Monday, June 20, 2011

Sentiasalah berdoa...

Sentiasalah berdoa
Kusentiasa mendoakan kejayaan untuk semua anak-anak didikku.....


Khas untuk anak-anak didikku dan anak-anakku yang bakal menduduki peperiksaaan yang penting dalam hidupmu.

Berdoalah!
Iringkan Doa di Sepanjang Usahamu…
Anak-anak didikku yang dikasihi. Usah gentar dengan kehadiran peperiksaan jika segala persiapan untuk menghadapinya telah dibuat. Berserah kepada Allah SWT dengan yakin dan bertawakal sepenuhnya.
Usaha adalah hak kita tetap kejayaan Allah yang tentukan.
Di sini cikgu menurunkan terjemahan doa-doa yang boleh diamalkan oleh anak-anak didikku. Doa-doa ini bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan tetapi lebih elok lagi jika diamalkan sepanjang masa.
Mulakanlah doa dengan al Fatihah, dan biasakan diri membaca Bismillah untuk setiap perkara baik yang dilakukan.
Doa penerang hati yang sesuai diamalkan setiap kali hendak menelaah pelajaran jangan lupa membacanya apabila berada di dewan peperiksaan.
“Ya Allah! Bukakanlah Hikmahmu dan turunkanlah rahmat dari khazanah-Mu itu kepada kami. Ya Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Doa apabila terlupa :
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Ya Allah! peringatkanlah aku apa yang aku terlupa”
Sentiasa bersikap tenang. Baca semua soalan dengan cermat sambil meneliti arahan-arahan yang terdapat di muka hadapan kertas soalan. Pastikan soalan-soalan yang anda pilih untuk menjawabnya. Dahulukan menjawab soalan yang anda lebih yakin boleh menjawabnya dengan cukup baik. Apabila terlupa, bacalah doa di atas.
Doa memohon ditambahkan ilmu.
Elok diamalkan untuk mendapatkan idea-idea yang bernas ketika menjawab kertas soalan.
“Ya Tuhanku, jadikan aku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang engkau beri padaku, dan berikanku ilmu yang berguna bagi diriku. Dan kurniakanlah aku ilmu pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahkanlah aku ilmu pengetahuan,”

Sebagai muslim, kita wajib sentiasa mensyukuri rahmat Allah. Oleh itu sentiasalah bermohon kepada Allah agar dikekalkan dalam iman dan terus mendapat petunjuk-Nya. 
Doa kepada Allah agar sentiasa dikurniakan petunjuk:
“Ya Tuhan kami janganlah engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Dan berikanlah rahmat-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi!”

Usaha menghafal kadang-kadang menimbulkan rasa jemu jika apa yang dihafal tidak melekat di kepala.
Amalkan doa ini supaya mempermudahkan:
“Ya Allah, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir dengan-Mu juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”.
Doa sebelum masuk ke kelas atau dewan peperiksaan:
“Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.
Doa memohon kejayaan ini pula perlu dibaca sebelum tidur pada setiap hari hinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
“Ya Allah! Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.”

Saturday, June 18, 2011

KAWAD KAKI SK Rapat Setia JOHAN DAERAH LAGI...

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Daerah Kinta Utara 2011
                     Tarikh         :  18 Jun 2011    
                     Tempat       :   SK Pakatan Jaya.
                     Pencapaian  :  Johan Kawad Kaki Perempuan
                                          Johan Kawad Kaki Lelaki
                                          Ketua Platun Terbaik Lelaki


Alhamdulillah dan Tahniah untuk semua khasnya untuk jurulatih utamanya Cikgu Mahadi dan Ustazah Nurul Izzah yang tidak pernah mengenal erti penat dan jemu melatih semua bagi menghasilkan yang terbaik. SK Rapat Setia mengekalkan gelaran JOHAN DAERAH buat kali ke 4 berturut-turut sejak tahun 2008.


Friday, June 17, 2011

Hari Guru Peringkat Daerah

16 Jun 2011, walaupun sudah sebulan, sambutan hari guru masih diraikan di daerah Kinta Utara. Majlis  diadakan di SM Raja Permaisuri Bainun. Saya pergi sebagai wakil sekolah bersama guru besar dan Penolong Kanan. Tahun ini datang  hanya sebagai penonton saja. Untung diberi peluang hadir.

Sebahagian peserta koir dari SK Rapat Setia...
Ahli Koir PSKPP Daerah Kinta Utara 2011
                 Bila lihat ahli koir berada di atas pentas, teringat  sambutan pada tahun 2009 dan 2010...masa tu ahli koir semua adalah terdiri dari guru-guru dan kakitangan Sekolah SK Rapat Setia. Kami bersatu hati, berlatih demi nama Sekolah SK Rapat Setia. Saya SUKA warga SEKOLAH saya kerana sanggup menerima tanggungjawab yang diberi oleh PPD Kinta Utara sejak tahun 2008 lagi....... di bawah pimpinan Puan Hajah Faridah Ahmad Rashidi, guru besar kami dan guru muzik yang cool Cikgu Nazri bt Mat... selepas waktu sekolah kami stayback untuk berlatih... betulkan suara nak bagi saprono sikit..hihihi .. itu la kenangan kami bersama group koir SK Rapat Setia...

 Hari Guru Peringkat Daerah 2010 di SMK Bandar Baru Putera


Hari Guru Peringkat Daerah 2009 di Dewan Silveritage, Medan Gopeng.