Fasa 3 ni hanya seminggu sahaja bermula 6 Jun 2016 - 10 Jun 2016, mendaftar macam biasa sehari awal iaitu 5 Jun 2016. Awal Ramadhan terpaksa berjauhan dengan keluarga.... Fasa kali ni yang perlu diberi perhatian lebih ialah UAK akhir... Ujian dijalankan hari Selasa, 50 soalan yang berkaitan dengan tajuk di Fasa 2... Penambahbaikan sekolah, Kepimpinan, Protokol dan etiket, Komunkasi , semua yang berkaitan dengan pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Tapi yang berdebarnya Kolokium.... pembentangan hasil projek yang dijalankan semasa Program Sandaran... kelas hanya belajar Bimbingan dan Kaunseling aje. Yang lain suka suki bersama rakan sekelas... menghabiskan waktu-waktu akhir bersama.. lepas ni nak jumpa lagi tak tahu la, dah masing-masing membawa tugas dan tanggungjawab yang akan dipikul nanti. Yang sama negeri di Perak... insyaAllah boleh berjumpa bila ada perjumpaan peringkat negeri kan....
Posing pertama Fasa 3 di laman Menara IAB
Bersama teman sebilik air sejak Fasa 1.. Cikgu Fatimah Yahya
Terima kasih Cikgu Anis dari Terengganu yang banyak kali menumpangkan diri ini naik ke Menara IAB dari asrama..tak larat mendaki..
Cikgu Salabiah Kasim teman seperjuangan dari Perak.
Hari Pertama.. mendengar taklimat di Dewan ADRI dan Penyerahan tugasan Program Sandaran... murid baik dengar taklimat tak pernah tidor..
Ambil peluang bergambar luar dan dalam ADRI
mengumpul Laporan Program... Fasa 3 ni selain Laporan Program Sandaran, 2 CD berisi laporan dalam bentuk Word dan pdf. Laporan Pembimbing (Guru Besar) dan Log Kepimpinan. Mummy Cik Darliana jadi saksi tu..
No meja peperiksaan Fasa 3. Bawa sebatang pensel dan pemadam juga
minyak cap kapak.... Ic jangan lupa kena letak atas meja juga ye...
211 di barisan belakang sekali...
Selesai exam, masuk kelas untuk menyiapkan powerpoint pembentangan hasil projek sandaran ... dipanggil kolokium ala macam viva zaman belajar PPG dulu.. Nanti cerita kat entri lain ye tentang kolokium ni.
Hari Ketiga: Kelas Modul Bimbingan dan Kaunseling, sehari dalam kelas. bersama Tuan Haji Bahari bin Tajudin.
Hari keempat: Kolokium... nanti dikongsikan bersama apa yang diperlukan dalam pembentangan kolokium ni..
Sehari dalam kelas... giliran No.8, dalam kumpulan pertama.. Walaupun biasa bercakap dikhalayak tapi debaran yang ni lebih terasa...
Pembentangan di hadapan rakan-rakan dan Pensyarah Pentaksir/Penilai
seramai 3 orang ( Dr Noraziah bt Abd. Aziz, Encik Hamidon b. Abd. Rahman dan Puan Aziah bt Adi) dan Pengurus serta Pengurus Bersama yang merekod jumlah markah.
Hari Kelima: Hari terakhir semua berkumpul di dewan ADRI... bermula 8.30 pagi.
Program Bicara Tokoh dan Majlis Penutupan Program NPQEL Ambilan 1/2016 berakhir jam 12.30 tengah hari.
Menerima penghargaan daripada ISBCGH atas sumbangan sebagai
Bendahari Induk dan Penghuluwati SRG5 Ambilan 1/2016
Kenangan bersama SRG5, Pengurus dan Pengurus Bersama.
Penutup tirai Program NPQEL SRG5 ... posing terakhir di atas pentas ADRI
Auditorium Dato' Razali Ismail.
Selamat Tinggal IAB Cawangan Genting...
Penurunan tangga terakhir... lengang aje kira orang2 terakhir yang turun.
Ruang legar asrama destinasi pertama dan terakhir di IAB Genting Highlands
Last day baru dapat bergambar dengan Cikgu Shahriman ni orang Kinta Utara juga.
Suka suka bersama sahabat SRG5 tunggu dalam next Entri ye..
Selamat Tinggal IAB Genting Highland.. Semoga perjuangan seterusnya mendapat rahmat dan kekuatan daripada Allah SWT. Diberi kesihatan dan kejayaan yang terus cemerlang... memartabatkan pendidikan untuk anak bangsa.
Sayang Semua.
Melerai rindu di SKMC....
Tak sabar nak cerita pasal sekolah yang lama tidak diceritakan.
No comments:
Post a Comment