Pages

Saturday, March 1, 2014

KT Tahun 5: Kepentingan Saliran dan Pinggir Laut

Assalamualaikum n Selamat Sejahtera murid-murid saya.

Harap dah faham penjelasan saya semasa di kelas, sekarang lengkapkan buku folio anda.
Jadikan bahan di sini sebagai panduan.

Ingatan semula tajuk yang perlu dibuat :
1.  Tanah Tinggi dan kepentingan (rujuk post sebelum ini)
2.  Tanah pamah dan kepentingan (rujuk post sebelum ini)
3.  Saliran dan kepentingannya
4.  Kepentingan kawasan pinggir laut dan kepulauan

Sila sertakan beberapa gambar untuk memahami dengan lebih jelas dan menjadikan buku folio anda lebih menarik.
Selamat membuat tugasan.

SALIRAN DAN KEPENTINGANNYA















1. Saliran mengalir dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan terus ke laut.
2. Senaraikan nama sungai dan tasik berpandukan peta di atas.
3. Kepentingan saliran
    i. sumber pengairan dan perikanan
    ii. sumber air
    iii. jalan perhubungan

Nota lengkap boleh rujuk link ini:
http://kajiantempatanlearning.blogspot.com/
http://leesiokenn.blogspot.com/2011/10/saliran-dan-kepentingannya.html



KEPENTINGAN KAWASAN PINGGIR LAUT DAN KEPULAUAN

Kawasan pinggir laut terdiri daripada pantai, teluk dan tanjung serta pulau.
Lengkapkan lakaran peta yang diberi seperti peta ini.


JENIS-JENIS PINGGIR LAUT
KEPENTINGAN DAN CONTOH
a) Pantai Berpasir
- Kawasan pelancongan dan perkelahan
- Kawasan penanaman kelapa
-Contoh: Port Dickson dan Pantai Cahaya Bulan
b) Pantai Berlumpur
- Membekalkan sumber kayu bakau
- Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang dan ikan
- Contoh: Sekitar muara Sungai Perak dan muara Sungai Rajang
c) Pulau
-kawasan pelancongan, pelabuhan perikanan dan pelabuhan antarabangsa
- Contoh: Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Redang
d) Tanjung
- Kawasan rekreasi dan pelancongan
- Contoh: Tanjung Bidara, Tanjung Dawai dan Tanjung Datu
e) Teluk
-Petempatan nelayan, tapak pelabuhan, kawasan perikanan dan kawasan perkelahan
-Contoh: Teluk Kemang dan Teluk Kimanis
f) Tebing Tinggi
-Kawasan rekreasi dan pelancongan
- Tapak rumah api
-Contoh: Tebing Tinggi Kudat dan Tanjung Bungah
g) Pentas Benua
-Kawasan perikanan
-Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
- Contoh: Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Anda juga boleh merujuk link ini untuk melengkapkan buku folio anda.
http://leesiokenn.blogspot.com/2011/10/kepentingan-pinggir-laut-dan-kepulauan.html
http://kajiantempatanlearning.blogspot.com/

Murid rajin, kerja cemerlang, cikgu sayang.
Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment