Wednesday, August 24, 2011

MARIAN CEMERLANG

Kecemerlangan bermula dari personaliti yang baik....
Personaliti yang baik bermula dari budaya yang cemerlang..
Budaya yang cemerlang, hasil usaha dan kerjsama semua.
GURU dan MURID...

Guru Cemerlang, Murid Gemilang..
TULUS DENGAN FADILAH


Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua.
Bersih dan Ceria amalan semua kelas untuk melahirkan
suasana pembelajaran yang konduksif.
Program Sinar Pagi- membimbing murid untuk lebih cemerlang
Amalan mengutip sampah - menjadikan murid lebih
bertanggungjawab dan sayangkan sekolah.
                                                                                                                                                                        



Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu sekolah 




Kemas, bersanggul, hormat dan mesra identiti MARIAN.
Serawan Jala Lebih Berharga Daripada Seekor Ikan 



Antara SAYA dan AKU..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.
Dah seminggu tak menjenguk ke sini, Rasa rindu pulak.
Banyak nak cerita, tapi lepas ni la....
sebab nak wat perubahan sikit..
Antara SAYA dan AKU...mana ye yang lebih mesra?
Rasanya nak ubah la  panggilan saya ni kepada AKU....
maknanya sama, tapi AKU ni orang kata lebih mesra,
lebih dekat dengan diri u all yang sudi 
menjenguk blog saya ni. betul ke? tak la skeema sangat kan..
penulis cerpen, novel pun membahasakan dirinya aku 
supaya ceritanya lebih nampak menarik dan hidup.

tapi ingat
 budak-budak muda tak sopan kalau membahasakan dirinya aku
kepada orang yang lebih tua,
macam tu juga murid sekolah tak boleh cakap AKU 
kepada cikgunya..nampak kurang ajarnya.
anak ngan mak pun, jangan sesekali sebuat AKU.....
bahasakan diri dengan nama panggilan sendiri,
rasa lebih sopan ,mesra dan manja.

Antara Aku dan Saya...
Antara diriku dan diri saya..
adalah sama...





Tuesday, August 16, 2011

Berkat kerjasama dan kerajinan ....


Di sudut tu la semua guru melapor diri untuk memulakan tugas setiap hari.
Jangan lupa "punch nama" datang dan balik.


kata-kata perangsang untuk menambah semangat terus berkhidmat dengan cemerlang.

Gubahan bunga mawar..tema utama bilik gerakan ini.  Suka sangat.




Deretan fail yang tersusun rapi

bekerja dengan ceria dikeliling dengan serinya mawar,
keharumanya tak ada kerana bunga plastik...hehehe

Guru-guru sesi pagi SK Marian Convent, Ipoh

Guru-guru sesi petang SK Marian Convent, Ipoh.

Thursday, August 11, 2011

Suka Sangat Bunga Mawar

Tiba-tiba teringat nak cerita tentang bunga mawar...
saya memang sukakan mawar, 
tapi sayang kat rumah hanya ada beberapa pokok bunga mawar
 yang baru nak membesar. 
Entah bila halaman rumah saya tu akan dipenuhi oleh kembangan mawar
 yang pelbagai warna .
Satu hari impian tu mesti  dijadikan kenyataan, Insyaallah













Hari ni dalam kesibukan bekerja di bilik gerakan sekolah baru saya ni..
.kurang rasa letih dan penatnya bila melihat jambangan gubahan bunga mawar yang pelbagai warna.
Ye la sekolah perempuan kan, jadi tepat la lau mawar tu dijadikan tema bilik gerakan kami yang akan dijadikan nadi penggerak..untuk mencapai sekolah berprestasi tinggi.
 Semoga segala usaha kami akan diberkati Allah. 






Sunday, August 7, 2011

Sekolah Baharu Saya......

Dah dua minggu bertugas di sekolah baharu ni. Sejak 23 Julai dulu banyak yang perlu dipelajari dan diambil tahu. Sepatutnya kena melapor diri pada 16 Julai. Tapi saya cuma pergi melapor pada 18 Julai dan minta tangguh tugas selama seminggu, untuk menyelesaikan tugas di sekolah lama. Ye la pertukaran mengejut......banyak yang perlu diselesaikan. Memang tak sangka kena tukar, tapi sebagai seorang kakitangan kerajaan yang menurut perintah, saya akur dengan arahan yang diberi dengan perjawatan yang sama.

Ni la sekolah baharu saya.
Sekolah Gred A,  Band 1, Ranking ke 12 Peringkat Kebangsaan.
Azam baru di sini, insyaallah membantu menaikkan nama sekolah
untuk lebih cemerlang dalam semua bidang, khasnya mencapai prestasi
yang lebih baik untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi.
Sekolahnya agak luas, kawasannya bersih dan tanamannya hidup subur, pokok peneduhnya pun banyak. ye la sekolah dah lama sejak 1957. Nak tau lebih lanjut tentang sejarah sekolah baharu saya ni lawati la blog SK Marian Convent http://skmarianconventipoh.blogspot.com.

Barisan Pentadbir Sekolah  (PK KK, Pen. Kanan, GB dan PK Petang)
 bersama Marian Flower's Girls

Di laluan masuk pejabat dan dewan yang ceria dan romantis
bersama PK HEM dan PK Petang.....sama je....kembang setaman.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Tanggungjawab perlu dilaksanakan. Untuk meneruskan tugas yang diamanahkan dan harapan semua, akan kucurahkan khidmat dan bakti selagi daya untuk kecemerlangan murid-murid dan sekolah baharuku dalam semua bidang khasnya kokurikulum.

Sekolah lamaku  tetap dalam ingatan, kerana di sana juga tersimpan kenangan dan cerita indah antara kita...yang tak mungkin sama di SEKOLAH BAHARU SAYA....