Thursday, May 25, 2017

Selamat Bersara GB Azahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pagi tadi berkesempatan ke majlis persaraan
Tn Hj Azahan in Abu Hassan
Guru Besar SK Layang-layang Kiri.
Pertama kali meraikan persaraan guru besar di daerah ini yang diadakan sekolah.
Pertama kali juga saya melawat sekolah ini.
Selamat bersara Tn Hj. Azahan yang duduk bersama isteri GB Hjh Norasmah.


Para sahabat guru besar dan rakan pegawai PPD yang hadir meraikan yang bersara. Watikah persaraaan disampaikan oleh En Arif Penyelia Sekolah Rendah PPD Perak Tengah.

Sempat juga kami dok atas pelamin tu. bersama pengantin perempuannya. GB Hjh Noor Asmah bt Hashim, rakan seperjuangan NPQEL.

 
Selamat Bersara
Semoga sentiasa diberkati dan diberi kesihatan dan kesejahteraan hidup di alam persaraan.
Seronok la GB Asmah, balik kerja dah ada yang menanti....

 
 
 
 


Tuesday, May 23, 2017

Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera

Bersama meraikan Hari Guru 2017 di UITM Seri Iskandar, Perak Tengah.
22. Mei 2017  (Isnin)
  

 
 Serentak dengan majlis Sambutan Hari Guru 2017 PPD Perak Tengah telah mencipta Malaysia  Book of Records dengan program bermain Sahibba paling ramai dalam satu masa. Penglibatan adalah pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah Perak Tengah.
  
 
 
Saya sempat juga melawat tapak pameran 1 PPD 1 produk..
Singgah paling lama di booth sekolah lama saya yang mewakili PPD Kinta Utara mempamerkan kemahiran Robot mereka...  apa lagi bila berjumpa kawan-kawan lama di sini...
 

 
Tahniah semua.
Penerima anugerah
Peserta Malaysian Book of Record
Peserta Pameran 1PPD 1 Produk

 


Sunday, May 21, 2017

Guru-guru SK Bakong & Hadiah Hari Guru 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seperti yang dijanjikan di entri yang lalu... Sebagai tanda kenangan bersama cikgu-cikgu SK Bakong...10 bulan bersama mereka..

                      
Tema Hari Guru 2017... tak ada tema yang ditetapkan... cuma kebetulan seolah-olah ada tema twins colour pulak... acara sukan aje kami sepakat memakai baju tu...
Semua kebetulan , macam berjanji-janji pulak dengan ustaz Abdul Rahman ni, satu-satu cikgu lelaki di sekolah saya.  Sangat sporting dan sabar melayan suka suki cikgu-cikgu perempuan ni.


 
                Cikgu Noraziah & Ustazah Norfarhah         Cikgu Junaidah & Cikgu Noorhayati
             Cg Madasima, Cg Solehah & Cg Nora          Ustazah Norhanishah, Cg Norfazila & Cg Aliah



Sebagai penghargaan kepada semua cikgu-cikgu saya, sebuah cenderamata tanda terima kasih saya kepada komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua guru-guru kepada anak-anak SK Bakong.
 Yang sempat terakam oleh jurukamera...
Cikgu Aliah

Cikgu Noraziah

Ustazah Norfarhah

Cikgu Junaidah

Cikgu Norhaliza

Cikgu Nora Zaindra

Ustaz Abdul Rahman

Cikgu Noorhayati
 
 
 
Selain cenderahati peribadi kepada semua cikgu-cikgu, ada juga hadiah sumbangan cikgu-cikgu yang sangat ikhlas dan menghargai antara satu sama lain.... Masing-masing gembira dan seronok menerima hadiah dari sahabat guru.... Siapa yang dapat hadiah kita?...Namanya dicabut undi......
 
Dari saya hanya sebuah hadiah kecil bersama kad ucapan untuk Cikgu Junaidah..
 
Terima kasih Cikgu Madasima yang menghadiahkan saya sejambak bunga
yang sangat bermakna.. menjadi penyeri bilik saya..
 
                 Ni satu lagi hadiah dari pihak sekolah kepada semua cikgu-cikgu mengikut kategori
hasil kreativiti Cikgu Nora yang sangat rajin.

 
 
 
Selamat Hari Guru
Terima kasih cikgu...