Pages

Saturday, June 13, 2015

Penerbangan ke Sabah... menjejakkan kaki ke negeri terakhir di Malaysia

Alhamdulillah, Syukur selamat pergi dan kembali...
Setelah sekian lama menyimpan impian untuk melengkapkan jejakkan kaki di setiap negeri di Malaysia, akhirnya menjadi kenyataan. Sabah negeri terakhir dalam Malaysia yang terletak nun di hujung atas Borneo, sebab tu la lambat sampai..hihihi.  Meskipun digemparkan dengan gempa bumi yang melanda Sabah yang memungkinkan  program dibatalkan. Tujuan utama ke Sabah adalah untuk membina jaringan dengan dua Sekolah Berprestasi Tinggi. Kedudukan sekolah-sekolah tersebut jauh dari tempat yang dilanda gempa bumi, Perancangan Program diteruskan cuma program mencari ilmu di Kundasang, dibatalkan kerana keadaan tidak mengizinkan, tambahan hotel yang ditelah terputus bekalan elektrik dan air.

.

 Lokasi sama warna cahaya berbeza
 
  nak masuk dah.. tunjuk border pas semua
 Sementara menunggu pintu kapal dibuka, posing2 la dulu
 
 
Sampai terlena menunggu pintu kapal dibuka
 
 
 
 Membelah awan di atas bumi Sabah.

Penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit. Memasuki kapalterbang dan mula bergerak pada jam 7.50 pagi dan tiba pada jam 10.20 pagi. Penerbang di awal pagi memberikan kami peluang melihat suasana di langit biru dan bumi yang menghijau serta lautan yang luas.

Disebabkan penerbangan lewat setengah jam dari waktu yang dijangka, kami terpaksa tergesa-gesa menaiki bas untuk menuju destinasi seterusnya. ermmmmmm tak sempat nak bergambar di hadapan airport sabah.. tak nampak pun signboard Sabah.. Apa-apa pun dah selamat mendarat dan menjejakkan kaki di bumi Sabah...
Alhamdulillah.

14/Sabah negeri terakhir kujejakkan kaki di Malaysia..
 1/ Selangor.. kampung kelahiran, dah memang kali pertama sentuh tanah di kampungku
 2/ Negeri Sembilan... zaman kecil lagi dah dibawa oleh mak saudara ke PD..dah besar ni pun banyak
                   kali jejakkan kaki di N.9
3/ Kedah... abang kerja di Kedah.. zaman remaja ikut abang yang rajin bawa ronda-ronda kat pekan
                   Alor Setaq..pas tu akak ipar pun orang Pendang.. La ni mak dan pak mertua pun orang
                   Kedah
4/ Pulau Pinang... Abang bawa jalan2 naik feri g Pulau Pinang. Masa tu berumur 15 tahun.
5/ Johor... kakak ipar orang Johor, pernah la sampai Air Hitam, Batu Pahat... Kluang... Pontian, Kota
                   Tinggi, Muar... JB pun dah sampai
6/ Kelantan ... belajar nak jadi cikgu di Maktab Perguruan Kota Bharu. 3 tahun menetap di sini.
7/ Terengganu .. mula-mula sampai kat Besut dah dok kat Kelantan.. jalan2 ke Pantai di Besut. Tapi
                   sekarang dah ke Jerteh, Kuala Terengganu..
8/ Pahang ...Posting pertama kat Bentong, Pahang... Genting Highland, Cameron Highland semua
                   dah sampai. Kuantan je belum ronda lagi.
9/ Melaka... banyak kali dah ikut rombongan sekolah... bermalam la jugak.
10/ Perak ..Bila berkahwin ikut suami yang bekerja di Tambun, Perak Sampai akhir hayat dok sini la.
11/ Sarawak..ikut suami posting kat Sri Aman.. merasa la jalan-jalan sampai ke Mukah, Sibu,
                   Betong.. Kuching tu memang la. Lundu dan Serikin pun dah sampai.
12/ Perlis..  dok kat Beseri Perlis 4 tahun. Dah ronda semua.. Perlis bukan besar mana pun kan.
13/ Wilayah Persekutuan.. KL dan Putrajaya dah puas .. Labuan belum lagi. InsyaAllah..bila ke
                   Sabah lagi sekali ye.


Ok la cerita seterusnya di next entri ye...
Perjalanan yang mendebarkan ke SK Lingga Baru, Tuaran Sabah, sekolah di puncak bukit.


No comments:

Post a Comment