Saturday, April 12, 2014

Program Sahsiah Unggul Murid : "Curteous Marian"

Program "Curteous Marian" adalah satu program bagi pembinaan sahsiah unggul di kalangan murid-murid SK Marian Convent. Program ini dirancang seiring dengan program kecemerlangan sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Program ini akan dilaksanakan secara berterusan yang melibatkan semua guru sebagai mentor.



Matlamat Utama SUMUR ialah:
Melahirkan Murid yang memiliki Personaliti Terpuji dan boleh dicontohi oleh murid lain. 
Sentiasa mencari ilmu demi kebahagiaan dunia dan akhirat. 
Mempraktikan amalan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan.
Mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup.
Berusaha meningkatkan kepimpinan dan semangat patriotisme.

Model 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas, Murid Ceria

Program SUMUR adalah cetusan idea Menteri Pelajaran YB Dato  Seri Hishamuddin bin Tun Hussein  pada tahun 2007. Setelah dimurnikan program SUMUR telah dijadikan 4 Program Utama iaitu Program Berbudi Bahasa, Program Mutadayyin, Program Penampilan Diri danProgram Jati Diri. Pada peringkat awal Program ini lebih menumpukan kepada pelajar sekolah menengah, tetapi beberapa program telah dimurnikan dan disesuaikan dengan tahap murid sekolah rendah.


Program "Curteous Marian" lebih menumpukan kepada Program Berbudi Bahasa.
Program ini akan berjalan selama 2 bulan yang dinilai bersama oleh Mentor bagi setiap murid & kelas. Laporan penilaian akan diserah kepada penyelaras setiap 2 minggu. Maknanya 4 kali la kena buat penilaian.

Bidang yang dinilai mengikut modul yang ditetapkan iaitu ;
A  Hormat-menghormati
     - memberi ucapan dan bertegur sapa,
     - berdiri ketika bercakap dengan orang yang lebih tua.
     - menghormati pendapat orang lain.

B  Tolong Menolong
     - memberi pertolongan tanpa disuruh/dipinta.
     - memberi pertolongan tanpa mengharapkan balasan / ikhlas
     - mengambil berat terhadap orang sekeliling.
     - bersungguh-sungguh dalam memberikan bantuan.

C  Mengenag budi/membalas jasa
     - mengucapkan terima kasih di atas pemberian / pertolongan
     - memberikan tanda ingatan sempena peristiwa-peristiwa yang bermakna.
     - mendengar nasihat dan mematuhi arahan.

D  Laras Bahasa
    - menggunakan bahasa yang sopan dan lembut.
    - menggunakan intonasi suara dan gaya badan yang sesuai.
    - Bercakap perkara yang manafaat dan bermoral.
    - memanggil orang lain dengan panggilan yang mesra dan disenangi.
    - penggunaan kata-kata penghormatan yang tetap.

Pelaksanaan awal program  ini ialah pembentukan sahsiah mulia dan motivasi kepada 150 orang murid yang dicalonkan oleh semua guru kelas Tahap 2. Motivasi ini diadakan 2 hari bermula jam 1.00 hingga jam 4.00 petang.

Hari Pertama : 9 April 2014






















Hari Kedua : 10 April 2014

Amalan Senyum Menjadikan Hidup kita lebih ceria dan cergas




Selepas 2 bulan program ini akan diteruskan dengan modul seterusnya sehingga akhir sesi persekolahan tahun ini.
Aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid:
1. Taklimat Sahsiah Cemerlang oleh PK HEM & Guru Bimbingan Kaunseling 2 kali sebulan.
2. LDK bersama Mentor
3. Penghargaan & Anugerah

Amalkan SMILE & GREET...
dengan SENYUMAN & SAPAAN menzahirkan kasih sayang.
5S - Senyum, sapa, salam, sopan & Sayang.

SAHSIAH CEMERLANG, AKADEMIK GEMILANG..

Friday, April 11, 2014

Kelebihan SURAH AL-FATIHAH

Assalamualaikum semua. 
Sekadar berkongsi apa yang diperolehi dikeheningan malam ini. Mencari ketenangan jiwa...
Menyucikan minda dan memuhasabahkan diri...siapalah saya sebenarnya...

Ketika hati dilanda gundah, Ketika diri dalam kerisauan,
Di kala fikiran buntu mencari penyelesaian, Di saat tercari-cari jalan ketenangan.

Menenangkan jiwa dengan Al-FATIHAH 

Ayat 1: "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang"
Ayat 2: " Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam"
Ayat 3: "Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Ayat 4: "Yang menguasai hari pembalasan"
Ayat 5: "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah
              kami mohon pertolongan"
Ayat 6: "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
Ayat 7: :"(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, 
               bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"


Jom Amalkan membaca Surah Al-Fatihah...
Ayatnya pendek dan lazim kita baca, pasti semua dah hafal..insyaallah...
paling tidak sehari 17 kali kita baca.

1: Sebelum tidur - 
    bacalah Surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas 3x, surah Al-Falaq dan surah An-Nas
    Insyaallah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.

2: Antara Solat Sunat & Solat Maghrib - bacalah 40x surah Al-Fatihah.
    untuk memohon sesuatu yang baik daripada Allah swt, Insyaallah hajat akan termakbul

3:. Selepas Setiap Solat Fardhu 5 waktu - bacalah 20x surah Al-Fatihah
    Insyaallah orang yang mengamalkannya akan dihindari daripada kesusahan hidup 

4:  Antara Solat sunat Subuh danSolat Fardhu Subuh - 41xAl-Fatihah
     Insyaallah akan termakbul apa yang diingini, mampu melangsaikan hutang,sembuh daripada            penyakit, mendapat anak yang soleh & akan disenangi orang apabila bertemunya.

5:  Selepas Solat Subuh - baca 125x Al-Fatihah
    Insyaallah akan dipertemukan apa yang dicari
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan 
              rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan 
              akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

6: Tengah malam (waktu sahur) - baca Al-Fatihah 41x
    Insyaallah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan        
            rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu
            Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat 
            tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap 
            sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa 
            yang kuhajati........"


Surah Al-fatihah juga berkhasiat untuk menjadi penawar kepada penyakit. 
Insyaalah dengan keyakinan kebesaran Allah setiap penyakit akan beransur sembuh.

1. Air Penawar (demam panas)- Baca Al-Fatihah 40x pada bekas berisi air kosong.
     Usapkan air tersebut pada muka, kepala, kedua belah tangan, kedua belah kaki dan seluruh badan, lalu 
     diminum. Insyaallah akan sembuh.

2. Sengatan Kala - Baca surah Al-Fatihah 7x pada bekas berisi air dan sedikit garam
    Beri minum pada orang yang tersengat kala. Insyaallah ia akan sembuh.

3. Sakit gigi - letak jari pada tempat yang sakit dan baca Al-Fatihah 7x
    
Waallaulam

Mohonlah hanya pada Allah,  bukan selain daripadaNya.
Hanya ketenangan memberi kesabaran dan kekuatan iman.
Yakin dan pasrah pada Allah swt.

Semoga Allah makbulkan segala yang dipohon.
Amin, Amin Ya Rabbil Alamin

Boleh layari link d bawah untuk berkongsi maklumat.:
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatdankhasiatalfatihah.htm
http://panahanmatamu.blogspot.com/2013/01/kelebihan-membaca-dan-mengamalkan-surah.html

Thursday, April 10, 2014

Lawatan Penanda Aras PPD & Majlis Guru Besar Daerah Kinta Selatan

Alhamdulillah hari ini menerima tetamu lagi seramai 60 orang yang terdiri pegawai PPD dan guru besar Daerah Kinta Selatan yang sampai seawal jam 8.30 pagi seperti yang dijanjikan. Harap semua tetamu mendapat maklumat dan berkongsi ilmu yang ada. Keramahan mereka lebih memesrakan hubungan dan majlis berjalan lancar. Sebelum ini Daerah Kinta Selatan dan Kinta Utara bersama dalam satu pentadbiran PPD Daerah Kinta. Kira adik beradik la kami ni. Jadi ada di antara kami saling mengenali.
Bersama tetamu Penanda Aras  dari PPD dan Majlis Guru Besar Daerah Kinta Selatan, Perak

















Menandatangani  Buku Pelawat dan Minum pagi

 Persembahan Choral Speaking

Ucapan dan Taklimat.
Kena beri taklimat tentang Amalan Terbaik Marian dan Kak Pah pula kena beri taklimat kecemerlangan akademik dan ucapan aluan bagi pihak sekolah sebab Guru Besar saya tiada bersama kerana sedang berkursus di Institiut Aminudin Baki Genting Highland.

Selesai sesi taklimat, semua tetamu mencari maklumat mengikut tugasan yang diberi oleh penyelaras lawatan mereka. Ada yang ke Bilik Seri Gemilang untuk melihat fail, ke bilik guru, pejabat, bilik-bilik khas (bilik kaunseling dan Pusat Sumber Sekolah), persekitaran sekolah dan saya sempat bersama pegawai PPD dan YDP MGB melawat kelas pembelajaran.
Pegawai PPD, Yang DiPertua dan SU MGB ke kelas peembelajaran menggunakan chrome book.

Makan tengah hari dan penyerahan cenderahati kepada tetamu sebagai tanda ingatan.
 Sambil menikmati hidangan, tayangan slaid powerpoint tentang latar belakang dan kejayaan sekolah sebagai panduan penyediaan powerpoint untuk pemantauan nazir ke arah
Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi

Nak jugak pose kenangan bersama mereka,
 Penyelia Cemerlang PPD Kinta Selatan, sebelum ini pernah bertugas
di Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak - En. Mior Khir b. Hj Ghazali, 
kenalan lama di SK Rapat Setia- En Safaruddin dan
 guru besar yang peramah dan mesra.


Sempat jugak berposing-posing ni. hihihi.... Acara wajib tau..

Acara rasmi selesai pada jam 12.30 tengah hari, tetapi beberapa kumpulan guru besar ini membuat perbincangan dan taklimat bagi menyelesaikan tugasan masing-masing. Ruang dan peluang diberikan kepada mereka berada di Dewan Gemilang sehingga selesai misi lawatan mereka. Semoga ada di antara sekolah-sekolah ini yang akan mendapat pengiktirafan SKK atau SBT di masa hadapan. Mudah-mudahan bertambah bilangan sekolah  SKK dan SBT di Negeri Perak. Amin.

Terima kasih atas kunjung anda semua.