Pages

Monday, March 3, 2014

Johan kebersihan dan keceriaan kelas Minggu ke 9

Hari ini hari yang indah bagi kelas 5 Kenanga.. Apa tidaknya setelah 2 bulan berlalu akhirnya dapat mengatasi markah kelas lain.
Memang kemas, ceria dan cantik kelas ni. Tak caya tengok la sendiri..Tak puas tengok gambar, mai masuk kelas dia, rasa tenang je..
                                                 




Kebetulan saya ada kelas 5 Kenanga hari ni.. Mengajar PSV..
Ni la hasil kerja seni mereka. Agaknya boleh dipamerkan di sudut mana ye?
Puan Norriza boleh la bagi ruang sikit.



















Kelas ni berkongsi dengan Tahun 1 Kenanga. Petang pun diumumkan Kelas 1 Kenanga Johan Kelas Terbersih dan Paling Ceria bagi minggu lepas.
Tahniah Semua...teruskan kecemerlangan anda.

Pssttt...nak tau kenapa kelas mereka bersih....
hihihi...tak boleh buang sampah dalam bakul sampah dalam kelas tau. Siapa buat sampah/koyak kertas bawa balik sampah tu... alamak masa PSV macam mana...
hahaha..pandai2 la Pn Hindon ye..
Memang betul pun kan..sekolah bukan tempat buang sampah....
kan dah disediakan tong sampah besar di hujung bangunan kelas tu..

Saya Suka Mengajar dalam Kelas yang Bersih dan Ceria.
Amalan yang harus dilakukan oleh semua cikgu2 sebelum memulakan pengajaran...
1. Pastikan murid bersedia.
2. Mulakan interaksi dengan senyuman.
3. Pastikan tiada sampah di persekitaran murid. Senang kata setiap murid kutip sampah di 
    kawasan tempat duduk mereka. Tak perlu marah, hanya pandang dengan  penuh makna.
4. Buat rondaan dalam kelas sambil menyapa. Cara ini lebih mendekatkan diri kita dengan     
    anak didik dan dapat memastikan murid  tidak membuat kerja lain. Tapi jangan mengambil 
    masa terlalu lama. 
5. Jangan takut masa tidak cukup, kerana itu juga cara mendidik sahsiah mereka.

AMALKAN KEBERSIHAN SEPANJANG MASA.
Sayang Semua.

6 comments:

  1. Assalamualaikum, Kak Hindon...
    Akhirnya, dpt gak menjejaki Akak...
    Wah!! Hbt btui skola Akak...
    Teringat masa kita mengajar di SKPPH...

    ReplyDelete
  2. Walaikumusalam... sape geranganya ni ye..
    boleh jalinkan semula ukhuwah.... ..

    ReplyDelete
  3. Aslm wbt Cikgu Hindon, saya tertarik dengan blog cikgu ini yang memnitipkan tips-tips dan amalan terbaik seperti yang diutarakan.
    Tahniah...
    Sya baru sahaja menjawat jawatan Guru Besar, dan sedang mencari ilmu serta panduan untuk memulakan tugas seterusnya memajukan sekolah yang akan dipimpin.
    semoga cikgu terus menitipkan tips dan info atau apa sahaja yang boleh dikongsi untuk memajukan sekolah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam Cikgu. Tahniah telah menjawat jawatan Guru Besar.
      Terima kasih.. Alhamdulillah, sekadar berkongsi pengalaman.
      Insya Allah yang baik-baik akan dikongsikan bersama.

      Delete
  4. Aslm wbt Puan Hindon... terima kasih kerana menitipkan tips-tips dan amalan terbaik untuk diprkatikan di sekolah sebagai pentadbir...

    Moga-moga cikgu terus menitipkan tips atau info untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wbt cikgu.
      Alhamdulillah.. InsyaAllah.
      Boleh intai entri Program Inovasi Cemerlang Kehadiran untuk berkongsi tips yang sesuai dipraktikan di sekolah cikgu.

      Delete