Pages

Monday, January 13, 2014

Adab di tempat Ibadat

Beradab adalah amalan mulia. Adab apabila berbual sesama kawan, guru, ibu bapa dan orang yang lebih dewasa, Adab belajar dan adab berada di tempat-tempat ibadat harus diketahui oleh semua rakyat yang berbilang bangsa dan agama agar keharmonian hidup terus terpelihara. Amalan ini diterapkan dalam setiap individu dari kecil  dan terus mengamalkannya selagi hayat masih ada. Dalam negara Malaysia yang pelbagai agama dan budaya, kita haruslah saling menghormati antara satu sama lain. Walau di mana kita berada adab sopan mesti dijaga. Semua agama menyuruh kita berbuat kebaikan dan melarang perkara-perkara yang jahat dan mendatangkan kemudaratan.

Hari ini masuk kelas 5 Seroja...Pendidikan Sivik Kewarganegaraan, masa setengah jam je hanya sempat untuk sesi perbincangan,  Sebagai 'homework' kena buat buku skrap ye.
Harap nota ni dapat membantu kalian semua...

Tajuk tugasan: ADAB DI TEMPAT IBADAT

Buat dalam 3 bahagian iaitu;

A  Pengenalan - 
     nyatakan tempat-tempat ibadat yang terdapat di Malaysia dengan disertakan gambarnya.

B Peraturan/Adab di tempat ibadat

   Peraturan di Masjid - 
     a. menutup aurat
     b. menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid
     c. duduk dengan sopan
     d. menjaga kebersihan diri dan persekitaran
     e. tidak mengganggu jemaah yang sedang beribadat
     f.  menyimpan barangan yang digunakan ke tempat asal semula.
 
  Peraturan di Kuil -
    a. membuka kasut sebelum masuk ke perkarangan kuil
    b. membasuh kaki sebelum masuk ke kuil
    c. memberikan tumpuan semasa sami menjalankan upacara keagamaan
    d. menunaikan hajat sekiranya berniat 
    e. dilarang memasuki perkarangan kuil sekiranya dalam keadaan haid.

  Peraturan di Tokong -
    a. memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata
    b. membuka kasut sebelum masuk ke kawasan ibadat
    c. menjaga kebersihan
    d. memberikan tumpuan semasa beribadat
    e. dilarang membuat bising
    f. dilarang membawa makanan berdaging

  Peraturan di Gurdwara -
    a. membuka kasut sebelum masuk ke Gurdwara
    b. berpakaian sopan dan menutup kepala semasa berada di tempat ibadat
    c. sujud pada 'Guru Granth Sahib' apabila masuk dan sebelum keluar
    d. membersihkan tangan sebelum memegang 'Guru Granth Sahib'
    e. Hanya makanan vegeterian  dibenarkan dibawa masuk ke Gurdwara


C. Aktiviti yang dijalankan di tempat ibadat.
    Masjid - sembahyang/solat
               - kelas agama
               - ceramah agama
               - upacara akad nikah
               - mengaji al-Quran
  
   Tokong - sembahyang
               - majlis perkahwinan
               - Sunday School

    Kuil - majlis perkahwinan
           - Kelas Thevaram
           - Ceramah agama

    Gereja - sembahyang
               - majlis perkahwinan
               - Sunday Class

Cara persembahan buku skrap mengikut kreativiti. Layari laman web untuk mencari bahan.
ejaan sebenar Gurdwara..
Tempoh seminggu ye..anak-anak 5 Seroja SK Marian Convent..
Selamat belajar..

   
Saya Sayang Semua yang rajin  dan bersopan je tau....

1 comment: