Tuesday, February 26, 2013

Taklimat Ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi

Taklimat Pemantauan Persediaan Ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi
Alhamdulillah ada yang sudi berkunjung ke sekolah saya.
Hari ni sibuk lagi, awal pagi dah sampai untuk siap sedia menerima tetamu dari KPM, JPN, PPD dan 12 buah sekolah Band 1 Negeri  Perak untuk mendengar taklimat di samping pemantauan status persediaan Sekolah Band 1 ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Ketua Penolong Pengarah Sekolah Berprestasi Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia  Pn. Faridah Yang Razali yang berasal dari Perak juga.
Turut hadir
 En. Zulkifli b. Muhamed Mokhtar -Pen.Pengarah SM (ProjekKhas/SBP/SKK) JPN.
 En. Md Rashid b. Md Yusof - Pen.Pengarah SR (Pengurusan Guru) JPN.
En. Khusaini b. Zulkifli - Pen.PPD Kinta Utara
Guru Besar dan seorang guru dari
 SK Tarcisian Convent,Ipoh,
  SK Perempuan Methodist,Ipoh,
SK Raja Perempuan,Ipoh,
 SK Kampung Jambu,Taiping,
 SK Klian Pauh, Taiping.
 SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar,
SK Chegar Galah, Kuala Kangsar,
 SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi, Kuala Kangsar
SK Methodist, Parit Buntar
SK Teluk Kepayang, Bota,
SJK(T) Gerik, Gerik,
 SK Ganda Temengor, Gerik

Mesyuarat diadakan dalam Bilik Seri Gemilang, suasana baru yang lebih selesa,
 first time la mesyuarat besar di bilik baru ni.
 Alhamdulillah rasa selesa la sikit. Taklimat pun berjalan lancar.

 Guru Besar bersama penyelaras/Penolong Kanan yang hadir 
mendengar taklimat dari pegawai-pegawai JPN



En. Zulkifli b. Muhamed Mokhtar - Pen.Pengarah ProjekKhas/ SBP/SKK JPN Perak.

Pn.Faridah Yang Razali - Ketua Pen.Pengarah SBP

 Kena dengar dengan teliti sebab lepas ni nak kena upgrade semua dokumen. Sediakan semua bukti program yang dijalankan. Kali ni lebih jelas, apa kehendak mereka sebenarnya. Dokumen apa yang patut ada dalam setiap fail. Mudah-mudahan segalanya dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Mulai 4 Mac nazir dah mula memantau sekolah terlibat. 

Guru Besar sekolah saya ni sedang mempersembahkan maklumat sekolah untuk dikongsi bersama.





Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sebelum pulang sempat la bergambar bersama 
buat kenangan bersama Pn. Faridah Yang Razali. Tak sangka sedondon pulak dengan 
semua pentadbir SKMarian Convent.

Ok la , nak siapkan dokumen dulu. Doakan segalanya  dipermudahkan dan mendapat 
apa yang diharapkan. Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi.

Saturday, February 23, 2013

I-THINK...Jom kita fikirkan bersama

Hai Semua...Assalamualaikum..
Dah seminggu  kembali ke sekolah selepas bercuti seminggu.
cuti sangat la tu ye..hehehe
Awal-awal minggu buka sekolah balik ni memang la sibuk..
ada ke pernah tak sibuk kak oi...hikhikhik...

Hari pertama, mesti ada perhimpunan. Boleh la jumpa semua murid dan guru di dewan.
Minggu ni giliran pengacara majlisnya bercakap Bahasa Inggeris, Memang di sekolah saya ni bahasa yang digunakan semasa perhimpunan bergilir berselang minggu,Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, selaras dengan dasar MBMMBI. Melatih murid mahir menguasai kedua-dua bahasa serta menonjokan kepimpinan dan kenyakinan diri. 

Setiap minggu juga kata-kata Motivasi akan silih berganti. 
Terima kasih la JK Unit Bimbingan Kaunseling yang sentiasa menyediakan 
kata-kata semangat untuk kami.
Ni la kata-kata motivasi  minggu ni..

Hari Selasa dah kena kursus pemantapan JU Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di Hotel Perdana Taiping. Balik tu kena buat peringkat daerah la pulak. Ikut je la untuk kebaikan semua. Dari pagi sampai petang. Pergi tumpang pegawai JPN Terima kasih ye Pn. Noraini,  nak memandu sendiri jauh-jauh tu belum dapat 'green light' cik abang ,,hehehe. 


Hari Rabu pun sibuk juga, hehehe, lepas meeting  bersama pentadbir, kumpul data untuk mengemaskini fail bagi  persiapan pemantauan  SBT lagi.  Pukul 1 ada kursus Program i-THINK.. nak kena fikir jugak ni.....
Sebenornya kali ni nak cerita tentang Program i-THINK ni la. Meh la berkongsi ilmu sikit,  baru nak belajor jugak ni. Kat sekolah saya ni dah beberapa kali diadakan kursus dalaman tentang program ni tapi  baru  kali ni berkesempatan. Seronok jugak mengajar dengan cari ni. tapi kena sesuaikan dengan mata pelajaran nak ikut Peta Minda yang mana.
Peta Buih
Peta Bulatan
Peta Buih Berganda
Peta Pokok
Peta Dakap
Peta PelbagaiAlir

Pn. Hjh Roshilah  penceramah kali ni.

Peta Alir


Jadi pokok ye..




Peta Titi


Minggu ni memang tak ada rehat sepenuhnya.
Hujung minggu ni  Sabtu dan Ahad ada kelas PPG lak pulak.
Miss la LDAP n gotong royong hari Sabtu ni...
Tak ada istilah rehat, Tapi ok je..seronok kan diri bila buat semuanya,
Lebih-lebih lagi nampak perubahan yang berlaku. Untuk kebaikan dan keslesaaan semua.

Ok la nak out dulu, Nak buat persiapan untuk minggu depan pulak. Lagi sibuk.
 Jumpa lagi. Bye

Saturday, February 16, 2013

Rindukan Sekolah.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.
Cuti-cuti sekolah ni rindu pulak dengan sekolah saya. 
Ha, apa lagi pergi la jugak ke sekolah, nak melepas rindu kononnya kan. 
Sunyi je sekolah ni, xde sape ke?

Ohh cuti mana nak ada bebudak kan. Yang ada jaga sekolah la.
Ni la jaga sekolah saya,..perempuan jugak,baru sebulan kerja kat sini.
Muda , comel dan suka senyum. Harap dapat menjalankan tugas dengan baik.
Jangan lupa senyum selalu ye Bie...tula panggilan manjanya.


Pas tu sempat la meronda dan meninjau kawasan mana yang patut. 
Banyak dah perubahan yang berlaku. Kerosakan pun dapat dibaiki.
Dah semakin ceria dan cantik. Alhamdulillah rezeki sekolah,
 Harap mendapat kerjasama semua untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaannya. 

Jom ikut lawat sekolah.

Pintu baru, laluan masuk ke pejabat dan bilik pentadbir.
Satu sudut baru sumbangan seorang ahli PIBG. Terima kasih 
Pintu masuk ke kantin dan kawasan bangunan sekolah.
Ke arah sekolah lebih selamat.
Kantin yang banyak  perubahannya.
Nak fokus Ruang Guru Makan kat hujung sana tu.

Laluan ke dewan melalui bilik muzik
Laluan bermaklumat di Dataran Lestari.
Taman Orkid Sumbangan Marians Tahun 6 2011

Laluan yang cantik dan selamat.
Taman Herba ni masih dalam pengubahsuaian, tunggu jawapan
dari Jabatan Hutan untuk membantu.
taman herba ni terpisah dengan laluan yang cantik tu.
Masih dalam perancangan, ada idea boleh kongsi bersama.
Ada lagi lokasi lain yang tak sempat dirakam. Insyaallah lain kali akan dikongsi bersama.
Nak balik dah ni, datang sekejap pun jadi la. Buat hilang rindu.
Sekolahku Rumahku ...tapi sekolah saya ni lebih cantik dari rumah saya..hehehe
Ok Jumpa lagi.