Thursday, June 26, 2014

Germ Buster Challenge Peringkat Negeri Perak

Tarikh: 25 Jun 2014
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat:  Agromall Mydin, RTC Gopeng, Perak
Anjuran:  Pusat Kesihatan Sekolah Negeri Perak & JPN Perak
Peserta:  Kelab Doktor Muda
Aktiviti :  Explore Race, Pertandingan mewarna, Pameran

4 orang murid sekolah yang mewakili daerah dalam Explore Race Germ Buster Challenge. Tahniah walau hanya mendapat saguhati, next time usaha lagi. Pengalaman pertama memberi makna untuk meneruskan perjuangan. Tahniah SK Seri Iskandar, dari Daerah Perak Tengah yang menjadi johan.
                                 
 Tahniah dan terima kasih juga kepada penari sekolah
 yang mendapat jemputan membuat persembahan semasa majlis penutupan.
 Selesai aktiviti, dapat juga menambah ilmu di sudut pameran sambil posing-posing ye.


Terima kasih Cikgu Zura, Cikgu Noriza dan Cikgu Zaiton Su
yang menguruskan semua peserta.
Nampak ke tu....?  Good........


 Terima kasih juga kepada tukang solek dan yang mendandan tu ye..
Marian Indah, Murid Terserlah


Jom bersenamrobik bersama Kelab Doktor Muda

Program ini adalah salah satu aktiviti yang dikelolakan oleh Kelab Dr Muda bagi peserta  program Obesiti dengan kerjsama Pusat Kesihatan Sekolah Buntong pada 24 Jun yang lalu bermula jam 2.30 petang di Dewan Gemilang SK Marian Convent. Seramai 20 orang murid sekolah saya tergolongan dalam kumpulan obesiti....ermmmmmmmm saya pun kira obe jugak...nak buat macam mana, tak nak turun-turun berat ni.



 Kebetulan murid Tahun 3 ada program Twinkle-Twinkle Little Star, 
so mereka  join la, suasana jadi lebih meriah.


Penyelaras Cikgu Zura, Doktor Ooi  serta Jurulatih senamrobik 
dan sebahagian murid yang terlibat.


Jejak kasih dalam penanda aras

Pertemuan yang tidak disangka... kira satu kebaikan program lawatan penanda aras ni kan, Mana tau dapat berjumpa semula setelah berpuluh tahun berpisah....zaman maktab bersama selama 3 tahun, posting di campak ke merata negeri, setelah hampir 27 tahun dipertemukan semula...

hindon...kenal tak? tula kata-kata awal yang keluar dari mulut kak cik....
mana boleh tak ingat ...best frenn zaman tu...tempat bermanja lagi....
rupa tak berubah, cuma saiz aje berbeza ,,,,hihihi jangan marah ye kak cik.
 Bersama kak  cik... FaIzah Mohd Khir  - orang Kedah yang menetap di Penang.Tetap orang utara.

 


Kapal berlabuh di Tanjung Datu,
Bawa muatan buah berangan,
Buat dagangan orang tempatan;
         Walau jauh beribu batu,
         Hilang di mata, di hati jangan.
         Kasihmu mekar dalam ingatan.