Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidil Fitri

Hari ni kami masih bersekolah, walaupun kebanyakan sekolah mengambil cuti peristiwa dan cuti ganti pada 5 dan 6hb. Buka sekolah nanti, banyak aktiviti pada hari Sabtu sebab tu la sekolah saya ni tak ambik cuti. Sesiapa yang ambik cuti sendiri tu kena la ganti sendiri ye..hehehe..

Majlis Perhimpunan Hari akhir persekolahan. Saling bersalaman dan bermaaf-maafan..diiringi dengan lagu-lagu Hari Raya.


Semua murid bersalaman dengan guru-guru.
 
Giliran cikgu-cikgu pulak bermaaf-maafan..

Saya menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan, ketelanjuran kata dan tingkah laku yang mengguris hati dan perasaan kepada seluruh warga sekolah yang beragama Islam.Diucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..


Semoga berbahagia di Hari Raya..
Selamat Bercuti kepada semua..
Semoga perjalanan balik kampung dan pergi bercuti dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.



Tuesday, July 23, 2013

Dikeheningan pagi

Hari ni sampai awal, 6.45 pagi dah sampai sekolah.
Sempat melihat bulan penuh menjelang pagi...

Tahniah kepada anak-anak didikku yang sampai awal..
Patuh kepada peraturan sekolah...tiba sebelum jam 7.20 pagi.
Ikut peraturan semasa turun dari kenderaan masing-masing.
Satu-satunya sekolah yang pernah saya berkhidmat, keselamatan anak-anak pasti terjamin. Ibu bapa dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dan menurunkan anak-anak di kawasan yang selamat dan tak perlu berjalan jauh ke kelas masing-masing. Bertuahnya anak-anak yang bersekolah di sini.  Terima kasih kepada ibu bapa yang mematuhi peraturan lalu lintas sekolah dan tidak mementingkan diri. Semuanya demi keselamatan dan keselesaan semua.

Saturday, July 6, 2013

Hari Bicara Akademik

Tarikh : 5 Julai 2013 (Jumaat)
Tempat :  Kelas 
Masa :
 Sesi Pagi - 10.00 pg -11.50 pagi
Sesi Petang - 3.30 ptg - 5.50 ptg

Peluang dan kesempatan yang diambil oleh para guru dan ibu membicarakan prestasi dan masalah anak-anak demi kecemerlangan mereka.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran, komitmen dan kesungguhan para ibu bapa/penjaga menjayakan salah satu program Sarana Ibu Bapa.