Saturday, December 17, 2011
Latihan dah bermula.....
Hai semua
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lama tak menjenguk blog ni..Cuti sekolah yang panjang. Rindu pulak.
Pada semua murid yang bercuti , cuti pergi sekolah je ye, tapi belajar tetap belajar ye.
Lebih-lebih lagi yang nak ambik UPSR tahun depan...buat la persiapan awal.
Masa belajar, kita belajar....belajar betul-betul, fahamkan apa yang kita baca atau buat latihan.
Tapi jangan belajar sampai 24 jam....beri juga masa minda kita berehat. Cam ne nak rehatkan minda..jom bersukan.. peluhkan badan sikit supaya otak kita lebih cergas...jangan rehatkan minda dengan menghadap facebook atau main games kat komputer.....
Ni la murid-murid sekolah saya yang rajin datang memulakan latihan awal untuk persiapan tahun 2012.
Isi masa cuti yang panjang dengan perkara yang berfaedah.
Tahniah dan terima kasih pada yang hadir setiap latihan yang diadakan. PRACTICE MAKES PERFECT.

Tiba-tiba hujan turun, latihan terpaksa diadakan di dalam dewan. |
Tahniah dan terima kasih pada yang hadir setiap latihan yang diadakan. PRACTICE MAKES PERFECT.
Sunday, November 20, 2011
Cuti SEKOLAH bermula
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada semua murid dan pelajar serta guru-guru.. Selamat Bercuti..
Jumpa lagi di awal tahun 2012..
Cerita di hari akhir sesi persekolahan 2011 .
Perhimpunan semua murid sesi pagi dan sesi petang. |
Ucapan akhir Pn. Nour Hafidzah bt. Othman yang telah berkhidmat sejak 1.Feb 1985 yang akan bertukar sekolah ke Negeri Selangor. Jasamu tetap dikenang. |
Friday, November 18, 2011
SK MARIAN CONVENT, IPOH terus CEMERLANG.
Alhamdulillah syukur, berkat usaha dan kerjasama semua warga sekolah saya ni dan ibu bapa, sekolah saya telah mendapat kejayaan yang membanggakan dalam keputusan UPSR yang diumumkan hari ini. Lebih seronok dan suka serta membanggakan sekolah saya ni, majlis penyampaian slip keputusan telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara, Tuan Haji Marazlen @ Mar Azlan b. Amran. Majlis juga turut dihadiri oleh 4 orang pegawai PPD dari unit Sekolah Rendah dan Unit Akademik, Datuk Bandar Ipoh, Dato' Haji Roshidi b. Haji Hashim selaku YDP PIBG sekolah serta para ibu bapa.
Pencapaian yang membanggakan.
Calon : 126 orang
Lulus semua mata pelajaran : 124 orang ( 98.4%)
- Anugerah Kuantiti Cemerlang Daerah Kinta Utara
Calun mendapat 5A : 55 orang orang (43.7%)
- Anugerah Kualiti Cemerlang Daerah Kinta Utara
GPS sekolah : 1.32
- Anugerah Pencapaian Cemerlang Daerah Kinta Utara
SYABAS, Semoga kecemerlangan akan terus menjadi milik sekolah saya ni.

Sebahagian wartawan yang hadir. |
Penyelaras Peperiksaan UPSR dan guru-guru Tahun 6 menyiapkan sijil Pencapaian untuk semua calon |
SYABAS, Semoga kecemerlangan akan terus menjadi milik sekolah saya ni.
Wednesday, November 16, 2011
Terima kasih Malaysia
Pemberian RM100 kepada semua murid adalah satu sumbangan kerajaan kepada rakyatnya. Pemberian ini adalah untuk murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 bagi sekolah menengah. Bagi murid Tahun 6, mereka akan menerima pada tahun 2012 di sekolah tempat mereka mendaftar dan belajar nanti. Manakala sesiapa yang mempunyai anak yang akan memasuki tahun 1 pada 2012, jangan risau, insyaallah mereka juga akan menerima pemberian sumbangan kerajaan ini pada tahun 2012.
Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dan menghargai dengan apa yang diberi dan memanafaatkan pemberian itu untuk persediaan keperluan sekolah tahun 2012. Jangan guna beli benda lain ye. Mungkin nilai RM100 tu terlalu kecil bagi sesetengah ibu bapa tapi bagi keluarga yang berpendapatan rendah pemberian itu amat berharga.
Saya pun dapat juga, anak seorang dapat RM100 je la. Alhamdulillah, syukur. Bertuah la Ainny.

Saturday, November 12, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Makin Nak Cuti Makin Banyak Aktiviti
Assalamualaikum...selamat sejahtera semua
Apa nak cerita ye......
Kerja banyak tapi bila mengadap benda ni...
rasa nak sembang pulak dengan yang sudi buka blog ni..
lebih-lebih lagi yang sudi menjadi follower...ada ke yang sudi tu!!!
Sekolah tinggal seminggu lagi..tapi macam-macam aktiviti dibuat sama ada peringkat sekolah atau daerah, malah agensi luar yang berhubung terus ngan sekolah wat macam-macam program. Bila fikir ada bagusnya.. ye la dah dekat nak cuti ni mood belajar dah kurang, jadi kena wat program yang memberi manafaat kepada semua. Betul tak?...Cikgu-cikgu memang sibuk la ..nak masukkan markah, nak kemaskini maklumat dan fail murid, terutama yang tahun 6 tu...
Makin nak cuti makin banyak aktiviti....
Bila murid kena pergi program-program tu..
nak tak nak cikgu-cikgu pun kena terlibat sama..
nak uruskan surat kebenaran, penghantaran dan macam-macam lagi la........
Ni la antara program luar yang sekolah saya terlibat...
1. Kem 1 Murid 1 Sukan Daerah Kinta Utara - 11- 13 Nov
2. Sukan Pembangunan Sofbol Negeri Perak - 12 November
3. Karnival Kesenian Kanak-kanak Negeri Perak - 11-13 Nov.
4. Perkhemahan Intergrasi Unit Beruniform Daerah Kinta Utara-11-13 Nov
5. Kejohanan Renang Tertutup Negeri Perak - 12 dan 13 Nov.
6. Pertandingan Taekwondo RSB Negeri Perak - 12 dan 13 Nov.
Alhamdulillah dengan penglibatan mereka semua tu murid sekolah saya ni dapat menimba ilmu dan pengalaman untuk menjadikan murid dan sekolah saya ni lebih cemerlang.
K la..nanti cerita lagi....bye....wassalam
Tuesday, November 8, 2011
Makluman
HARI DAN MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM
SK MARIAN CONVENT, 2011
Tarikh: 12 November 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : SK Marian Convent.
Agenda:
8.15 pagi : Pertandingan Antara Pasukan Unit Uniform
(Kawad kaki, Memasang Khemah, membuat Gejet,
Memasak dan Menghidang, )
Pertandingan Mewarna - Murid Tahun 3
10.00 pagi : Persembahan
11.00 pagi : Majlis Anugerah Kokurikulum -
Penyampaian hadiah dan sijil .
Anugerah khas induvidu dan pasukan yang cemerlang.
Gerai jualan makanan oleh setiap Pasukan Unit Beruniform
Penglibatan: Murid Tahun 3, 4, 5, 6 dan
Guru Penasihat Setiap Unit Beruniform
Semua ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
Sunday, November 6, 2011
SK Marian Convent - Hari Kanak-kanak Sesi Petang
Bila tengok budak-budak yang comel dengan pelbagai jenis pakaian yang berwarna-warni, saya teruja nak tengok acara di sebelah petang. Yang paling sukanya tengok gaya mereka berpakaian...........
Sambutan Hari Kanak-kanak di SK Marian Convent.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Di samping tu diadakan juga pertandingan Pakaian Tradisional yang paling ceria.
Ramai murid yang memakai pakaian tradisional sampai susah nak memilihnya.
Ni la 10 orang pemenangnya dari murid Tahap 2.
Tak sabar nak cerita tentang sambutan Hari Kanak-kanak kat sekolah saya ni.
Ye la pertama kali saya meraikannya di sekolah ni. Ceria dan berwarna-warni suasana dalam dewan.Comel-comelnya bila mereka menggayakan pakaian tradisional masing-masing.
Saya tumpang gembira dengan kegembiraan mereka. Bagi murid Tahun 6 ni adalah kali terakhir mereka meraikan Hari Kanak-kanak, bila dah masuk sekolah menengah tak la dikata kanak-kanak lagi.....
Pelbagai acara diadakan,
Ucapan guru besar dan ketua murid... Pemotongan kek.....Persembahan....Jamuan kelas
Ucapan guru besar dan ketua murid... Pemotongan kek.....Persembahan....Jamuan kelas
Antara persembahan yang diadakan, lain daripada yang lain. Dah nama pun kanak-kanak nampaklah comelnya. Ni la masa mereka menunjukkan bakat yang ada. Selain persembahan solo banyak lagi persembahan lain daripada pemenang acara Pertandingan Kebudayaan Tahun 6. Maaf la sebab tak ada gambar murid tahun 6.
Di samping tu diadakan juga pertandingan Pakaian Tradisional yang paling ceria.
Ramai murid yang memakai pakaian tradisional sampai susah nak memilihnya.
Ni la 10 orang pemenangnya dari murid Tahap 2.
Habis persembahan, setiap kelas mengadakan jamuan. Selain menu khas yang disediakan oleh guru kelas, ramai juga ibu bapa yang memberi sumbangan makanan kepada kelas anak-anak mereka. Macam hari raya la pulak..beraneka jenis makanan....jemputan banyak. Makan kenyang la saya hari ni. Terima kasih ye semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)