Saturday, August 15, 2015

Hari raya di Sekolah Saya

Hari ni syawal terakhir 2015, Teringat sambutan Hari Raya sekolah saya yang diadakan 29 Julai lalu, tak sempat nak berkongsi kemeriahannya. Walaupun dah di akhir syawal ni masih terasa suasana kemeriahan sambutan Hari Raya. Deco raya yang dibuat oleh semua guru-guru dan JK Sambutan menjadikan suasana lebih ceria dan bermakna.
Lebih bermakna diadakan juga Sambutan Hari Lahir bagi murid dan guru yang lahir pada bulan Jun dan Julai. Hari lahir saya Julai.... jadi berganda-ganda la sukanya saya..
                                    
 
 
                                     
                             


Wednesday, August 5, 2015

Penanda Aras dan Jalinan bersama Universiti Tunku Abdul Rahman

Program ini dijalankan 2 hari iaitu pada 30 dan 31 Ogos 2015
Pesertanya seramai 24 orang pelatih guru dan 2 orang pensyarah
Mereka semua ni bakal-bakal 'teacher' dan 'sir' kerananya mereka adalah pelatih pengajian Bahasa Inggeris.

Hari pertama
Program Akademik bersama murid tahun 4 dan 5







 Khidmat masyarakat - menceriakan kawasan sekolah
 
 
                                        
Hari kedua nanti menyusul ye...

Terima kasih semua.
Semoga anda terus cemerlang.

Saturday, August 1, 2015

Program Motivasi UPSR 2015 'Shining Bright Like A Diamond'

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..
Seminggu dua ni agak sibuk sikit, so tak sempat nak update cerita sekolah saya ni.
lepas ni kena cerita yang ringkas-ringkas aje. Tunjuk gambar aje pun dah cukup kot.
UPSR dah nak dekat ni.... gerak gempur la sekarang ni, ada beberapa program khas untuk Tahun 6 perlu diselesaikan.

Motivasi untuk semua calon UPSR bagi meningkatkan prestasi. Setiap murid berbeza tahap prestasinya, so kami berikan button badge bagi semangat dan galakkan untuk mereka meningkatkan prestasi masing-masing ke arah yang lebih cemerlang. Warna button melambangkan tahap mereka selepas menduduki peperiksaan pertengahan tahun.

Biru - lulus A dan B dalam semua subjek - calon perlu berusaha untuk menjadikan semuanya A dan menambah jumlah markah ke tahap maksimum.

Hijau - Lulus A,B dan C dalam semua subjek - calon perlu berusaha dengan lebih untuk mencapai target semua subjek A

Kuning - Ada subjek yang gagal. - calon perlu berusaha dengan melipatgandakan kerajinan dan latihan untuk sekurang-kurangnya lulus semua subjek.

Namun harapan di akhirnya nanti semua calon mendapat 5A kerana itu target mereka semua.
Kejayaan yang cemerlang hanya akan dicapai oleh mereka yang usaha dengan kerajinan yang berganda, fokus dan yakin.

Tetamu yang hadir:
1. Ucapan Motivasi oleh En Mohd Yusof bin Hassandi - Penolong PPD Unit Akademik Bahasa
2. Pn Amnah bt Jalaludin - Pen. PPD Bahasa Melayu (SM) selaku Penghuluwati sekolah
3. Encik Mohamad Rosli bin   - Guru Besar SKK SK Sungai Rokam (sekolah mentee SBT)
4. Puan Rosida bt Mohd Sainee - Guru Besar SKK SK Raja Perempuan (sekolah mentee SBT)



Penerima Button badge Biru a diserahkan oleh Encik Mohd Yusof bin Hassandi


                        Penerima Button badge Hijau disematkan oleh Puan Amnah Jalaludin
  Penerima Button Badges Kuning disematkan oleh Pn Hjh Rogayah bt Pilus

  
Pengerusi Majlis

                   Ucapan Motivasi oleh Pegawai PPD                Ucapan Guru Besar
 Barisan Tetamu dan Pentadbir Sekolah

 Jawatankuasa Kerja/ Guru-Guru Tahun 6

Terima kasih kepada semua atas kerjasama menjayakan program.
Semoga anak-anak Marian akan beroleh kejayaan yang cemerlang.
Berkat usaha, dorongan dan doa semua pihak.