Friday, November 22, 2013

LADAP MUSIM CUTI SEKOLAH

Pejam celik pejam celik, tak sedar pun rupanya dah seminggu cuti sekolah. Mana nak rasa cuti kan sebab hari-hari ada program di sekolah. Minggu pertama cuti sekolah ni memang dah masuk takwim, untuk mengemaskini maklumat/lapaoran  dan persiapan untuk tahun 2014. 
Lebih-lebih lagi bila dah jadi Sekolah Berprestasi Tinggi ni, kena gandakanlah lagi usaha dan pencapaian untuk meningkatkan prestasi atau sekurang-kurangnya  mengekalkannya.  Orang kata nak mencapai tu senang..(walaupun sebenarnya bukanlah sesenang mana), tapi nak mengekalkan tu yang sukar. Tambahan pula ramai guru-guru yang dah pergi kursus perubahan KSSR tahun 4...Jadi seminggu ni buatlah Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk semua guru.

Hari pertama (Isnin) 18hb. November 2013 
Latihan Penggunaan Chromebook oleh Pn. Nurul Ashiqqin dan Pn. Norhashimah



Hari kedua dan ketiga Inhouse tentang Perubahan KSSR Tahun 4 semua subjek. Dua hari ni saya tak hadir ke sekolah sebab ada tugasan lain. Kena pergi ke Institiut KWSP di Kajang untuk pembentangan Perkongsian Amalan Terbaik Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Dikesempatan lain nanti saya cerita tentang amalan terbaik tu.

Semalam pula setiap panitia membuat pelan strategik bagi tahun 2014 bagi semua tahun. 
Panitia Sains
Paniti Pendidikan Agama Islam

Paniti Bahasa Melayu

Panitia Matematik

Panitia Bahasa Inggeris
Dah seminggu otak diperah merancang, hari ini relex sikit.. inhouse Sukan Balapan dan Padang. Boleh regang-regang otot dan tahu teknik larian dengan betul. Tahun depan sukan tahunan pasti hebat saingannya..semua dah tahu kan. 


Aktiviti akhir minggu ni, perancangan kertas kerja untuk Bajet SBT pula..dapat duit banyak pun susah juga..hehehe..tapi alhamdulillah rezeki, insyaallah akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan semua anak-anak didik dan sekolah demi meningkatkan prestasi kegemilangan sekolah.
Insyaallah dengan kerjasama semua cikgu-cikgu kertas kerja tu akan selesai dalam tempoh yang ditetapkan.



Terima kasih semua cikgu-cikgu yang memberikan kerjasama dan menghadirkan diri dalam semua slot. Semoga sekolah kita akan terus cemerlang dan gemilang ke peringkat antarabangsa.
Suka sekolah saya ni....


No comments:

Post a Comment