Sunday, May 15, 2016

Lagu Tema Hari Guru 2016 : Nostalgia Hari Guru 2009

Esok dah nak sambut Hari Guru... Sambutan kali ke 28 buat diri saya.
Nak search lagu tema tahun ni... Teringat sama temanya dengan tema Hari Guru 2009. Tu yang nostalgia sangat.. nak kata masih hafal tu ingat-ingat la sikit ... tapi melodinya masih tak lupa...   Nostalgianya kami menyanyikan lagu ni di Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kinta Utara pada 2009. Masa tu berkhidmat di SK Rapat Setia.

Guru Pembina Negara Bangsa. 

Bersedia melangkah megah
walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz janjiku kota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap tunggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik:  Ili Nurbahirah t Baharudin
Pengubah Muzik:  Marzuki bin Tami


Kenangan bersama guru-guru di SK Rapat Setia...



Friday, May 13, 2016

Minggu Exam 6 Kenanga

Hari ni bertugas mengawas peperiksaan di kelas 6 Kenangan..  Exam pertengahan tahun. Tak sedar pun mereka n..
Goodluck girls.

                          
                         
Melihat prestasi peningkatan anak-anak...
Biarkan gambar berbicara...
#Sayang kamu semua.

Sunday, May 8, 2016

Taman Herba SK Marian Convent

Menjadi pusat aktiviti luar bilik darjah..
Kebetulan lalu di sini, ahli PBSM sedang mengenali pelbagai jenis tanaman herba yang ada di taman ini.

Antara pokok herba yang terdapat di sini... cekur, kunyit, pegaga, pandan, misai kucing, mas cotek, belalai gajah, sireh, melur, buah markisa dan macam-macam lagi. Nanti boleh intai di lamanskmarianconvent.blogspot.com.


Setiap pagi bila meronda, singgah di sini untuk memetik pucuk belalai gajah... 
basuh dan terus pepah... cubalah amalkan untuk elakkan cancer ..
Mula-mula aje rasa kelt-kelat... lama kelamaan ala bisa tegal biasa..
Masuk bilik minum la air...hihihi.

#Nak awet muda dan sihat amalkan makanan herba yang segar...