Rasa seronok jugak la..ye la dah lebih 7 tahun tak jejakkan kaki di langkawi. Peluang yang diberi diterima dengan baik..lagi pun saya yang menurut perintah. Nak kata makan angin tu tak la tapi boleh la untuk untuk menukar rasa angin bandar ke angin pulau pulak kan, sebab pergi ni dengan tugas.... menggantikan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah saya. Sebab tu jugak masa result UPSR saya tak ada di sekolah.
Tarikh: 24 - 26 November 2014
Tempat : Institiut Pengurusan Peladang,
Jalan Ayer Hangat, Kuah, Langkawi.
Institiut Pengurusan Peladang???
bukanlah hotel tapi sebuah tempat Jabatan Kerajaan nak kata ala-ala hotel pun boleh. Tempatnya strategik, dari jeti naik teksi RM15.00, dalam masa 13 minit dah sampai. Kedudukannya di tengah-tengah antara Kompleks HIG (Haji Ismail Group) dan Idaman Suri. Nak jalan kaki ke HIG pun boleh kalau larat.. Naik teksi RM10.00. Ruang legarnya pun luas dan selesa, bilik makan/cafeteria ok jugak la tapi makan ikut time betul. Kamar tidur..ada macam-macam jenis ikut gred jawatan (DG). Pada saya kira selesa la. Dewan mesyuaratnya sejuk ya amat... Apa yang istimewanya lagi ..ada wifi, so boleh la saya ber whatsapps2, kalau tak boring jugak ye.
Penyejuk mata dan halwa telinga, untuk rehatkan minda kejap bila letih dengar taklimat
Semasa menunggu penceramah ni la kerja kami..hihihi..
Bersama Pn Asnah (SK Tengku Mahmud,Terengganu), Pn Habibah (SK Assunta Convent Pahang) dan Pn.Tan (SJKC Ave Marian, Ipoh) |
Sesi Ucapan, Taklimat dan Bermesyuarat
En Hasmeer .. Tn Hj Shabudin bin HasanPegawai2 Lembaga Peperiksaan Pensyarah Kanan IAB
Slot Penanda Aras ke HIG..
sempat la melihat perubahan Pulau Langkawi yang semakin pesat membangun dunia perniagaannya.
Jalan-jalan bersama room mate Kak Nah dan Kak Bib.
Sebelum meninggalkan Pulau Langkawi, mencari peluang merakamkan Si Helang yang tak berganjak dari tempatnya sejak dahulu lagi. Rakam dari jarak jauh aje, tak larat nak mendekatinya. Lagi pun feri lagi 45 minit nak bergerak. Pergi seorang, balik pun seorang, menonong je jalannya.. senang jugak pergi seorang cuma tak ada kawan nak bersembang, jadi pendiam la saya.Satu catatan perjalanan... maklumat mesyuarat tak payah la cerita kat sini..buat laporan minit curai aje, lagi pun semua bahan mesyuarat dan taklimat telah diemelkan oleh urusetia, siap dengan nota minit curai untuk tindakan selanjutnya untuk dimaklumkan kepada GB dan PKP saya. Semua kena bertindak segera.
Insyaallah ada rezeki suatu masa akan sampai lagi di sini.
No comments:
Post a Comment