Saturday, June 25, 2011

Meriahnya Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-9 Sekolah Saya



Perasmian disempurnakan oleh YM Tengku Hamzah b. Tuan Ismail
Pen. PPD HEM,  Daerah Kinta Utara
3 hari je berlatih tapi telah menunjukkan persembahan yang baik.

Johan Kejohanan Balapan dan Padang dan JOHAN Keseleruhan Antara Rumah Sukan
JOHAN Perbarisan Rumah Sukan.

JOHAN Rumah Sukan Paling Ceria.... 






Wednesday, June 22, 2011

Sana Sini Sukan Sekolah

Bulan Jun, banyak sekolah mengadakan sukan sekolah. Dah memang arahan Kementerian Pelajaran sukan Tahunan hendaklah diadakan selepas bulan Mei  bagi mencapai matlamat sukan sepanjang tahun. Bagi  kami  ni yang jenis akur perintah melaksanakan sukan sekolah selepas bulan Mei, walaupun di sekolah saya sememangnya sentiasa sibuk bersukan sepanjang tahun. Awal tahun sibuk ngan latihan pasukan elit, disamping aktiviti kelab Sukan dan Permainan, penggal dua ni pulak sibuk ngan sukan pembangunan untuk mencari bakat pengganti pemain sekolah tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah.

Sukan Tahunan ni ditukar nama pulak jadi Kejohanan Balapan dan Padang sebab acaranya hanya acara padang dan Balapan. Tapi untuk memeriahkan temasya sukan tersebut sekolah saya tetap mengadakan beberapa acara lain seperti tarik tali, pertandingan perbarisan, hiasan rumah dan acara untuk ibu bapa.

25 Jun banyaknya sekolah mengadakan sukan, sekolah saya, sekolah anak saya SMK Tambun dan sekolah-sekolah dalam daerah Kinta Utara ni. Dua minggu selepas cuti ni memang sibuk...minggu lepas wat sukantara, minggu ni lagi sibuk la. Acara padang kena wat awal, raptai mesti buat supaya perjalanan sebenarnya nanti dapat dijangka bila habisnya. Persiapan semua dah disusun rapi, Setiausaha sukan dan jawatankuasanya bertungkus-lumus tak kira waktu bagi memastikan sukan tahun ni lebih hebat dari tahun-tahun sebelumnya.
Dengan adanya tenaga dan idea dari guru-guru muda yang baru ni, dibantu dengan kerjasama erat dari guru yang berpengalaman, mudah-mudahan temasya kali akan lebih meriah dan ramai ibu bapa /penjaga yang hadir.

SELAMAT BERSUKAN....... 

Monday, June 20, 2011

Sentiasalah berdoa...

Sentiasalah berdoa
Kusentiasa mendoakan kejayaan untuk semua anak-anak didikku.....


Khas untuk anak-anak didikku dan anak-anakku yang bakal menduduki peperiksaaan yang penting dalam hidupmu.

Berdoalah!
Iringkan Doa di Sepanjang Usahamu…
Anak-anak didikku yang dikasihi. Usah gentar dengan kehadiran peperiksaan jika segala persiapan untuk menghadapinya telah dibuat. Berserah kepada Allah SWT dengan yakin dan bertawakal sepenuhnya.
Usaha adalah hak kita tetap kejayaan Allah yang tentukan.
Di sini cikgu menurunkan terjemahan doa-doa yang boleh diamalkan oleh anak-anak didikku. Doa-doa ini bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan tetapi lebih elok lagi jika diamalkan sepanjang masa.
Mulakanlah doa dengan al Fatihah, dan biasakan diri membaca Bismillah untuk setiap perkara baik yang dilakukan.
Doa penerang hati yang sesuai diamalkan setiap kali hendak menelaah pelajaran jangan lupa membacanya apabila berada di dewan peperiksaan.
“Ya Allah! Bukakanlah Hikmahmu dan turunkanlah rahmat dari khazanah-Mu itu kepada kami. Ya Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Doa apabila terlupa :
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Ya Allah! peringatkanlah aku apa yang aku terlupa”
Sentiasa bersikap tenang. Baca semua soalan dengan cermat sambil meneliti arahan-arahan yang terdapat di muka hadapan kertas soalan. Pastikan soalan-soalan yang anda pilih untuk menjawabnya. Dahulukan menjawab soalan yang anda lebih yakin boleh menjawabnya dengan cukup baik. Apabila terlupa, bacalah doa di atas.
Doa memohon ditambahkan ilmu.
Elok diamalkan untuk mendapatkan idea-idea yang bernas ketika menjawab kertas soalan.
“Ya Tuhanku, jadikan aku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang engkau beri padaku, dan berikanku ilmu yang berguna bagi diriku. Dan kurniakanlah aku ilmu pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahkanlah aku ilmu pengetahuan,”

Sebagai muslim, kita wajib sentiasa mensyukuri rahmat Allah. Oleh itu sentiasalah bermohon kepada Allah agar dikekalkan dalam iman dan terus mendapat petunjuk-Nya. 
Doa kepada Allah agar sentiasa dikurniakan petunjuk:
“Ya Tuhan kami janganlah engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Dan berikanlah rahmat-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi!”

Usaha menghafal kadang-kadang menimbulkan rasa jemu jika apa yang dihafal tidak melekat di kepala.
Amalkan doa ini supaya mempermudahkan:
“Ya Allah, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir dengan-Mu juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”.
Doa sebelum masuk ke kelas atau dewan peperiksaan:
“Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.
Doa memohon kejayaan ini pula perlu dibaca sebelum tidur pada setiap hari hinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
“Ya Allah! Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.”