Friday, January 31, 2014

Cerita Tahun Baru Cina

Suasana malam hari di Sunway City menjelang Sambutan Tahun Baru Cina


Hi, Happy Chinese New Year special to anak-anak Marian yang berbangsa cina.
Tahun ni cuti enam hari je, sehari cuti peristiwa, 2 hari cuti berganti dan kebetulan sambutan jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu sambung  hari Ahad. Lama tu. Tapi biasa la cuti umum je tak pergi sekolah, yang lain tu rasa kena datang jugak kot.

Dua hari sebelum sambutan, dapat kunjungan dari murid lama ni..ingat jugak kat saya ye Gladys ..Terima kasih atas kiriman kuih raya tu..sedapppppppp. Sempat la bersembang sekejap. Nampak lain kan, rambut dah cantik tu. Senyumannya memang manis sejak dulu.
Sebelum tu ada juga terima kiriman buah limau daripada kenalan yang lain. Manis manis rasanya...

Kepada anak-anak Marian yang kurang mampu juga menerima angpau daripada warga Marian. Menjadi kebiasaan tabung sumbangan akan diedarkan kepada semua murid bagi memberikan sumbangan kepada mereka yang kurang mampu dan anak yatim. Kutipan itu akan diagihkan kepada semua murid yang layak menerimanya. Sekurang-kurangnya sumbangan itu dapat membantu mereka bagi menyambut Tahun Baru dengan gembira.


Anak ikan berwarna merah
Raya cina pun pakai baju merah..

Selamat Tahun Baru Cina...Kong Xi Fat Choy...


Friday, January 24, 2014

4 Cempaka Ceria dan Cantik

Hari ni  relief kelas ni, ambil peluang mendekati mereka dengan lebih rapat. Sambil memberi motivasi agar murid-murid dalam kelas ini akan lebih berdisiplin dan cemerlang. Sebagai pentadbir yang menguruskan hal ehwal murid inilah masa sebaiknya bagi menerangkan segala peraturan sekolah dengan jelas dan difahami, memandangkan mereka baru melangkah ke tahap 2.
Kejayaan tidak datang bergolek, jadi anak-anak 4 Cempaka ni mesti sentiasa berusaha dan rajin selalu .....rajin datang sekolah, rajin belajar, rajin menyiapkan kerja sekolah..
elakkan bersembang dan mengusik kawan...Masa lapang amalkan KNK...tau tak KNK tu...

Ni la penghuni kelas tu. Ahlinya tak ramai sebab mereka memerlukan bimbingan dan perhatian yang lebih.

Guru kelas 4 Cempaka dan sudut-sudut papan maklumat yang berinformasi, kemas dan ceria.

              
                


Petang hari bermain lelayang,
Murid rajin Cikgu pun Sayang..



                     
                     
                   
Kelas ceria , murid pun suka,
Seronok belajar, semua berjaya.

Wednesday, January 22, 2014

Penyerahan Bantuan RM100

Majlis diadakan semalam 21 Januari..sempat bersama waktu pagi je bagi ibu bapa murid sesi petang. Tak sempat nak membantu/posing2 dengan cikgu-cikgu di sebelah petang...kena hadiri mesyuarat di luar....
Alhamdulillah selesai amanah yang dipertanggungjawabkan.
Terima kasih dan Tahniah kepada semua guru yang menjalankan tugas dengan ceria dan seronok...Hahaha seronok dapat posing dengan duit purple..baju purple.. Sesiapa yang dapat jugak..alhamdulillah... rezeki anak-anak. Walaupun RM100 je tapi amat bermakna bagi yang amat memerlukan. Boleh la menambah beli kemudahan anak-anak belajar, buku-buku dan alat tulis yang belum lengkap, pakaiannya termasuklah lencana, tanda nama, tudung, kasut dan stoking. Dah dikatakan wang bantuan anak-anak sekolah jadi seharusnya semuanya untuk membiayai keperluan anak-anak.
Sekolah anak saya, minggu hadapan baru nak dapat.. anak dah sekolah menengah tak payah la emak pergi ambik...seronok la dia..hahaha.







Hari ini hari Selasa,
Orang memberi kita merasa.
Bunga ros bunga kemboja,
Terima kasih Semua.

Monday, January 20, 2014

Majlis Pelantikan Pemimpin Sekolah 2014

Hari ini diadakan majlis pelantikan pemimpin bagi sesi 2014. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada guru penasihat semua pemimpin sekolah yang menguruskan segalanya dengan lancar dan cemerlang. Terima kasih
Tak dapat hadir majlis tersebut kerana terpaksa mengambil cuti rehat...walaupun sebenarnya bukan untuk berehat..menyelesaikan urusan keluarga...sesekali kena menguruskan anak-anak walaupun sudah dewasa. Selesai segala urusan singgah sekolah sekejap menyelesaikan persiapan untuk hari esok pula...
dah ambik cuti pun nak ke sekolah ke?..
Sekolahku Rumahku...


Lafaz Ikrar yang diketuai oleh Ketua Murid dan ketua setiap pemimpin sekolah


Barisan Pengawas Sekolah

Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Pengawas Pusat Sumber

Pengawas Skim Simpanan Buku Teks (SPBT)

Pembimbing Rakan Sebaya

Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Pemimpin sesi petang tunggu ye...nanti saya dapatkan gambar cikgu yang bertugas...

Pelantikan ke Perlantikan

Kadang-kadang jadi keliru, mana satu yang betul ejaannya. 
Bila ada yang kata.. ye ke macam tu ejaannya?....betul ke? tambah lagi keliru...
Bla buat rujukan sendiri lepas ni tak la keliru lagi...

Rujuk pada Kamus Dewan  yang betul....
                          PELANTIKAN
lepas ni jangan konfius lagi ye.. perkataan ni akan selalu disebut dalam mesyuarat awal tahun, nak tubuhkan jawatankuasa dan majlis nak melantik pemimpin sekolah. Macam tu jugak perkataan pelaksanaan...bukan perlaksanaan... 

Sebagai panduan untuk mengeja perkataan lain dengan betul 
Kita rujuk Pakar bahasa katanya;
Untuk membezakan ejaan perkataan tersebut perkara pertama yang perlu ditentukan ialah imbuhan yang digunakan pada kata dasar yang bermula dengan huruf  'l'  letak, lucut, lancar, lanjut dan lain-lain. Perkataan yang bermula selain huruf 'l' tidak mendatangkan masalah.

Jika perkataan tersebut boleh ditambah imbuhan meN.....kan
perkataan tersebut boleh dieja dengan peN.....an iaitu tanpa huruf 'r'.

Sebagai contoh perkataan letak, lepas, lucut, lanjut, laksana boleh ditambah apitan meN...kan (me......kan) menjadi
meletakkan, melepaskan, melucutkan, melanjutkan, melaksanakan

perkataan tersebut dieja sebagai;
peletakan, pelepasan, pelucutan, pelanjutan, pelaksanaan

Jika sesuatu perkataan yang bermula dengan huruf 'l' boleh menerima apitan beR..... seperti berlumba, bermain, berlaga,berjumpa,berlawan maka perkataan tersebut dieja dengan peR....an seperti; perlumbaan, perlawanan, perjumpaan, permainan.

Jadi tiada perkataan berlantik atau berlaksana...
untuk menjadi perkataan perlantikan atau perlaksanaan...


Bahasaku indah...

Saturday, January 18, 2014

Jiwa Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Dah lama tak mengintai FB , hari ni terjumpa kata-kata motivasi ni.
Sekadar merenung dan mengingatkan diri sendiri..
Boleh juga dikongsi bersama rakan-rakan yang bergelar guru.
Untuk kita sama-sama muhasabah diri, 
kadang-kadang guru-guru pun perlu diingatkan selalu 
untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang mungkin kita lakukan
dan menyemarakkan semula semangat yang mungkin hampir luntur...

 
Sekali menjadi guru, selamanya saya seorang GURU ..
Semoga saya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang dan diberkati IIlahi.


Thursday, January 16, 2014

Pemeriksaan Khas Tawaran Baru Guru Besar

Alhamdulillah tahun ini kali ke empat guru besar sekolah saya dicalonkan untuk Tawaran Baru Guru Besar (New Deal), saya tumpang dua kaki la..hehehe. Sebelum nazir datang nak buat pemeriksaan khas yang akan bermula 21 Januari hingga akhir Februari kena kemaskini semua maklumat dalam 50 fail /perkara yang yang perlu disediakan iaitu;

Pengurusan
1  Takwim Sekolah
2   Perancangan Strategik
3   Perancangan Taktikal
4   Perancangan Operasi
5   Pengurusan Kewangan dan Aset Alih Kerajaan
6   Laporan Audit Sekolah
7   Laporan Pemeriksaan Nazir Sekolah
8   Fail Penarafan Kendiri Sekolah/ SKPM
9   Senarai NM Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
10 Rekod Kehadiran Guru Besar,Guru dan AKP
11 Rekod Pergerakan Guru Besar
12 Rekod Pergerakan Guru dan AKP
13 Agihan dan Senarai Tugas Guru dan AKP
14 Fail Mesyuarat Guru dan AKP
15 Buku Laporan Guru Bertugas Harian
16 Rekod Bekalan Pejabat, Inventori dan Harta Modal
17 Rekod Penyelenggaraan Prasarana
18 Fail Pelupusan dan Hapus Kira
19 Rekod / Fail Tindakan Tatatertib
20 Fail Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

Kurikulum
21 Jadual Waktu Kelas dan Persendirian (Sertakan Jadual Waktu GB?PK yang memangku    
     menjalankan tugas.
22 Rekod Jadual Waktu Ganti
23 Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas
24 Buku Rekod Mengajar Guru Besar/ Penolong Kanan
25 Rekod Penghantaran Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
26 Fail Panitia Mata pelajaran
27 Fail peperiksaan Awam (tiga tahun kebelangan)
28 Fail Peperiksaan Dalaman
29 FailPengurusan Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS)
30 Fail Pencerapan Pengajaran dan Pemblajaran
31 Fail Semakan Buku Latihan
32 Fail Perkembangan STAF/ LADAP
33 Fail Pusat Sumber Sekolah
34 Rekod Pelaksanaan Nilam
35 Dokumen Berkaitan Program Peningkatan Akademik

Kokurikulum

36 Fail Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
37 Rekod Pentaksiran Kegiatan Kokurikulum
38 Rekod Penyeliaan Kegiatan Kokurikulum
39 Rekod Pencapaian Kegiatan Kokurikulum & Sukan
40 Fail Pengurusan Kelab dan Permainan
41 Fail Pengurusan zbadan Beruniform
42 Fail Pengurusan Sukan dan Permainan


Hal Ehwal Murid

43 Fail Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
44 Fail Pengurusan Disiplin Murid
45 Fail Fail Pengurusan Perkhimatan Bimbingan dan Kaunseling
46 Kes Salah Laku Murid
47 Analisis Kehadiran Murid
48 Fail Pengurusan PerkhidmatanKebajikan, Kesihatan dan Keselamatan
49 Dokumen Berkaitan Program Peningkatan Sahsiah Murid
50 Pengurusan Asrama (jika berkenaan)

Siap Sedia dari sekarang....
Jom semua perkemas fail masing-masing.

Wednesday, January 15, 2014

Guru Besar kembali bertugas dengan Anugerah Kecemerlangan UPSR 2013 Peringkat Kebangsaan

Alhamdulillah, Guru Besar kembali bertugas setelah sihat seperti sedia kala.
Ucapan pertama beliau kepada anak-anak Marian bagi sesi 2014...

 

Hasil usaha dan doa semua warga Marian dengan kepimpinan beliau SKMC sentiasa cemerlang.
Sijil dan Hadiah yang diterima membuktikan guru-guru, anak-anak dan ibu bapa Marian Cemerlang.

             


Tahniah kepada sekolah-sekolah yang menerima penganugerahan ini. Guru Besar SK Marian Convent, Ipoh Pn. Hjh Rogayah bt Pilus berdiri di barisan tengah no.6 dari kiri. 


Syukur atas nikmat yang diberikan olehNya.

Tuesday, January 14, 2014

Kelas Bersih dan Ceria

TAHNIAH  6 KENANGA...
Pemenang Pertama Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Sesi Pagi tahun ni.
Selepas pengumuman pada perhimpunan mingguan semalam..terus melawat kelas tersebut bagi menentusahkan........memang layak diberi pengikhtirafan.
Sebenarnya kelas-kelas lain pun bersih dan ceria. Persaingan tahun ni hebat...banyak kelas melepasi tahap markah cemerlang. Agaknya pening jugak cikgu-cikgu nak mencari pemenangnya ye.
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru kelas dan murid-murid yang bekerjasama menceriakan kelas dan sentiasa bersih dan kemas...
Teruskan kerajinan anda semua sehingga ke akhir tahun..





Tahniah...tahniah, tahniah...


Saya suka kelas yang bersih dan ceria.

Monday, January 13, 2014

Adab di tempat Ibadat

Beradab adalah amalan mulia. Adab apabila berbual sesama kawan, guru, ibu bapa dan orang yang lebih dewasa, Adab belajar dan adab berada di tempat-tempat ibadat harus diketahui oleh semua rakyat yang berbilang bangsa dan agama agar keharmonian hidup terus terpelihara. Amalan ini diterapkan dalam setiap individu dari kecil  dan terus mengamalkannya selagi hayat masih ada. Dalam negara Malaysia yang pelbagai agama dan budaya, kita haruslah saling menghormati antara satu sama lain. Walau di mana kita berada adab sopan mesti dijaga. Semua agama menyuruh kita berbuat kebaikan dan melarang perkara-perkara yang jahat dan mendatangkan kemudaratan.

Hari ini masuk kelas 5 Seroja...Pendidikan Sivik Kewarganegaraan, masa setengah jam je hanya sempat untuk sesi perbincangan,  Sebagai 'homework' kena buat buku skrap ye.
Harap nota ni dapat membantu kalian semua...

Tajuk tugasan: ADAB DI TEMPAT IBADAT

Buat dalam 3 bahagian iaitu;

A  Pengenalan - 
     nyatakan tempat-tempat ibadat yang terdapat di Malaysia dengan disertakan gambarnya.

B Peraturan/Adab di tempat ibadat

   Peraturan di Masjid - 
     a. menutup aurat
     b. menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid
     c. duduk dengan sopan
     d. menjaga kebersihan diri dan persekitaran
     e. tidak mengganggu jemaah yang sedang beribadat
     f.  menyimpan barangan yang digunakan ke tempat asal semula.
 
  Peraturan di Kuil -
    a. membuka kasut sebelum masuk ke perkarangan kuil
    b. membasuh kaki sebelum masuk ke kuil
    c. memberikan tumpuan semasa sami menjalankan upacara keagamaan
    d. menunaikan hajat sekiranya berniat 
    e. dilarang memasuki perkarangan kuil sekiranya dalam keadaan haid.

  Peraturan di Tokong -
    a. memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata
    b. membuka kasut sebelum masuk ke kawasan ibadat
    c. menjaga kebersihan
    d. memberikan tumpuan semasa beribadat
    e. dilarang membuat bising
    f. dilarang membawa makanan berdaging

  Peraturan di Gurdwara -
    a. membuka kasut sebelum masuk ke Gurdwara
    b. berpakaian sopan dan menutup kepala semasa berada di tempat ibadat
    c. sujud pada 'Guru Granth Sahib' apabila masuk dan sebelum keluar
    d. membersihkan tangan sebelum memegang 'Guru Granth Sahib'
    e. Hanya makanan vegeterian  dibenarkan dibawa masuk ke Gurdwara


C. Aktiviti yang dijalankan di tempat ibadat.
    Masjid - sembahyang/solat
               - kelas agama
               - ceramah agama
               - upacara akad nikah
               - mengaji al-Quran
  
   Tokong - sembahyang
               - majlis perkahwinan
               - Sunday School

    Kuil - majlis perkahwinan
           - Kelas Thevaram
           - Ceramah agama

    Gereja - sembahyang
               - majlis perkahwinan
               - Sunday Class

Cara persembahan buku skrap mengikut kreativiti. Layari laman web untuk mencari bahan.
ejaan sebenar Gurdwara..
Tempoh seminggu ye..anak-anak 5 Seroja SK Marian Convent..
Selamat belajar..

   
Saya Sayang Semua yang rajin  dan bersopan je tau....

Friday, January 10, 2014

Rambutan oh rambutan dalam bilik guru

Tujuan nak cari maklumat, dapat pula buah ni..hahaha
Memang betul la, pantang jumpa ni pasti terhenti sekejap.
Tapi kali ni bukan sekejap..duduk sampai setengah bakul kulitnya..dan tak payah ke kantin..
Rezeki hari ni...
Dua orang ni dah tak mandang lain kalau dapat buah ni.

Jom join sekali...dia bawa geng sibaju biru pulak..
saya pun ada biru-biru sikit kan..kira boleh la

 Antara meja-meja guru yang kemas dan bersih...
Yang lain jangan jeles ye..cepat-cepat ceriakan meja masing2.

Saya suka, saya suka.

Wednesday, January 8, 2014

Murid Tahun 4 yang malu-malu

4 Seroja 2014

4 Kenanga 2014

4 Mawar 2014
4 Cempaka 2014