Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru

Alhamdulillah hari ini tiba lagi.. meraikan sambutan kali ke 26 bagi diri saya. Syukur sangat dipanjangkan usia dan meraikan hari yang istimewa buat saya yang bergelar Guru...Lain padang lain belalang, kali ni saya menyambut di SK Marian Convent, Ipoh.. teringat zaman mula-mula menyambut Hari Guru di sekolah pertama saya SK Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. memangla berbeza...Namun agendanya tetap sama menghargai setiap penghargaan pengorbanan guru. Setiap kali sambutan acara rasminya ialah ucapan dan perutusan..serta nyanyian lagu Guru Malaysia dan Ikrar, sebab tu lagu Guru Malaysia boleh hafal, tak payah tengok lirik..hayati lirknya.

Kenangan kali ke 26 bersama anak-anak di sekolah saya yang ke 11 ni..Cikgu sayang semua.


Gaya sedang menyanyi ni..tak tengok skrip pun..

pertama kali ..semua petadbir menyanyi bersama..siap menari lagi. 



Sambutan di kelas 6 Mawar..terima kasih.

Terima kasih..semua anak didik di SK Marian Convent. 
Semua guru bergabung meraikan Hari Guru 2013. Eratkan hubungan.
Tahun ni tema bebas, kebetulan aje ramai yang pakai purple...Acara tertumpu di dewan aje..menghiburkan diri dan dihiburkan oleh anak-anak didik dan rakan-rakan. Enjoykan diri...hari guru kan so guru aje la yang buat persembahan..nampak bakat-bakat tenggelam cikgu-cikgu semua...
Selamat Hari Guru...Terima kasih Cikgu.

Friday, May 10, 2013

Guru Oh Guru



Description: C:\Users\asus\Desktop\banner guru\IMG_2723.JPG
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sempena kehadiran bulan Mei bersama Hari Guru.
Selamat Hari Guru khas untuk guru-guruku di  SK Batu Laut (1973-1978), 
SMK Batu Laut (1979 - 1983) dan para pensyarah di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan (1985 - 1987). Terima kasih kerana mendidik saya sehingga menjadi seorang GURU. Sekali menjadi guru selamanya seorang GURU. 
Semoga semua guru di Malaysia sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan semangat untuk mendidik anak-anak Malaysia agar menjadi bangsa yang berakhlak mulia.
Kepada guru-guruku yang telah pergi dahulu....semoga rohmu dicucuri rahmat.. alfatihah buat semua. 



Choral Speaking

Semalam pasukan Choral Speaking sekolah saya mewakili kelompok 5 ke Peringkat Daerah. Tahniah tersenarai dalam top 10 daerah. Semoga kecemerlangan dapat diperingkatkan di masa akan datang.
Saya tak dapat nak ikut sama menyaksikan pertandingan daerah  tu sebab kena hadir mesyuarat AJK PIBG sekolah. Balik rumah pun lewat jugak...biasa la hari-hari macam tu.

Aksi semasa peringkat kelompok di SK Seri Kelebang pada 26 April yang lalu.








Sebelum pertandingan peringkat daerah.

Terima kasih semua, semoga terus cemerlang.