah badan. MASALAH akan wujud apabila wujudnya perbezaan atau jurang yang amat besar antara HARAPAN dan KENYATAAN. Oleh itu, rendahkan atau turunkan had harapan kita.

Semoga Cikgu Faizol akan terus berjaya dalam kerjayanya dan sentiasa tabah menghadai dugaan dan rintangan kerana perjalanannya masih jauh ke destinasi terakhir.

Pemandangan yang sempat dirakam dari tingkat atas..
                               
                                       
Sebelum balik sempat lagi merakamkan kenangan di sini, sekarang ni pokok-pokok dah tak ada...


 Ni yang kami dapat..oleh-oleh dari Bertam Valley..
 Terima kasih Cikgu Faizol

SJKC Bertam Valley satu destinasi yang belum pasti..
#siapkanlaporanBIGGuruCemerlang#CikguFaizol