Sunday, July 19, 2015

Bersalaman bermaafan budaya mulia

14 Julai 2015 last bersekolah sebelum nak bercuti selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri. Menjadi satu amalan budaya sekolah saya ni, bersalaman sebelum pulang bercuti untuk berhari raya tak kira bangsa dan agama.

Budaya rakyat Malaysia juga, budaya ini dijadikan amalan sekolah saya agar anak-anak generasi akan datang masih tahu nilai-nilai menghormati orang lebih tua dan rakan sebaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan Puan Guru Besar. Diikuti penyerahan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim dan murid yang kurang berkemampuan berupa wang  yang disumbangkan oleh guru-guru dan semua murid. Seterusnya acara bersalaman yang dimulakan oleh pentadbir, guru-guru dan semua murid dengan semua guru. Majlis dimeriahkan suasananya dengan nyanyian lagu-lagu Hari Raya..
                                      
Penerima Sumbangan Hari Raya 2015
Murid Sesi Pagi SK Marian Convent
 Terima kasih kepada jurufoto saya Qistina Balqis yang merakam seramai yang boleh semasa bersalaman dengan saya. Bagi handphone kat dia pandai la dia merakam segalanya.. selagi memori belum penuh. 

Yang sempat dirakam
Tiba giliran murid pulak yang dimulakan murid Tahun 5
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Juru gambar majlis Ustazah Hjh Zaleha
Giliran Murid Tahun 6 
 
 
Mengeratkan hubungan sesama guru
 

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
Selamat Bercuti. Jaga kesihatan dan keselamatan.
Hati-hati di jalan raya, ingatkan ibu bapa pandu cermat jiwa selamat.



Friday, July 10, 2015

Bilik Baharu Saya

Meh masuk.... dalam ni sejuk sikit, cuma ruangnya sempit sikit la sebab ruang untuk almari lebih sikit . tapi ok, tak perlu nak hias lebih-lebih n pamer maklumat banyak sangat, just yang perlu aje... iishh ada ke yang yang tak perlu, sebenarnya lagi banyak yang perlu diketahui selalu....

Maaf ye, Bukan nak menunjukkan, sekadar untuk kenangan masa hadapan. Kita pun bukan selamanya di sini, cukup masa dan ketika tempat ini akan dimiliki oleh orang lain pulak. Begitulah putaran hidup kita. Setiap perhentian hanya sebuah persinggahan sementara. Terpulang pada setiap individu menjadikan ruang kerjanya selesa dan memberi makna n citarasa tersendiri.

Masuk je terus cermin diri, 

Bunga dan kata motivasi yang akan tersimpan di sini, 
kenangan dari kak Pah.
 
Ni tempat tetamu menanti untuk sementara. Di tepi bilik saya.
Letih-letih dalam bilik, boleh duduk bersandar sekejap sambil baca newspaper.
                                       
Meja untuk buku kedatangan dan buku laporan Mingguan.
Terletak di ruang menunggu ,  betul-betul di hadapan bilik saya.

Hari pertama memulakan tugas rasmi dalam bilik ini (19 Jun 2015),.. dan hari-hari seterusnya
 

yang lama tetap dikenang....
Lagi seminggu genap 4 tahun di sini SK Marian Convent...
4 suasana bilik dirasai. Rezeki SBT sekolah saya semakin cantik dan bilik pentadbir telah diupgrade.
Daripada duduk di celah-celah fail pejabat bersama Penolong Kanan 1,
Bertukar duduk bertiga sebilik bersama PK Kokurikulum dan PK Petang
Lepas itu dapat pula seorang 1 bilik...alhamdulillah...
kemudahan dalam keselesaan melaksanakan tugasan...

Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung.

#carigambarbiliklamatakjumpala
#carisampaijumpa
#haraptakterdelete

Wednesday, July 8, 2015

Penanda Aras SJKC Perempuan China, Pulau Pinang

Tarikh:  7 Julai 2015
Masa : 10 pagi
Tempat SK Marian Convent, Ipoh
Tetamu : 40 orang guru. ( Guru Besar, PK1, PK HEM dan guru-guru)

Perkongsian Kecemerlangan Sekolah Berprestasi Tinggi dan pengurusan ETOS Catur
                                       
 
 
 

Tuesday, July 7, 2015

Percubaan UPSR 2015

Goodluck semua.
Hari ini bermula Ujian Percubaan UPSR bagi murid Tahun 6
Murid Tahun 1 hingga 5 menjalani Ujian Bulan Julai.
Bagi Ujian Percubaan UPSR suasana sebenar mesti diwujudkan, susun atur meja, label calon, jadual dan pelan lantai mesti disediakan. Tatacara masuk dan keluar dewan serta amalan-amalan yang harus dijalankan semasa peperiksaan sebenar diajarkan kepada semua calon UPSR agar sepanjang hari peperiksaan sebenar mereka lebih bersedia dan tertib.
Tahun ni calon 113 jadi boleh la menggunakan 1 Dewan dan 1 kelas.



                                     
 
 


                     
                     

Semoga semuanya beroleh kejayaan.
Sayang semua.