Friday, November 28, 2014

Lawatan Penanda Aras dari SK Pasukan Polis Hutan

Menerima tetamu barisan Pentadbir dan guru-guru dari SK Pasukan Polis Hutan untuk perkongsian ilmu ke arah kecemerlangan bersama.

Tarikh : 28 November 2014
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
 Bersama guru-guru SK PPH dan Guru Bahasa Inggeris SKMC

 Ucapan Selamat Datang oleh Pn Hajah Rogayah - guru besar saya.

 Kena beri taklimat Kecemerlangan Sekolah. 
Guru Besar terpaksa meninggalkan majlis kerana menghadiri majlis lain 
di MH Hotel  bersama Penolong Kanan Pentadbiran
 Sesi perbincangan dan perkongsian ilmu bersama 
Ketua Panitia dan guru-guru  mengikut subjek teras.
                                      
                                      

Nostalgia lama bersama-sama cikgu-cikgu SKPPH
Kak Salwa, Jennita, Rahmah & Habibah
 yang pernah berkhidmat bersama selama saya di SKPPH

Terima kasih atas kunjungan anda.

Mesyuarat SBT di Institiut Pengurusan Peladang Pulau Langkawi.. ok jugak

Bila confirm kena pergi ke mesyuarat ni, saya pun search la google cari kat area mana  tempat tu.. Bila kena pergi seorang ni kena cari jalan la, lagi pun kat ipoh ni cuma 2 sekolah aje sekolah SBT. Tak adalah rasa masalah sebab dah pernah pergi ke negeri tu, cuma tempat mesyuarat tu aje yang pernah sampai. Kebetulan ramai kenalan di Perlis. Apa-apa hala boleh contact mereka.
Rasa seronok jugak la..ye la dah lebih 7 tahun tak jejakkan kaki di langkawi. Peluang yang diberi diterima dengan baik..lagi pun saya yang menurut perintah. Nak kata makan angin tu tak la tapi boleh la untuk untuk menukar rasa angin  bandar ke angin pulau pulak kan,  sebab pergi ni dengan tugas.... menggantikan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah saya. Sebab tu jugak masa result UPSR saya tak ada di sekolah.



Tarikh: 24 - 26 November 2014
Tempat : Institiut Pengurusan Peladang,
               Jalan Ayer Hangat, Kuah, Langkawi.






 Institiut Pengurusan Peladang???
bukanlah hotel  tapi sebuah tempat Jabatan Kerajaan nak kata ala-ala hotel pun boleh. Tempatnya strategik, dari jeti naik teksi RM15.00, dalam masa 13 minit dah sampai. Kedudukannya di tengah-tengah antara Kompleks HIG (Haji Ismail Group) dan Idaman Suri. Nak jalan kaki ke HIG pun boleh kalau larat.. Naik teksi RM10.00. Ruang legarnya pun luas dan selesa, bilik makan/cafeteria ok jugak la tapi makan ikut time betul. Kamar tidur..ada macam-macam jenis ikut gred jawatan (DG). Pada saya kira selesa la. Dewan mesyuaratnya sejuk ya amat... Apa yang istimewanya lagi ..ada wifi, so boleh la saya ber whatsapps2, kalau tak boring jugak ye.

 Penyejuk mata dan halwa telinga, untuk rehatkan minda kejap bila letih dengar taklimat
Semasa menunggu penceramah ni la kerja kami..hihihi..
Bersama Pn Asnah (SK Tengku Mahmud,Terengganu),
 Pn Habibah (SK Assunta Convent Pahang) dan Pn.Tan (SJKC Ave Marian, Ipoh)
                                           

 Sesi Ucapan, Taklimat dan Bermesyuarat
                                En Hasmeer ..                                     Tn Hj Shabudin bin Hasan
                          Pegawai2 Lembaga Peperiksaan                   Pensyarah Kanan IAB

Slot Penanda Aras ke HIG.. 
sempat la melihat perubahan Pulau Langkawi yang semakin pesat membangun dunia perniagaannya.
Jalan-jalan bersama room mate Kak Nah dan Kak Bib.
 Sebelum meninggalkan Pulau Langkawi, mencari peluang merakamkan Si Helang yang tak berganjak dari tempatnya sejak dahulu lagi. Rakam dari jarak jauh aje, tak larat nak mendekatinya. Lagi pun feri lagi 45 minit nak bergerak. Pergi seorang, balik pun seorang, menonong je jalannya.. senang jugak pergi seorang cuma tak ada kawan nak bersembang, jadi pendiam la saya.
 Satu catatan perjalanan... maklumat mesyuarat tak payah la cerita kat sini..buat laporan minit curai aje, lagi pun semua bahan mesyuarat dan  taklimat telah diemelkan oleh urusetia, siap dengan nota minit curai untuk tindakan selanjutnya untuk dimaklumkan kepada GB dan PKP saya. Semua kena bertindak segera.
Insyaallah ada rezeki suatu masa akan sampai lagi di sini.

Thursday, November 27, 2014

Tahniah Marians... cemerlang UPSR 2014

Assalamualaikum n Salam Sejahtera semua,
Gembira dan terharu dengan kejayaan berganda yang dicipta oleh anak-anak dan seluruh warga Marian. Walaupun dapat keputusan semasa bermesyuarat di Pulau Langkawi, saya turut merasai kegembiraan mereka di sekolah saya. Majlis yang begitu meriah dan penuh warna-warni kegembiraan. Turut bangga bila tahu Pengarah Pendidikan Negeri sendiri akan turun ke sekolah dan mengumumkan keputusan UPSR 2014.
Di slot terakhir program saya di Langkawi, diumumkan keputusan UPSR bagi Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi...excited n berdebar-debar... terpapar aje ouh..alhamdulillah duduk di no.2 terbaik dengan peningkatan sedikit gps (gred purata sekolah). Kejayaan berganda untuk SK Marian Convent Sekolah Berprestasi Tinggi. Syukur atas anugerah yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
Tahniah kepada semua warga Marian terutama Guru Besar dan PK Pentadbiran yang mengambil berat agar anak-anak Marian mendapat keputusan yang cemerlang dengan bimbingan guru-guru Tahun 6 dan ibu bapa yang komited. Juga kepada seluruh warga Marian yang turut memberikan sumbangan dan mendoakan kejayaan mereka.
Teruskan kecemerlangan SKMC...
Go Go Marian Go...

Hari ini ke sekolah.... setelah hampir seminggu tak ke sekolah.. sempat la melihat senarai UPSR 2014.
Tahniah kepada yang mendapat 5A...
1.  ABARNAASHRE  A/P  SANTHIRAN
2   ADLINA BALQIS BT AMIRUL HAKIM THUM
3   AISYAH ADRIANA  BT MOHD ASRI
4   ARINNA  QAISARA  BT  ZUL AZHAR
5   ASHLYNNE LEE WENXUAN
6   ASHWETTA A/P MAHENDRAN
7   AYRA ZAHRA  BT  AZAHAR
8   DEENESHA  A/P  RAVI CHANDRAN
9   DEEPA  A/P  MURUGAN
10 DURGA DEVI  A/P MUTHUSAMY
11 DVESHANA  A/P SAJEEVAN
12 EDWIINA  A/P  RAVI SELVAN
13 ELLYSSA  CHAN
14 KALAIVANIY  AP SAKTHIVELU
15 LEONG SUM YEE
16 LOH PUI HUA
17 MAH WEN-LYN
18 MASYITAH  BT MOHAMAD NADZIM
19 MELANIE  CHEONG JOE YAU
20 NADIA  BT  NOORSAZALY
21 NG U
22 NISHA LEANN CHELVAN
23 NISHANTHINI  A/P THARMALIGAM
24 NITHYASHINI A/P RAMESHWARAN
25 NUR ANIS HAZWANI  BT  ABDUL HALIM
26 NUR DINA FATIN BT AZMAN
27 PUTERI NUR ALIA BT  MOHD DANIAL CHONG
28 SARAH FARISYA  BT  ABDUL RAZAK
29 SARAH LOH MING LI
30 SHARVHENA A/P  SUGUNAN PILLAI
31 SHYANNE LUCILLE NG POH YEE
32 SITI QAISARA BATRISYIA ADILAH BT KHAIRUL
33 SONEETA  KAUR A/P RAJINDER SINGH
34 SRI SUNANTHA  A/P SIVA KUMAR
35 SYUKRINA AYESHA  BT FAKRULRAZI
36 VINOSHA A/PSIVADEV
37 YOGEETHA  ANNE A/P  TAMIL CHELVAN

Analisa Keputusan:
Bahasa Melayu (Pemahaman)  A: 93 orang      Lulus : 97.5%     Gagal: 3 orang    
Bahasa Melayu (Penulisan)      A:102 orang     Lulus : 98.3%     Gagal: 2 orang    
Bahasa Inggeris                        A: 95 orang      Lulus : 100%                                  
Matematik                                A: 79 orang      Lulus : 100%                                  
Science                                     A: 45 orang      Lulus : 98.3%      Gagal: 2 orang    

Semoga kejayaan sekolah saya akan terus cemerlang dan menjadi pendorong kepada anak-anak Marian di masa hadapan untuk terus mengekalkan kecemerlangan.

Teruskan kecemerlangan anda. UPSR adalah langkah pertama untuk mencipta kejayaan seterusnya.
Kepada anak-anak Marian yang tidak mendapat kecemerlangan yang diharapkan, usaha lagi untuk kejayaan sebenar di hari kemudian kerana perjalanan masih jauh.
Hanya usaha dan kerajinan + doa restu akan menghasilkan kejayaan sebenar. 

Terima Cikgu Fairul Nazwa yang merakam memori ini.
 Majlis Sidang Akbar di Bilik Seri Gemilang
                                      
 Majlis Penyerahan Sijil di Dewan Gemilang
                      
                          
                                     

                    huhuhu...Saya tak dapat posing sama
                                     
Tahniah semua.

Sunday, November 23, 2014

Pesanan di hari akhir persekolahan

Jumaat 21 November  hari akhir persekolahan. 
Memang rasa sedih, berganda-ganda rasa sedih di hati saya. 
Hakikat sebenar harus diterima,.....
mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku (pujuk hati sendiri)

Patut semalam dah berpesan kepada anak-anak Marian,
jaga keselamatan, jaga kesihatan sepanjang masa cuti persekolahan selama 6 minggu tu.
Jangan asyik enjoy bercuti, ingat-ingatla buku sama, terutama murid Tahun 6.
Saya mohon maaf kepada semua,  seakan tak akan berjumpa keesokkan harinya
 rupanya memang pun pada hari terakhir persekolahan tak dapat dapat bersama mereka. 
Hari keputusan UPSR nanti pun tak dapat bersama mereka.. 
kena pergi bermesyuarat di langkawi, 

Kenapa tak datang sekolah????
Jam 2.30 pagi mendapat panggilan mengejutkan dari kampung,
memangla terkejut kalau awal pagi mendapat sebarang panggilan kan.
Hati rasa berdebar bila dengar telefon berdering..
terus terduduk dari pembaringan mendapat khabar...
abang ipar meninggal dunia pada jam 1.35 pagi ...
setelah setahun menanggung kesakitannya. Allah lebih menyayanginya.
Semoga roh abang ipar saya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Aamiin...Alfatihah.


Buat anak-anak Marian semoga cuti selama 6 minggu ini dimanfaatkan sebaiknya.
Walaupun bercuti jangan lupa intai-intai juga buku teks tu, balut elok-elok ye,
Mulakan buat latihan Karangan (KNKC)
Main la catur..jangan asyik main gajet je..next year boleh wakili sekolah
Bila baca buku cerita jangan lupa catat dalam buku Nilam.
Insyaallah jumpa semula di tahun 2015 Jan 5.

Sayang Semua...


Tuesday, November 18, 2014

Selamat bermesyuarat.... terima kasih sudi hadir.

12 November 2014
Masa : 2.30 petang
Mesyuarat Kokurikulum Daerah Kinta Utara (Sekolah Rendah)
Pengerusi : En. Roslan  bin  Penyelia Kokurikulum PPD Kinta Utara
VIP: En. Borhanudin - Penolong PPD Hal Ehwal Murid, PPD Kinta Utara



17 November 2014
Masa : 2.30 petang
Mesyuarat Kokurikulum Daerah Kinta Utara (Sekolah Menengah)
Pengerusi : En. Roslan  bin  Penyelia Kokurikulum PPD Kinta Utara
VIP: En. Borhanudin - Penolong PPD Hal Ehwal Murid, PPD Kinta Utara





















                              

Terima kasih atas kesudian bermesyuarat di sekolah saya.

Suka-suka berbaju purple yang baharu,jangan marah.

Assalamualaikum semua,
seronok sangat, tu hari-hari boleh update kat sini
lega, exam dah selesai, result tak tau la, tawakkal aje...
 cuti semester dah bermula... horrey horrey horey..
boleh tumpu sepenuhnya tugas-tugas rasmi kat sekolah ni...

Hari jumaat lepas (14/11/14) ada majlis khatam quran,
 so kami pakat baju uniform sekolah yang baru..warna purple, nampak terserlah warnanya yang ceria
selesai majlis, ada makan-makan di kitchen conner bilik guru....
mesrakan hubungan, eratkan silatulrahim

 Layan birthday ladies  Okt. Nov & Dis berposing-posing
hihihi sebenarnya saya yang sibuk suruh mereka posing, jangan marah.
 comelnya mak dara ni posing kat sini, tapi kat sini tak ada tasik ye cik laila
 
 Hahaha mana boleh jadi gambar kita tak ada kan..
jangan marah ye...
Sukanyer mengusik mereka, sambil merakam kesibukan mereka
macam-macam gaya mereka yang sedang leka dengan kerja masing-masing
 
                   
                   

                                           Jam 12.00 tengah hari start meeting Kurikulum...

Catatan memori bersama...
senda gurau gelak ketawa.....kau segalanya
Sayang semua.