Wednesday, February 19, 2014

Penanda Aras Program Bina Insan Guru IPG

Hari ni sekolah saya dikunjungi oleh Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Kumpulan J15 dan J16 Pendidikan Khas Semester 5, Institiut Pendidikan Guru Kampus Ipoh seramai 2 orang Pensyarah dan 46 orang Bakal Guru. Terima kasih atas kunjungan anda.
Sekolah saya memang mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin berkunjung untuk berkongsi ilmu kejayaan.


Tetamu bergambar kenangan bersama barisan pentadbir sekolah.
AJK Lawatan dan Penanda Aras saya pun nak posing jugak.
Tukang tangkap je tak masuk dalam gambar ni. JK Jamuan pulak sibuk masak kat dapur ye..


Majlis Rasmi di Bilik Gerakan Seri Gemilang. Ucapan dan Taklimat Guru Besar.

                                                        





Dah lapar kena makan dulu.
 Lepas makan baru melawat persekitaran sekolah terutamanya Bilik Kaunseling, Kelas-kelas dan Pusat Sumber Sekolah.


Marian dan Bunga tidak boleh dipisahkan. 
Ingat nama Zulhelmi dan Hakim je dalam gambar ni.
Kakak yang 4 tu memang sentiasa dalam ingatan.

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Kutip ilmu seberapa banyak,
Mana yang baik jadikan panduan,

Monday, February 17, 2014

Nazir datang lagi

Hari ni hari pertama persekolahan minggu ke 8. Sempat sampai  sebelum pukul 7.00 pagi.
Perhimpunan mingguan pagi ni rasa bersemangat la pulak. Harap-harap nazir datang esok, rupanya
Jam 7.40 pagi kelibat kereta masuk ke kawasan sekolah, boleh nampak dari atas pentas dewan sekolah ni. Memang sah la orang yang dinanti dah datang. Biasa la bila orang datang nak memantau ni hati dup dap dup dap mesti ada walaupun sebenarnya dah banyak kali dilawati dan semua dokumen dah tersedia.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,
Kali ni saya hanya fokus kepada pengurusan HEM, 3 orang nazir yang menemubual berfokuskan program kemenjadian murid. Alhamdulillah semua program yang ditanya dan disarankan memang telah dilaksanakan. Nazir teruja dengan budaya marian..bersanggul dan bercekak serta amalan Smile & Greet, cara murid Marian menyapa dan memberi salam. Sahsiah Cemerlang, Akademik Gemilang.

Terima kasih tak terhingga kepada Pn. Zaiton Su, Setiausaha HEM, Pn Suzira Mamat - Guru Bimbingan Kaunseling dan semua Jawatankuasa saya yang telah mengemaskini dokumen dalam fail seperti yang dikehendaki. Apa yang diminta semua ada dalam fail...
Dalam post yang lepas telah maklum fail  dalam pengurusan HEM yang perlu disediakan untuk divertifikasi oleh Nazir so siap sedia yang tu je, tp yang lain pun kena siap sedia, kekadang tak tentu pegawai tu minta yang mana.

Bila pelaksanaan program didokumentasikan mengikut masa, masalah tak akan timbul. Itulah bukti sebenarnya. Alhamdulillah diharapkan program-program ke arah peningkatan sahsiah akan diteruskan dan ditambahbaik ke arah sifar masalah/isu.

Tugas Nazir - mendengar, melihat dan mencatat

 Empat pegawai dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti;
1. En. Ahmad Kamal b. Hj Yasin - Nazir Kanan JNJK Pahang
2. En. Tajudin bin Shaari -Cawangan Kulim, Kedah
3. Pn. Zurita bt Md Ramli - Perlis
4. Pn. Noor Salmiza bt Ismail - Perak



Kyusuknya kakak-kakakku mendengar dan mencatat.
 
 Terima kasih ye Guru Bimbingan Kaunseling dan LO Nazir kali ini.

Bunga mawar kembang berseri,
Menghiasi laman harum mewangi,
Mengalukan kedatangan tetamu hari ini,
Semoga datangmu Tuan membawa rezeki.


Friday, February 14, 2014

SKMC Top 10 Sekolah Berprestasi Tinggi

TAHNIAH dengan perkhabaran ini...

Dua hari tak pergi ke sekolah...+ 2 hari cuti hujung minggu,  so kena tunggu minggu depan la baru dapat berjumpa semua...rindu la pulak. Agaknya semua sibuk membuat persiapan untuk majlis besar yang akan dilangsungkan dalam masa 2 minggu ni kan.... Esok nak ada Seminar Keibubapaan Tahun 6, minggu depan pulak Majlis Anugerah Cemerlang 2013...Tu belum lagi aktiviti-aktiviti rutin lain yang terlibat. Ha..jangan lupa minggu depan jugak la nazir akan datang memantau sebab minggu depan minggu akhir untuk penilaianTawaran Baru Guru Besar, jadi mereka pasti datang, so standby je la, tak tau hari apa mereka nak datang. Minggu depan pun akan menerima tetamu dari IPG Kampus Ipoh. Welcome semua. Kedatangan anda amat dialu-alukan.

2 hari kena berada di sini.
Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Hutan Melintang, Perak.
Bersama GB menghadiri Bengkel Kerja Kelestarian Akademik Sekolah Berprestasi Tinggi untuk Pentadbir Siri 1/2014.
Syukur alhamdulillah berkat kerajinan guru-guru dan murid-murid serta sokongan ibu bapa Marian terus cemerlang. Semoga sekolah saya akan terus meningkat prestasinya. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Semuanya memerlukan pengorbanan dan kerjasama.


                                                        Ranking 20 Terbaik Sekolah SBT 2013/2014
Ucaptama daripada
Tn Hj Md Kasim Md Noah
Timbalan Pengarah Bah. Sekolah Berasrama
Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Kementerian Pendidikan Malaysia
(daripada 55 buah SBT Sekolah Rendah)
1  SJKT Ladang REM, Johor
2  SK Convent of Infant Jesus (2), Melaka
3  SK Bukit Damansara, WP Kuala Lumpur
4  SK Taman Tun Dr Ismail (1), WP Kuala Lumpur
5  SK Convent  of Infant Jesus (1), Melaka
6  SK Perempuan Methodist, Pahang
7  SK Convent Infant Jesus, Johor
8  SK Zainab (2), Kelantan
9  SK MARIAN CONVENT, PERAK
10 SK (P) Sultan Ibrahim, Kedah
11 SK Convent (M), Johor
12 SK Convent Green Lane, Pulau Pinang
13 SK Assunta Convent (M), Selangor
14 SK Putrajya Presint 11 (1), WP Putrajaya
15 SK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
16 SK Bandar Uda 2,Johor
17 SK Seri Bintang Utara, WP Kuala Lumpur
18 SK Jalan 3, Selangor
19 SK Zainab (1), Kelantan
20 SJKC perempuan Cina, Pulau Pinang


En Muhamad Bustamam Abdul Malik
Pensyarah Cemerlang DG54  IAB memberi Taklimat Pelan Tindakan
Prof. Datuk Hajah Mizan - Pengarah Permata Insan

Pensyarah IPG Bahasa Kampus Antarabangsa
Ang Chooi Kean memberi Taklimat Pencerapan Klinikal
Banyak ilmu yang diperoleh sepanjang berada di sini.
Kata-kata yang akan sentiasa diingati....
Ilmu yang diperolehi adalah untuk
MENAMBAHBAIK yang MEMANG BAIK dan
MENAMBAHBAIK yang KURANG BAIK..

"If you want to keep young, we've keep learning"