Saturday, September 30, 2017

Sudut Warisan SK Bakong

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
 
Hi semua... kali ni nak berkongsi sudut terkini yang baharu aje siap di sekolah saya..
Hasil usaha Cikgu Madasima, guru kanan HEM yang kreatif dan sangat rajin serta sokongan semua pihak merealitikan sudut warisan ini.
 
Hanya dengan satu persoalan..... beliau dapat mengatasi masalah tersebut...
Masalah apa... ermmm tak pa la, sekurang-kurangnya sudut itu memberikan manafaat kepada semua. Idea kreatif gabungan bersama Cikgu Nora yang menyiapkan sudut dalam tempoh seminggu sahaja.
Kebetulan sempena Bulan Kebangsaan, sebagai menyemarakkan semangat patriotik dan mengenali dan menghargai warisan zaman dahulu. Banyak alatan yang dipamerkan tidak dikenali oleh generasi sekarang.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyumbangkan bahan di sudut warisan ini.... ada yang bagi terus, ada yang meminjamkan selama mana ia diperlukan . Usaha murni sentiasa diberkati... dipermudahkan dengan kerjasama semua warga sekolah termasuk PIBG dan penduduk tempatan.

 Biarkan gambar berbicara...
 

 
 Paling suka dan seronok.... bertambah sudut untuk berposing...





 
Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang barang-barang warisan ini.
Kekalkan Sudut Warisan supaya sentiasa diingatan.
Tak sempat lagi nak ambik gambar setiap alatan... next entri ye...
Harap-harap berkesempatan nanti.
 
 
#sukasangat
#Sayasayangsekolahsaya
#cantiknyasekolahku
#hargaiwarisankita
,


Melepaskan batok di tangga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Apa khabar semua?
Semoga semua tetamu yang singgah di sini sihat sejahtera.
 
Hari ni nak bercerita tentang peribahasa sikit... agak-agaknya ada ke yang terkejut...
Harap-harap selepas ni tak ada yang keliru lagi..
 
Seperti melepaskan batok di tangga... kalau tengok dalam buku latihan atau buku-buku yang berada di pasaran ada menulis  'batuk', atau  'batok' jadi  mengelirukan orang ramai. Mana satu yang betul ni. Bila 'search' di internet pun ada yang menulis 'batuk' dan ada yang menulis 'batok'.
 
Batuk yang kita tahu adalah satu penyakit yang mengeluarkan bunyi. Kadang ada betulnya kita boleh melepaskan batuk di tangga... kita terbatuk semasa berada di tangga tetapi apa perkaitan dengan maksud sebenar peribahasa tersebut... fikir-fikirkan la.
 
 
Ni la batok, iaitu sejenis tempurung yang digunakan sebagai gayung atau penyedok air.
Zaman dahulu belum ada gayung yang diperbuat daripada plastik seperti sekarang,
Kreativiti orang dahulu menjadikan tempurung yang dibersihkan dan ditebuk lubang
untuk meletakkan batang buluh atau kayu sebagai pemegang.
Batok ni adalah kata pinjaman dari bahasa jawa...
Macam mana boleh tak perasan ye ia bahasa jawa...
dalam bahasa jawa cara menyebutnya... 'bathok' 
 Melepaskan batok di tangga, ialah perbuatan mencampakkan aje batok tu ke tangga selepas digunakan yang sepatutnya disangkutkan pada tiang yang disediakan. Seperti kita tahu zaman dahulu masyarakat kita berkaki ayaam dan apabila hendak naik ke rumah mereka membasuh kaki dahulu, lagi pun mana ada paip terpasang di halaman rumah.

Seperti melepaskan batok di tangga bermaksud seseorang yang membuat kerja sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh. Mereka menyiapkan kerja secara ala kadar. Hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Peribahasa ini sering ditujukan kepada murid-murid yang malas dan tidak menghasilkan kerja sebaiknya.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini, ia tidak lagi mengelirukan kita...
Jangan kita membuat kerja seperti melepaskan batok di tangga.


#batok
#sudutwarisan
#SKBakong
#sayasukasekolahsaya

Wednesday, September 27, 2017

Bengkel Amalan Terbaik Pengetua Guru Besar PriMe Negeri Perak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah selesai tugasan untuk kali ni. Debaran pun berlalu, sebelum present tak tau nak cakap macam mana perasaan, rasa panas satu badan... Alhamdulillah dapat juga dilaksanakan untuk perkongsian bersama. Disamping tu dapat la melepas rindu dengan sahabat-sahabat seNPQEL. Selain tu dapat la juga berkongsi amalan-amalan terbaik dari sekolah-sekolah kawan tu. Satu perkongsian amalan yang baik yang boleh dilaksanakan di sekolah sendiri mengikut kesesuaian.

Nak tahu apa amalan terbaik sekolah saya, tunggu next entri ye. Kali ni nak tunjuk gambar kenangan aje.


Bersama rakan pembentang dari daerah Perak Tengah
Pn Hjh Norasmah, En Noraini Abd Samad, Pn Nor Hizan Abd. Jalil
dan SIPartners Tuan Haji Fathillah dan Tuan Haji Saidin serta
 En Azman Din, pegawai Unit Jaminan Kualiti JPN Perak

Cikgu Saliza yang sentiasa bersama saya...
ambil dan hantar dengan selamat ke rumah.

Debaran sebelum pembentangan 
 Sahabat sekelas SRG5 NPQEL, sePrime dan sepembentang
amalan sekolah masing-masing yang terpisah di daerah masing-masing
saya aje yang berada di luar daerah.... tapi ok aje.
Di sini kami dipertemukan... ikatan persahabatan tak kan putus..
 Sempat lagi berposing di cafĂ© ....
Hihihi... sambil menyelam minum air, selain berkongsi program/amalan terbaik sekolah-sekolah lain, dapat juga menambah koleksi hobi saya.... rezeki saya bila Puan Norfadzilah Hawary, pengetua SMK Muhibah/Sekolah Seni Negeri Perak ada membawa lencana sekolahnya... yang lain sempat mengirim sampul bersetem untuk kiriman lencana kepada saya kembali... semoga sahabat PGB tak lupa ye...
 
 Kenangan semalamam sebilik bersama di Tower Regency Hotel & Apartment, Ipoh

Perkongsian amalan terbaik SK Bakong... tunggu di nezt entri ye..
Terima kasih semua...


27 - 28  September 2017
Tower Regency Hotel & Apartment, Ipoh

Monday, September 25, 2017

Gaya Bulan Merdeka

Bila tengok gaya-gaya ni hilang penat lelah membuat persiapan dan melaksanakan program sepanjang Bulan Kebangsaan...Simpan gambar-gambar ni buat kenangan.

Ni la cikgu-cikgu saya seramai 12 orang bersama En Mohd Ashraf , Pen. Pengarah Biro tatanegara sebagai perasmi dan En Ahmad Zubir bin Mat Johor Penyelia Kokurikulum PPD Perak Tengah
 
Bila dah semua anak-anak dah balik..... cikgu-cikgu pula melaram di booth yang tersedia dalam dewan, kreativiti Cikgu Junaidah guru kelas Tahun 3.


Ni gaya dengan guru-guru kanan saya ...



12 orang wanita aje yang bergaya... jejakanya dah balik..
Sekolah saya kecik aje tu yang cikgu-cikgunya  tak ramai...
mudah bersama ..

 
Sedondon, sebiru, sehati, sejiwa..
kebetulan ramai yang pakai warna biru..
masa mesyuarat cuma tetapkan pakaian warna bendera Malaysia.



Mereka bertiga aje yang berbaju merah....
 
Posing yang bertudung sedondon aje ye... tudung online
Macam-macam kome punya pose ye..

                       
 
 Sempat jugak merakam kenangan dengan dua beradik ni... Mashitah dan Aisyah


 
 
Terima kasih semua cikgu-cikgu...
Suka, Seronok dan Sayang semua.
 



Saturday, September 23, 2017

Penutupan Bulan Kebangsaan di SK Bakong, Perak

Tarikh :  21. September 2017

Guru-guru, PIBG bersama Penyelia Kokurikulum PPD Perak Tengah  dan Perasmi dari Biro Tatanegara Perak

 Tahun ni sambutan sangat menggalakkan apabila 40 orang murid dari prasekolah
hingga ke Tahun 6 menyertai pertandingan Pakaian Merdeka.

Pemenang pertandingan Pakaian Merdeka.


Pertandingan basikal merdeka juga mendapat sambutan. Sebanyak 10 buah basikal yang dihias indah dengan kreatif yang dibantu oleh ibu bapa.

 
Pemenang Pertandingan Kelas merdeka Tahap 1

Sudut Warisan menjadi daya penarik tetamu

 
 
Bunga Raya Bunga Kebangsaan,
Berkelopak lima, merah warnanya;
Mari semarakkan semangat kebangsaan,
Megah menjadi rakyat Malaysia.