Saturday, May 20, 2017

Sambutan Hari Guru SK Bakong 2017


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia.. khasnya kepada cikgu-cikgu SK Bakong. Pertama kali menyambut Hari Guru bersama mereka.. 13 orang guru dirai dan majlis dianjurkan oleh PIBG yang diketuai oleh YDP Puan Mazni Ismail. Memandangkan ramai guru perempuan , jadi ibu-ibu la yang hadir meraikan kami. Bermula dengan persiapan tempat, pengelola acara padang hingga ke penyediaan jamuan




Nilah cikgu-cikgu sekolah saya seramai 12 orang.... seorang itulah hero kami.
 

Sambutan di SK Bakong di adakan dalam 4 Fasa.
Aturcara majlis;
7.15 pagi : Sambutan Merai Kehadiran Guru
                  Semua guru diarak masuk dengan kereta masing-masing masuk ke pagar sekolah.
                  Anak-anak berbaris memegang belon dan huruf  SELAMAT HARI GURU & HAPPY 
                  TEACHER'S DAY
7.30 pagi: Sambutan dan Majlis Potong Kek di Dataran Perhimpunan
                 Minum pagi

8.00 pagi: Acara Rasmi di Dewan Sekolah
                 Perarakan Masuk Guru-guru ke dewan
                 Nyanyian Lagu Negaraku/ Lagu Negeri Perak/ Lagu Sekolah
                 1. Ucapan Pengerusi Majlis
                 2. Bacaan Doa
                 3  Ucapan Ketua Murid
                 3. Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan
                 4. Perutusan Menteri Pendidikan
                 5. Ucapan YDP PIBG
                 6. Ucapan Guru Besar
                 7. Lafaz Ikrar Guru
                 8. Nyanyian Lagu Guru Malaysia & Lagu Tema 'Guru Pembina Negara Bangsa"
                 9. Penyampaian Hadiah/Anugerah dan Cenderamata Hari Guru

10.00 pagi : Rehat
10.15 pagi : Acara Padang /Sukaneka Guru
                    - Mengayuh Basikal
                    - Menyumpit
                    - Memancing botol
                    - Mengasing bijirin

11.00 pagi : Acara Dewan & Jasamu Dikenang.
                    - Persembahan Murid
                    - Pemberiaan cenderamata daripada murid

Proses PDP berlaku di sepanjang masa, anak-anak dididik mengamalkan nilai menghargai, hormat, mengenang jasa dan kerjasama. Disiplin mereka terkawal dengan kerjasama PIBG. Di mana ada guru, di situ murid berada.

Suasana yang berlainan dengan sambutan yang saya lalui sebelum ini. Rasa seronok dan puas memesrakan diri bersama cikgu-cikgu, PIBG dan anak-anak SK Bakong... Penat tapi puas...

Jom saya kongsi gambar-gambar yang menjadi kenangan...

FASA 1
 Menyambut ketibaan guru-guru yang masuk serentak. Sape datang awal kereta kena tunggu kat luar jugak... tepat jam 7.15 bila guru besar sampai baharu la semuua kereta bergerak masuk.
                           
Lepas parking, semua guru berposing pulak kat hadapan sekolah tu.
 
 




 







 FASA 2 - Acara Dewan




                                     
                                     
                                    


FASA 3 : Acara Padang

Semua cikgu terlibat dalam semua acara yang diadakan. Ada acara individu dan acara berkumpulan.




Ni la buku program yang dihasilkan oleh Cikgu Junaidah.. kad yang kreatif dan ceria.

 
 
Tunggu cerita saya dan cikgu-cikgu saya di next entri ye,

TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU SEMUA...
TERIMA KASIH SEMUA AJK PIBG
TERIMA KASIH ANAK-ANAK SK BAKONG...

16 Mei 2017 Aku di SK Bakong

Tarikh keramat bagi seorang guru muncul lagi.
Di tarikh ini juga menandakan cukup 10 bulan saya di sini
Di  Sekolah Kebangsaan Bakong, menggalas tanggungjawab yang diamanahkan sebagai seorang Ketua Organisasi.. senang cakap Guru Besar la...
Kali pertama menyambut Hari Guru di SK Bakong...



16 Mei 2017 ... Aku dan SK Bakong

16 Mei 2017
datang menjadi memori setiap guru
merai menghargai jasa pengorbananmu

Aku...
30 tahun bergelar guru
12 sekolah berbakti mencurah ilmu
5 negeri aku selusuri
mencari rezeki...
menyambut Hari Guru setiap 16 Mei

16 Mei 2017
10 bulan aku di sini
SK Bakong..... mimpi menjadi realiti
Langkah aku sebagai seorang Guru Besar
menggalas impian dan harapan anak-anak...
Menanggung dan Menjawab setiap persoalan...
Bertindak mengikut keadaan
Berfikiran waras dan keimanan
Merubah ke arah kecemerlangan....
SK Bakong Excellent...

Detik perjalanan
yang baharu semalam kurasakan...
Terlalu banyak impian dan harapan
berbekalkan semangat kasih dan sayang
suka dan seronok....
kebersamaan dalam mengejar impian..
segalanya untukmu SK Bakong...

10 bulan dalam perjalanan....
Terima kasih menerima seadanya diri ini
meski ada yang suka dan benci...
Ikhlaskan diri menerima dan memberi
Merubah dari yang biasa ke luar biasa
Menukar rupa sekolah kita
Mencipta kelainan di luar minda
menjadikan suasana ceria dan indah..
Merancang aktiviti mengeratkan ukhuwah
Menjalin hubungan mesra bersama
Tanpa mengira masa, usia dan bangsa
Merakam memori tiap ketika
Namun masih ada yang belum selesai.....

Ayuh sahabat semua
Kita bina mercu tanda
Kita cipta sejarah dunia
Kita  realitikan impian
Kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul
Kita jadikan hari ini lebih baik daripada semalam
Dan esok lebih daripada hari ini
Demi masa depan generasi mendatang...
anak-anak SK Bakong tercinta
sebelum kapal berlabuh
Sebelum titik noktah  terhenti di sini
Sebelum perpisahan terjadi
Yang entah bila.... tapi pasti....

Ya Allah...
kuatkan kami dalam meneruskan
perjalanan hidup ini mencapai impian
meredah cabaran dan rintangan..
Murahkanlah rezeki dan kekuatan semangat...
Kesihatan diri dirahmati selalu
Demi untuk anak-anak sekolahku
Semoga ....
SK Bakong boleh, SK Bakong Excellent.


Impian
Cikgu Hindon
16 Mei 2017


Lama betul tak berkarya... entah tiba-tiba terlahir kata berirama yang hanya mampu dilafazkan di sini. Tersimpan sebagai memori...impian dan harapan yang terpendam. Tak terucap oleh lidah ..

#dahsayangkatSKB
#sayangnaktinggakan
#maafkansaya
#janganbencisaya




Saturday, May 13, 2017

Muzium Trick 3D Pulau Pinang

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah berapa kali hajat nak ikut rombongan sekolah ke sini tak kesampaian.
Memang teringin sangat nak ke sini. Bila pergi secara berkumpulan ni murah la sikit.
Nak cari pun sebenarnya senang aje.. cuma bila naik bas ni.. susah la sikit sebab laluan jalannya sempit sikit. Kalau datang dengan kereta sendiri, oleh parkir di Padang Kota, kemudian berjalan menyeberang jalan menuju ke Bangunan Chinese Chamber of Commerce.Trick Art 3D terletak selang beberapa pintu di jalan Lebuh Penang. Nak pergi boleh contact dahulu dan dapatkan diskaun untuk yang pergi berkumpulan.

Alamat:
Penang  3D Trick Art Museum
10, Lebuh Penang
Butterworth, 10200Pulau Pinang

Telefon:  +604-263 1628

Waktu operasi:
Isnin- Jumaat :    9.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu & Ahad : 9.00 pagi hingga 8 malam

Harga Tiket

Dengan mykad
Dewasa (13 tahun ke atas):   RM15.00       
 Kanak-kanak/Pelajar/Warga emas :  RM10.00

Tanpa mykad :
Dewasa(13 tahun ke atas) :  RM25.00       
Kanak-kanak/Pelajar/Warga emas : RM15.00


Jom ikut ke lokasi yang sempat saya rakamkan untuk dijadikan kenangan...

Jangan lepas peluang untuk berposing di setiap sudut lokasi.
Di setiap sudut ada jurugambar yang boleh membantu.... malu nak bergambar memang terlepas la peluang..
 
Bergambar sementara menunggu tiket diurus di hadapan pintu masuk
 
 Masuk aje ni la lokasi pertama.  Bersama semua ahli rombongan , macam balik kampong asal pulak. Lukisan 3D ni nampak seperti di suasana kampong sebenar...
 
 Ops nak tunjuk juga budak-budak ni bermain gasing.. dan saya ambil kesempatan bergambar lagi..

\
Hati-hati bila duduk di batang pokok kelapa tu... licin
lagi-lagi yang tak sampai kaki menjejak bumi
                                     

 Sebelahnya lokasi ni pulak..
nak minta izin tuan rumah untuk memetik manga tu..
dah dapat kebenaran boleh la petik buah manga tu...
ha seguni juga saya dapat petik buah mangg tu... hihihi
jangan lepaskan peluang untuk mengait buah 
Di hadapan kampong ni terdapat kampong nelayan..
Merasa la naik perahu ni..

Masuk pulak ke bahagian kedua.. Nostalgia Pulau Pinang..
Sebelum tu nak bagitau, bila nak ambil gambar ada spot point yang disediakan bagi memudahkan kita mengambilt gambar secara 3D... jadi macam real... setiap lokasi ada 2 atau 3 spot point nye..
Kena ikut arahannya.. selain untuk dapatkan gambar yang cantik... juga menjaga keselamatan diri.

Jom naik beca di padang kota...


 Melawat ke Taman Burung dan Taman Rama-rama

 
Terus naik ke Bukit Bendera
 
Zam zam ala kazammm... Jom terbang
naik tikar terbang ni kena buka kasut tau...
 
Sebenarnya ada lagi lokasi di laluan ni yang saya tak sempat nak posing...
bila dah ramai pengunjung, kena menunggu giliran
 
Di tingkat atas banyak lagi lokasinya ni... dah mabuk gambar


haaaa ni la lokasi yang saya suka sekali... dunia fantasi kanak-kanak
 mereka dah posing dulu sebelum saya sampai...  huhuhu...
 Selepas di dunia siput, kami pun bermain di dunia panda pulak...Tengok la gaya anak-anak SK Bakong saya tu... ha ni la seronoknya berjalan dengan rombongan sekolah...
 
ha.. kat sini jangan lupa kutip duit emas yang diberi oleh aladin lampu ajaib ni...
 
 
Takuttttttttttt..... geli rasanya...
 
                                   
 
 Bahagian atas ni banyak sudut-sudut yang digemari anak-anak...


 
Sebelum keluar kena melalui laluan berapi ni... hati-hati bila berjalan atas titi kayu tu.
 
 
 
Hampir 2 jam di sini... rasa memang tak puas tapi kena teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..
 
Terima kasih semua... dapat bersama-sama bersantai dan mencipta memori .