Rasai perjalanan dan kenangan saya di SK Lingga Baru, Tamparuli, Tuaran, Sabah.
Tahu aje nak ke sekolah ni, saya pun search kat google tengok-tengok lokasi dan meninjau cerita tentang sekolah ni.. Bersedia lebih awal supaya sampainya di sana boleh dibayang-bayangkan apa nak dicari.
Perjalanan dari Airport, Turun aje dari flied, kami bergegas mengambil bagasi dan cuci diri sikit terus menaiki bas besar (boleh masuk 40 orang, tapi kami cuma 20 orang aje). Duduk seorang satu seat la.. Tapi saya duduk dengan kak Niza... senang nak bersembang.Bas bergerak jam 11.00 pagi Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan ni saya tak tidur pun, nak tengok pemandangan yang tak pernah dilalui. Tambah-tambah bila melalui perjalanan yang sebegini, memang tak boleh lena.
Melepasi pekan tamparuli, bas kami menyusuri jalan yang semakin sempit dan semaki menaik... dah terasa macam nak naik bukit je ni...pemandu pulak first time sampai ke kawasan ini.. tapi memang solute la kat dia..En Patra, orangnya kecik aje, pemalu, tak cakap banyak. Memang cekap dia memandu. Rasa perjalanan memang jauh..ye la sebab pertama kali kan, lepas satu selekoh, jumpa selekoh lagi. Debaran ... tak tahu nak cakap
Ni la laluan yang kami lalui... rasa betul ke tidak ke.. sebab tourist guide kami En Afif pun tak pernah sampai ke sini, berhenti tanya orang di jalanan... betul kata pepatah orang melayu, malu bertanya sesat jalan.. baik kita bertanya..kalau dah sesat habis masa kat situ aje. Nak U turn tak boleh. Janji nak sampai di sekolah tersebut jam 12.00 tgh. Ni dah lewat sebab flied pun lewat.
Bermula jalan tar.... semakin lama jalan semakin sempit, jumpa la pulak jalan batu berkerikil.. ishh betul ke jalan ni..lagi pulak bila berselisih dengan lori tangki tu... bukan sekali dua selisih....
Bila jumpa papan tanda.. lega la sikit.. lagi 5km, eh dekat dah ni
tapi perjalanan rupanya... masa tiba di sini jalanya di lereng tengah-tengah pergunungan
dah sayup nengok kat luar tingkap tu.. kebetulan memang duduk di tepi curam gaung ,
jadi mudah mengambil foto2 ni..dalam hati Tuhan saja yang tahu.
kawasan yang paling mendebarkan berselisih dengan 3 buah lori besar dan dibelakang kami
ada 2 buah kereta .. nak undur tak boleh, alhamdulillah dengan kesabaran dan kerjasama antara pemandu tu masalah dapat diatasi., Dapat la kami meneruskan perjalanan...ingatkan nak jalan kaki aje, tak jauh dah katanya.tapi macam mana pun bas kena sampai di sekolah sebab kat situ aje yang boleh U turn
Alhamdulillah selamat sampai,
tuan rumah pun terkejut bila kami datang dengan bas besar..
pertama kali bas besar sampai ke puncak ni.
Pertama kali memijakkan kaki ke bumi Lingga Baru... Allahhuakbar..
Subhanallah.... ada sekolah secantik ini di tengah-tengah hutan di atas puncak ini.
Sekolah Berprestasi Tinggi lagi... memang hebat GB, guru2 serta murid2nya.
Teruja sangat nak berposing2.... dan yang penting berkongsi pengalaman kejayaan mereka.
Info sikit tentang SK Lingga Baru :
- Mendapat pengikhtirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 5 pada Sept 2014
- Guru seramai 13 orang dan muirdnya 58 orang (5 Islam dan 53 bukan Islam) terdiri dari murid
prasekolah hingga Tahun 6.
- Pencapaian: (2014) -
- Menerima New Deal pada 2011, 2012, 2013, 2014
Langkah pertama menuju ke dewan sekolah yang luas dan cantik di sebelah kanan kawasan sekolah, disambut dengan 3 orang guru dan anak-anak Lingga yang bersedia di atas pentas. Terima kasih kerana menerima kedatangan kami... Ketibaan kami pun agak lewat dari masa yang dijangkakan, namun mereka masih tetap menanti dan sanggup menerima kami walaupun dalam waktu bercuti.
Mendengar alunan muzik bambu daripada 30 orang ahli bersama gurunya.
Mengambil peluang bergambar dengan anak-anak SK Lingga Baru
sebelum menjamu selera di tingkat atas.
Ni la ruang dewan yang luas dan cantik, cukup menenangkan
Jom saya bawa semua menikmati pemandangan persekitaran sekolah yang tenang, bersih dan nyaman
Kawasan berbukit, so bangunannya pun berasingan antara satu sama lain.
bermula di kawasan dewan, Pusat Sumber, Prasekolah dan kantin
Ke pusat Sumber
Halaman letak kereta dan jalan laluan ke perkampungan
Sedang dinaiktaraf kawasan ni.
Jom kita selusuri kawasan bangunan pembelajaran dan pentadbiran.
Disebabkan kesuntukan masa masa tidak berkesempatan masuk ke kelas-kelas,
tambahan pulak cuti sekolah.
Disebabkan kesuntukan masa masa tidak berkesempatan masuk ke kelas-kelas,
tambahan pulak cuti sekolah.
Lupa nak bilang anak tangga... Ni laluan tangga pertama
hahaha berhenti kejap...posing, letih melangkah. orang muda boleh terus naik ke atas.
Nak menuju nun bangunan paling atas tu... galeri
Ni laluan ke kelas-kelas
Singgah di pondok ilmu ni... anak-anak Lingga yang masih bersama
Kalau penat boleh singgah sini dulu.. tandas yang bersih dan selesa.
saya lupa nak masuk, dah leka melihat pemandangan sekelilingnya.
Taraaa... dah sampai atas sekali..
Sesi taklimat dan perkongsian ilmu di bilik galeri yang baru
Kenangan bersma Cikgu Wilter yang mesra dan rajin tentunya. Mengurus dan memberikan taklimat berkongsi pengalaman dan kejayaan sekolah mencapai SBT.
Cikgu Rusneh dan Cikgu Parvitha yang menerima dan melayan kami dengan baik.
(GB, pentadbir dan guru lain membuat program pengantarabangsa di Eropah)
Kenangan terakhir kami sebelum meninggalkan SK Lingga Baru, sebenarnya belum puas meronda tapi keadaan membuatkan kami segera turun. Bila hujan mula rintik-rintik, kami kena segera beredar, keadaan jalan akan licin, bas besar ni sukar sikit terutama di selekoh tajam, next time kalau datang lagi ke sini kena naik 4x4 atau van aje.
Lebih kurang jam 3 petang kami meninggalkan kawasan yang cantik ini. Selepas ini saya pasti sekolah ini lebih cantik kerana sekarang masih dalam proses menaiktaraf. Bunga-bunga dan rumput menghijau akan menutupi lereng-lereng bukit dan sepanjang laluan bertangga. Hidup di sini boleh sihat kerana sentiasa menghirup udara yang segar, setiap hari naik dan turun tangga, exercise.....
Semoga ikatan ukhuwah antara kami akan terus terjalin dan prestasi kami terus cemerlang.
Jumpa lagi...
Assalamualaikum kak. Parvita ni. Akhirnya dpt juga saya temui blog akak. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang..
ReplyDeleteWaalaikumussalam, Insyaallah. Jemput datang ke Ipoh pulak Parvita.
Delete