Saturday, March 19, 2016

Motivasi Akademik Tahun 6








                          


Tuesday, March 8, 2016

Bersama team pengakap ke Brunei

Semalam selesai mendengar taklimat di PPD terus balik ke sekolah. Masih berkesempatan merakam kenangan bersama mereka. Kali ni tak dapat turut serta dalam program-program sekolah di peringkat luar. Masih terikat dengan dengan syarat kursus NPQEL.
Semalam juga diadakan majlis penyerahan bendera pengakap Negeri Perak kepada team pengakap yang akan menyertai Perkhemahan Pengakap Kanak-kanak Antarabangsa di Brunei yang akan berlangsung pada 18 Mac hingga 24 Mac 2016. Seramai 9 orang murid SK Marian Convent dan 3 orang guru termasuk guru besar mewakili Malaysia dalam program tersebut.















Guru-guru SKMC yang turut serta:
1. Pn Hajah Rogayah bt Pilus - guru besar
2. Pn Rabiyah bt Ibrahim
3. Pn Fairul Nazwa bt Mohammed Taip

Ahli Pengakap SKMC:
1. Chrisvyn Visha a/p Kanatazan
2. Samantha Lee En Syuen
3. Nur Qistina Amani bt Baharuddin
4. Nur Yasmin Madihah bt Mohd Hafizi
5. Nurul Natasha Eliya t Azmir
6. Aina Sofiya bt Sharul Hizad
7. Nur Alya Syafiqah bt Mohd Shukri
8. Abynasha a/p Sarawanan
9. Adriana Zatasha bt Hj Mohd Azam Shah


.Bersama Guru Besar yang turut serta untuk mencari peluang membuat penanda aras ke seb
uah sekolah di Brunei
Baru berkenalan dengan Cikgu Siti Maharom 
dari SK Proton City, Tanjong Malim, Perak
Guru Besar bersama pemimpin Pengakap  yang akan turut dalam perkhemahan di Brunei.
Semoga selamat pergi dan kembali.

Sunday, March 6, 2016

Kenangan 2 minggu di SK Convent, Ipoh

Bermula 22 Februari 2016 hingga 4 Mac 2016
                              

Kenapa pilih SK Convent sebagai sekolah penandaarasan?.. 
a. SKC pesaing sihat dalam pencapaian UPSR. Sentiasa seiring dengan kecemerlangan SKMC. Ada program-program kecemerlangan yang boleh dikongsi bersama.
b. Guru Besarnya yang berpengalaman dan mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri. Nak belajar cara beliau memimpin dan mengurus sekolah.
c. PK Pentadbirannya, sahabat dan rakan sekerja yang komited serta berpengalaman.
d. Jarak dan laluan ke SKC yang mudah dan strategik dari rumah dan sekolah sendiri.

Peneraju Kecemerlangan SK Convent., Ipoh 
Pn Hajah Rafiah bt Abd. Razak

Ni la PK Pentadbirannya yang banyak membantu dan meneman..hihihi sepanjang hari duduk berkongsi meja dengannya... beruntung diberi keselesaan duduk bersama dalam biliknya yang selesa dan sejuk...

 Suasana persekitaran sekolah

 Murid-muridnya yang ceria
                          

 Amalan Budaya Sekolah
                         
                            
Guru-guru yang mesra..

                        
 Kepimpinan Guru Besar
 Mesyuarat Pentadbir
 Mesyuarat PIBG
 Penyemakan Buku Rekod Mengajar Guru
 Mesyuarat Kurikulum/Guru

Bersama pentadbir....

Riang ria bersama mereka...

                           
 
 Tanda ingatan... Jasamu dikenang.
Hari ini perjuangan, Semalam kenangan, Esok adalah harapan.
Terima kasih semua warga SK Convent, Ipoh.