Friday, May 9, 2014

MEI ...Bulan istimewa untuk GURU

 Hari ni menghadiri  majlis Prapelancaran Hari Guru Peringkat Negeri Perak yang julung kali diadakan bersama guru besar saya. SK MArian Convent jadi JK Kerja Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri so dapat la jemputan.
Orang lain menyanyi Lagu Kami Guru Malaysia.. kami sempat lagi berposing.

Ucapan Penghargaan daripada pelajar untuk guru-guru
diterjemahkan dalam banner yang dilukis sendiri oleh pelajar.  

Tema Hari Guru:
    Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
Pesanan Tuan Pengarah, jadilah guru yang kreatif untuk mendidik murid melahirkan penghargaan kepada guru.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

ZIKIR PENAWAR HATI



Assalamualaikum semua. 

Dah seminggu lebih tak menjenguk di sini. Agak sibuk sedikit sambil merawat hati..
Memujuk dan menenangkan hati...
dan catatan entri kali ini ...sekadar untuk ingatan sendiri, andainya aku terlupa nanti
Ya Allah sesungguhnya benar dengan berzikir, hati akan menjadi tenang. 
Dalam keresahan dan kegundahan hati ini, zikir lebih mendekatkan aku kepadMU, 
bukan kerana aku lupa semasa senang, tapi inilah hikmah aku diberi ujian...
memang lumrah manusia...mudah alpa. Semoga bermula detik ini amalan ini akan berterusan dan sentiasa menguntum rindu dan kasih abadi hanya padaMU.


Jom kita amalkan, mudah-mudahan menjadi penyinar di alam barzakh nanti.



Fadhilat membaca zikir Harian
Jumaat
Allah akan memberikan ketenangan hati kepada orang yang membacanya.
Sabtu
setiap kali kita menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita
Ahad
Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia.
Isnin
Setiap bacaan Allah memberi pahala sebesar Bukit Uhud dan menghindarkan sifat-sifat Mazmumah dalam diri kita.
Selasa
Setiap bacaan Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun.
Rabu
Setiap bacaan Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati.
Khamis
Setiap bacaam Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga.


Sambil-sambil kita memandu, ke sekolah  ke,  tempat kerja ke, boleh la diamalkan. Isi masa terluang dengan berzikir. Insyaallah hati akan tenang.
Kekadang segan jugak nak berzikir bawa tasbih, takut ada yang salah anggap kata nak menunjuk pulak kan. So kita guna jari-jari pemberian Allah ini. Begitu indahnya ciptaanNya, setiap bahagian ada fungsinya.
Mudahkan..Jom kita amalkan...





terima kasih kepada tuan punya web ni.
http://remy89.file.wordpress.com/2010/10/zikir1.jpg
http://terindah68.blogspot.com/2013/01/zikir-harian.html

Thursday, May 1, 2014

Gubahan Bunga di sudut hati

Hari ni baru berkesempatan tambah entri bunga-bunga seperti yang dijanjikan. Hari-hari cuti begini dapat la bersantai-santai di rumah tapi hati masih teringat-ingat mekaran bunga di sekolah..walau tiada keharuman tapi keceriaannya menyerikan hati yang hiba.
Jom,  saya bawa melawat di setiap sudut di sekolah saya.

Di Bawah Kaunter Pertanyaan Pejabat.
 
                                  


Di dalam bilik Guru Besar - nak masuk tengok saje-saja tak boleh.

Di bilik PK Pentadbiran - comel di tepi meja komputer


Di bilik PK Petang 

di Bilik tuan punya blog - menghargai setiap pemberian 
 
Di bilik PK KK - bunga baru ni...


Mekar di Bilik Seri Gemilang (Bilik Gerakan) - hasil kerja tangan guru-guru Marian
   




 


Di Dewan Gemilang 
kudupan rose pink  mula  mekar di atas piano
mekar berseri di atas almari

Di Pusat Sumber Sekolah
hiasan di sudut bercerita

 



Purple di Bilik Bimbingan Kaunseling
 

Berkembang-kembangan di Bilik Muzik

 
bunga gantung diluar pintu masuk
Penghias meja guru

Bunga kitar semula di sinki Hentian Selesa

Ada lagi bunga-bunga yang tersimpan dalam kotak belum digubah lagi... perlukan bekas la. Kalau la ada sesiapa nak sponsor bekas tu ok jugak.. 
Nak letak kat pentas dewan, yang masih perlukan seri dari kemekaran bunga-bunga tu. 

Putih-putih melati,
Merah-merah si bunga mawar 
Mekar berseri di sudut hati..
Ditambah ceria dengan senyuman..