Thursday, November 3, 2011

Jamuan Akhir Tahun meraikan murid Tahun 6 dan Pengawas Sekolah

Hanya gambar yang menceritakan segalanya....
Tarikh:  2 November 2011
Tempat :  Dewan Azlan Shah, Aras 10, Dewan Bandaraya Ipoh.
VVIP   : Dato' Hj Roshidi b. Hj. Hashim, Datuk Bandar Ipoh.
              selaku Yang DiPertua PIBG SK Marian Convent.

Bas DBI yang cantik dan bersih..sebelum naik posing la dulu.

Group akhir menunggu bas ni...

Pakaian kimono...murid bebas memakai pelbagai jenis pakaian, asal jangan seksi sangat.




Kombo Dewan Bandaraya Ipoh menghiburkan tetamu sepanjang majlis. 7 pemuzik dan 3 orang penyanyi


Sebahagian guru yang hadir

Sempat la singgah di bilik Dato'. Terima kasih atas segalanya Dato'.

Tuesday, October 25, 2011

Cuti Hari Deepavali

Minggu ni cuti seminggu. .seronok juga ye...cuti lama. Sesetengah sekolah cuma cuti sehari je pada 26 Oktober....ye la nak apa nak cuti lama-lama kalau tak ada murid berbangsa India kan. Sekolah aku ni ramai juga yang berbangsa India, jadi sebagai sebuah sekolah yang berbilang bangsa dengan semangat 1 Malaysia kami cuti seminggu.....
Kepada semua warga sekolah yang berbangsa India yang menyambut deepavalli, aku nak ucap la
Happy Deepavali terutamanya pada Pn. Samenthe, Pn. Thillagavathy, Pn. Manjit  dan murid-murid Tahun 5 Seroja, 5 Kenanga, 5 Mawar dan 4 Kenanga...yang aku masuk mengajar .juga semua la warga sekolah dan warga Malaysia yang menyambutnya.
Eh..teringat lak aku pada Pn. Vasantha dan Pn. Vimlarani di sekolah lama aku SK Rapat Setia....
Happy Deepavali...maruku dapat ke tidak ye tahun ni....

Sunday, October 16, 2011

'WALK FOR LIFE'......

Anjuran Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh
Untuk menjalin hubungan dengan agensi luar seramai 196 orang murid  dan 12 orang guru SK Marian Convent terlibat dalam program ini.







Sukanya ngan sekolah aku ni .kerana.....cikgu-cikgunya yang komited dalam apa je program sekolah, walaupun diadakan pada hari minggu....semoga semuanya cemerlang...