Saturday, March 18, 2017

Majlis Komensmen Graduan NPQEL 2017

Alhamduillah syukur, akhirnya berjubah lagi sekali.

Tarikh: 11 Mac 2017
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Canselor Universiti  Sains Islam Malaysia

Terima kasih kepada semua Pensyarah IAB khasnya IAB Genting Highlands dan IAB Induk Bandar Enstek Negeri Sembilan.

Terima kasih khas untuk suami tercinta menjadi peneman dan berkat restu dan kasih sayangmu...

Scroll, Sijil, Buku Program dan beg menjadi kenangan


Kejayaan dirai bersama para sahabat dan family besar SRG5 IABCGH 16A1
                         

Tahniah kepada sabahat atas penganugerahan yang diberi hasil usaha dan kerjasama kita semua. Hanya komitmen yang tinggi menghasilkan kejayaan yang sebenar...
2 sijil sekali dapat....

Sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
Diploma Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan

#berkatrestudankesabaran
#hasilyangmembanggakan
#sayangsemua

Friday, March 17, 2017

AKU JANJI IBU BAPA RPS SPM 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni 17.03.2017 hari Jumaat,
nak catat memori di SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak.
Sekolah anak bongsu saya belajar. Dah di tahun ke 5 Ainny belajar di sini. Rasanya tahun akhirnya di sini, masuk ketika form 1 sebagai pelajar Rancangan Khas Akademik...bagi dok asrama.
Ini pertama kali juga saya hadir sebagai parent di majlis Akujanji Pelajar. Selalu tengok parent datang ke sekolah kita... kali ni saya yang kena angkat tangan sama.



Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj Mat Jaafar bin Mat Zain
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Perak.

Ramai juga anak-anak ExMarian yang belajar di sini.Sempat la berjumpa mereka.

 Goodluck anak-anakku. Semoga kalian semua beroleh kejayaan yang membanggakan.

Selesai Majlis Aku Janji, mendengar ceramah Keibubapaan pula daripada Encik Noor Azman Pegawai di Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Perak...

Untuk mencapai kejayaan semua pihak memainkan peranan. Sebagai Ibu bapa berperanan menjadi MENTOR, Mengurus Jadual, Mengetahui Maklumat terkini, Sebagai Pendorong dan Sahabat kepada anak-anak.

Duduklah dalam dewan yang baharu itu dari jam 9.00 - 12.45 tengah hari....

Rutin hari Jumaat bila nak cuti sekolah.... tempat yang dituju.
Selesai majlis terus ke sini.

Selamat maju jaya juga untuk anak-anak ExMarian dan ExRapatSetia serta anak-anak seluruh Malaysia yang akan menduduki exam SPM, PT3 tahun ini. Bersedialah dari awal.... Semoga akhirnya kejayaan yang dikecapi seperti yang diharapkan.
Goodluck semua. Cikgu doakan yang terbaik untuk anak-anak semua.

Sunday, March 5, 2017

Nostalgia 2016 Warna Sehati Sejiwa Guru-guru SK BAKONG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...
Lama nak update cerita ni... tapi tak berkesempatan.... 
Dah 7 bulan berlalu...warna-warni menyatukan kami...

Pilihan warna Pertama...... MERAH di hati, tanda semangat membara untuk berkhidmat di SK Bakong. Ceria, Suka, Seronok dan Sayang... MERAH tanda cinta. Semarakkan semangat bekerjasama dan kebersamaan, membina perubahan menuju kejayaan demi anak-anak SK Bakong.




Pilihan seterusnya Warna Pilihan Guru Bertugas Mingguan. Seminggu hanya seorang guru yang bertugas, so menjadi pilihan warna kesukaan hatinya.

                         
                           

 Sesekali kebebasan warna-warni kehidupan menceriakan diri dalam tugas seharian.

                     


#12wanita2jejaka
#sehatisejiwa
#sukasukaseronokbersama

Saturday, March 4, 2017

Tahniah Team Bola Tampar SK Bakong, Perak

Tahniah anak-anak SK Bakong...

Kejohanan Bola Tampar Bwh 12 Tahun MSSD Perak Tengah 2017
 Naib Johan Lelaki  &  Tempat ketiga Perempuan




 

Kata-kata Semangat kepada anak-anak sebelum pertandingan.
                         
                              

Terima kasih kepada Pngurus dan Jurulatih kedua-dua pasukan
Pn Norhaliza & Pn Junaidah Bakar
Tn Hj Hairulanuar & En Abdul Rahman Ishak.

Terima kasih juga kepada Pasukan Sarana PIBG yang membantu melatih dan menjadi penyokong kuat sepanjang hari kejohanan.

Terima kasih kepada barisan pentadbir dan GK Kokurikulum serta JK Kerja Kejohanan, Pengadil dan khasnya pegawai PPD yang sudi hadir menyampaikan hadiah.
En. Azmer - Penyelia HEM
En Zahadi - Penyelia Sukan

#anak-anakSKBakong
#janganputusasa
#tahundepancubalagi.

Friday, March 3, 2017

Komensmen Graduan NPQEL

Lama dah tertanya-tanya bila la majlis ni... Dah tak sabar tunggu majlis ni. Nak rasa berjubah lagi..hihihi selain inilah masa nak berjumpa sahabat-sahabat yang sama-sama belajar di IAB dulu. Bukan senang nak jumpa bila dah terpisah... balik negeri masing-masing, posting pun berlainan daerah, negeri....
Opss... nak bagitau dah booking hotel. Maklum la excited sangat. Ada yang kata tempat penginapan banyak yang fullbook. Dah 1 Malaysia terlibat dari 5 IAB Ambilan 1 dan Ambilan 2 sekali.... tu yang cepat-cepat book.
Cerita sedikit tentang majlis ni.... (ni copy info daripada laman Komensmen IAB)
Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) 2017 merupakan majlis yang diadakan bagi meraikan para graduan yang telah menamatkan pengajian dalam Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang merupakan salah satu kursus perdana IAB. Program ini bermatlamat melahirkan pemimpin berprestasi tinggi yang akan ditempatkan di setiap sekolah dengan menyediakan latihan yang berstruktur dan komprehensif secara khusus kepada kumpulan pelapis pemimpin pendidikan di sekolah di negara ini.
Majlis ini meraikan kejayaan para graduan NPQEL Ambilan 1 dan Ambilan 2 tahun 2016 sebagai pengiktirafan atas komitmen dan usaha mereka dalam melengkapkan diri dengan kompentensi kepemimpinan pendidikan yang diharapkan berupaya menyemarakkan transformasi pendidikan di peringkat sekolah. Selain daripada meraikan para graduan yang berjaya, penghargaan juga diberikan kepada seluruh warga IAB yang telah berjaya melahirkan para graduan NPQEL yang berkemampuan untuk memenuhi keperluan dan wawasan pendidikan negara kita. Kejayaan graduan NPQEL merupakan kejayaan pihak IAB sebagai pelaksana latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan melalui program NPQEL.
Sememangnya usaha meneroka dan mencipta peluang baru untuk meningkatkan dan memperkembangkan kecekapan dan ketrampilan para pengurus pendidikan merupakan sebahagian daripada misi IAB.  Selaras dengan misi ini, Kursus NPQEL telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2016.

Objektif

  1. Melaksanakan  Majlis Komensmen 2017 bagi Graduan NPQEL Tahun 2016.
  2. Memberikan pengiktirafan kepada graduan NPQEL yang telah menamatkan program NPQEL dengan jayanya.
  3. Memberikan penghargaan kepada graduan-graduan cemerlang.
  4. Menyuntik semangat dalam kalangan graduan dan warga pendidik bahawa Program NPQEL ini merupakan satu program yang amat penting dalam agenda pendidikan nasional.

Cerita selanjutnya tunggu selepas 11 Mac 2017.
Semoga segalanya dipermudahkan....