Majlis diadakan pada hari Isnin 27 Jun 2016..
Anjuran Sektor Jaminan Kualiti JPN Perak.
Pihak sekolah hanya menyediakan tempat. Semoga suasana yang disediakan memberi keselesaan untuk semua. Itu yang mampu kami sediakan... Sekolah masih belum mampu menyediakan aircond di dewan... tapi inisiatif Guru Besar sekolah saya menyediakan cooler agar peserta berasa selesa.
Adat berkunjung ke sekolah kami, sebagai tanda ingatan dan kenangan tetamu di sekolah saya mesti bergambar ramai begini...
Barisan Pengetua dan Guru Besar yang dicalonkan Tawaran Baharu PGB 2015.
Jumlah peserta ialah 45 orang Guru Besar Negeri Perak termasuk 5 orang Guru Besar dari Camer0n Highland dan 6 orang Pengetua Negeri Perak, dan Wakil setiap PPD Negeri Perak.
Hadir sama Timbalan Pengarah JPN Perak Tuan Haji Mat Lazim bin Idris
Ketua Sektor Jaminan Kualiti Encik Kamal bin Mansor
Ucaptama oleh Timbalan Pengarah.
Taklimat diberi JNJK Negeri Perak oleh Hj. Anuar bin Omar dibantu sama oleh Encik Azman bin Mohd Din dan Encik Hairul Azman
Tempoh penilaian: 10 Julai - 30 ogos 2016
Seramai 4 orang pegawai Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK)
Syarat Layak Penerimaan TBPGB 2015
1. Skor Komposit mencapai tahap peningkatan iaitu kombinasi Skor Gred Purata Sekolah (GPS) dalam peperiksaan awam dan SKOR PKS-SPKM.
2. PGB berkhidmat di sekolah sekurang-kurangnya sebulan (28 hari)
3. Laporan LNPT PGB melepasi 90%.
3. Laporan Audit sekurang-kurangnya BAIK
4. !00% Numerasi dan Literasi LINUS kecuali Literasi BI pencapaian minimum 90%.
Perkara yang perlu disediakan semasa verifikasi.
1. Lampiran A : 53 perkara/fail maklumat yang perlu disediakan.
Ni yang jenuh nak sediakan, tapi kalau dah memang ada tak susah sangat.
2. Lampiran B : Maklumat diri Calon/PGB
3. Lampiran C : Senarai penerima insentif
- Tempoh berkhidmat di sekolah 6 bulan
- PGB RM7,500.00,
- 5% guru RM1,800.00, 95% guru RM900.00, AKP RM500.00
4. Lampiran D :
5. Powerpoint persembahan untuk masa 15 minit.
6. 5 keping gambar (Tembok@Papan tanda Sekolah/PGB/prasarana sekolah) dalam CD.
Pengalaman nak kongsi bersama setelah 4 kali mengalami verifikasi TBPGB di SKMC ni.
Guru Besar sekolah saya ni dah menerima sebanyak 5 kali. Ni pencalonan kali ke-6... (sejak pertama kali diadakan penganugerahan ini). Semoga ada lagi rezeki tahun ini. Boleh la saya menumpang sama. Pada saya ini kali ke 5. Kali pertama tu saya tak cukup haul (5 bulan 2 minggu) berada di sekolah ni tapi semasa verifikasi saya ada bersama membantu menyediakan dokumen kokurikulum ketika itu.
Bagi memudahkan pegawai mendapatkan maklumat yang dikehendaki, susun fail/maklumat yang 53 perkara tu atas meja siap-siap ikut kategorinya.. pengurusan/kurikulum/kokurikulum/hem sebab penilai tu sudah diagihkan tugas mengikut bidang masing-masing. Mereka pun nak cepat dan terus memasukkan bahan bukti dalam data mereka.
Selain tu kena standby cikgu-cikgu yang nak di"observe". Subjek apa? Ni pun ikut opsyen pegawai JNJK tu, asalnya mereka pun cikgu. nasib la cikgu mana yang kena... yang pasti PGB akan di"observe".
Sediakan juga seorang LO yang mesra alam... tahu hal selok belok sekolah... Selalunya akan ada seorang pegawai yang meronda seluruh kawasan sekolah. LO la yang akan mengiringnya... sambil berjalan bersembang-sembang... sembang mereka mencari maklumat tau..hihihi..
Selesai Taklimat berjumpa kawan yang dikenali...
Tahniah kepada rakan-rakan seNPQEL yang telah dilantik menjadi Guru Besar dan sekolahnya layak menerima Tawaran TBPGB 2015.
Menumpang rezeki para Guru Besar yang dicalonkan
menerima TBPGB 2015.
Sambil-sambil melawat kawasan sekolah, posing sekejap di taman baharu kami ni.
Bersama Puan Rosnah (GB SK Convent Teluk Intan) dan Puan Suryati rakan seNPQEL
Panduan senarai semak 53/54 fail/perkara yang perlu disediakan.
A PENGURUSAN
1. Takwim Sekolah
2. Perancangan Strategik
3. Perancangan Taktikal
4. Perancangan Operasi
5. Fail Pengurusan Kewangan an Aset Alih Kerajaan
6. Fail Laporan Audit Sekolah
7. Fail Laporan Nazir Sekolah
8. Fail Penarafan Kendiri Sekolah (PKS-SKPM)
9. Senarai Nama Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana
10 Rekod Kehadiran PGB, Guru dan PKP
11 Rekod Pergerakan PGB
12 Rekod Pergerakan Guru dan AKP
13 Agihan dan Senarai Tugas Guru dan AKP
14 Fail Mesyuarat Guru dan AKP
15 Buku Laporan Guru Bertugas Harian
16 Rekod Bekalan Pejabat, Inventori dan Harta Modal
17 Rekod Penyelenggaraan Prasarana
18 Fail Pelupusan dan Hapus Kira
19 Rekod/ Fail Tindakan Tatatertib
B KURIKULUM
20 Fail Jawatankuasa Kurikulum Sekolah21 Jadual Waktu Kelas dan Persendirian (serta Jadual Waktu PGB/PK yang
memangku/ menjalankan tugas Tahun dinilai)
22 Rekod Jadual Waktu Ganti
23 Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas
24 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran PGB dan Penolong Kanan
25 Rekod Semakan Penghantaran Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
26 Fail Panitia Mata Pelajaran (Semua Panitia)
27 Fail peperiksaan Awam (Tiga tahun kebelakangan) - 2015, 2014, 2013
28 Fail Peperiksaan Dalaman
29 Fail Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
30 Fail Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran
31 Fail Semakan Buku Latihan Murid
32 Fail Perkembangan Staff/ LADAP
33 Fail Pusat Sumber Sekolah
34 Rekod Pelaksanaan Nilam
35 Dokumen Berkaitan Program Peningkatan Akademik
C KOKURIKULUM
36 Fail Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
37 Rekod Pentaksiran Kegiatan Kokurkulum dan Sukan
38 Rekod Penyeliaan kegiatan Kokurikulum dan Sukan
39 Rekod Pencapaian Kegiatan Kokurikulum
40 Fail Pengurusan Kelab dan Persatuan
41 Fail Pengurusan Badan Uniform
42 Fail Pengurusan Sukan dan Permainan
D HAL EHWAL MURID
43 Fail Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Sekolah
44 Fail Pengurusan Disiplin Murid
45 Fail Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
46 Analisa Kes Salah Laku Murid (2013-2015)
47 Analisa Kehadiran Murid (2013 - 2015)
48 Fail pengurusan Perkhidmatan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Murid.
49 Dokumen Berkaitan Program Peningkatan Sahsiah Murid
50 Fail Pengurusan Asrama (jika berkenaan)
E PROGRAM LLINUS 2.0(Bagi sekolah rendah sahaja)
51 Intrumen LINUS2.0 disemak dengan teliti
52 Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPP)
F KPI SBT (Bagi sekolah SBT sahaja)
53 Fail KPI-SBT:
i. Pencapaian Akademik
ii. Program dan Pencapaian Kokurikulum
iii. Jaringan dan Jalinan
iv. Etos dan Watak
v. Bimbingan oleh SBT
v1. Penanda Arasan
G LAIN-LAIN
54 Lampiran B dan softcopy Lampiran
Tahniah Semua..
Semoga semuanya layak dan berjaya di verifikasi.
No comments:
Post a Comment