Monday, July 14, 2014

Minggu Baharu, ada Guru Praktikal Baharu

Minggu ni Minggu ke 26 persekolahan, dah masuk pertengahan Julai...bermakna dah setengah tahun bersekolah, UPSR pun dah tak lama lagi...nampak gaya semua cikgu-cikgu dan murid-murid Tahun 6 dalam fasa sense of urgency. Perancangan mantap harus diatur bagi memastikan pencapaian 100% dapat digapai.
Minggu ni juga bermula Pemimpin Sekolah Tahun 5 mengendalikan perhimpunan. Sebagai langkah awal bagi mereka menguruskan perjalanan perhimpunan rasmi setiap hari Isnin dengan bimbingan guru bertugas. Bagi peluang kakak-kakak Tahun 6 menumpukan sepenuhnya tumpuan pada UPSR. Di sekolah saya majlis perhimpunan rasmi dikendalikan sepenuhnya oleh Murid-murid secara bergilir. Arahan semua diberikan oleh Ketua dan Penolong Murid, sekarang murid tahun 5 yang beri arahan, Semua cikgu-cikgu boleh la memerhati bakat kepimpinan mereka, siapa yang layak jadi calon Ketua Murid Tahun hadapan.
Juruacara: Vassalyn       Bacaan doa: Nur Auji        Ikar: Chin YeeLing
 

Bermula minggu ni juga seramai 7 orang guru pelatih dari IPG Kampus Ipoh akan menjalani latihan praktikal selama 2 bulan. 3 orang di sesi pagi dan 4 orang di sesi petang...Hehehe sempat bergambar dengan mereka., nama tak ingat lagi...eh memang tak tahu lagi, belum sempat bersembang lagi.
                 
Ni Syuhadah dan Kamariah, mereka dah biasa kat sekolah ni, sebab pernah membuat latihan praktikal di sekolah saya ni. Kali ni mereka berdua sedang menjalani intership selama sebulan (mereka dah bermula minggu lepas lagi), kena buat projek, ni kira projek mereka la ni... Satu program bagi menanamkan sikap suka membaca di kalangan anak-anak Marian. Patutla nampak di setiap tiang ada kata-kata hikmah. Insyaallah nanti saya kongsikan kata-kata hikmah tersebut.






Ada  seorang lagi guru yang mula hari ni untuk membuat latihan penanda aras di sekolah saya. Tapi cikgu ni dah berpengalaman. Seorang Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Perempuan Methodist (MGS) yang sedang mengikut Kursus NPQEL... bakal guru besar ni.









Semoga semuanya dapat berkongsi ilmu dan berjaya dalam latihan program masing-masing.
Terima kasih kerana memilih Sekolah Saya sebagai tempat menambah ilmu. Yang baik jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan.

Saturday, July 12, 2014

LADAP: Pemantapan ICT dalam pendidikan

Duduk depan sekali tu, senang nak tanya ye.. 
Sekarang ni semua nak dimantapkan. 
Hari ni 14 Ramadhan. Walaupun bulan puasa, hari sabtu pulak tu, cikgu-cikgu sekolah saya datang jugak ke sekolah untuk menambah ilmu bagi memenuhi kehendak perubahan pendidikan dalam teknologi yang semakin canggih dan memudahkan proses pembelajaran dan pemudahcara semasa penggunaan Frog VLE. Pada 28 Jun lepas cikgu-cikgu kat sekolah saya ni dah pun menghadiri LADAP ICT yang dianjurkan Unit ICT JPN Perak di sekolah saya. Masa tu saya tak dapat hadir sebab ada kelas PPG. So ilmu yang diperolehi hari ni sangat berguna. 
                                   
                                 
 Terima kasih Cik Sheny Oi dari Syarikat YES YTL..
                                 
                                 
 Cikgu-cikgu saya yang terror ICT tu pun kyusuk buat latihan.
Banyak ilmu yang saya perolehi hari ni....tak rugi datang.
lepas ni nak tuntut ilmu nak kreatifkan laman blog ni pulak..

Thursday, July 10, 2014

Pemantapan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Hari ni kat sini... mendengar taklimat tu daripada En Saiful Bahari bin Mohammed Tauhid, Ketua Unit Pengurusan Prasekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia yang dihadiri oleh Pen. PPD Perhubungan & JU Daerah seluruh negeri Perak. Dari PPD Kinta Utara 6 orang je.
                                                 
 Pertama kali bertemu dan mendengar ucapan & taklimat
Timbalan Pengarah Pendidikan JPN Perak.
Tuan Haji Zulkurnaini  bin Hussin
 Bersama Puan Shamsina bt Shaharum AJK PIBG sekolah saya
yang dilantik sama menjadi Jurulatih Utama (JU) 
Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Negeri Perak.

Tugasan selepas ini.. memberikan taklimat kepada Pengetua & Guru Besar peringkat Daerah (yang ni pas pada Pn Mastura n Dr Hadi la kot ye..hehehe saya jd urusetia je.) dan Taklimat kepada semua guru dan ibu bapa - sekolah saya terutamanya.

Selamat Berpuasa...