Tarikh keramat bagi seorang guru muncul lagi.
Di tarikh ini juga menandakan cukup 10 bulan saya di sini
Di Sekolah Kebangsaan Bakong, menggalas tanggungjawab yang diamanahkan sebagai seorang Ketua Organisasi.. senang cakap Guru Besar la...
Kali pertama menyambut Hari Guru di SK Bakong...
16 Mei 2017 ... Aku dan SK Bakong
16 Mei 2017
datang menjadi memori setiap guru
merai menghargai jasa pengorbananmu
Aku...
30 tahun bergelar guru
12 sekolah berbakti mencurah ilmu
5 negeri aku selusuri
mencari rezeki...
menyambut Hari Guru setiap 16 Mei
16 Mei 2017
10 bulan aku di sini
SK Bakong..... mimpi menjadi realiti
Langkah aku sebagai seorang Guru Besar
menggalas impian dan harapan anak-anak...
Menanggung dan Menjawab setiap persoalan...
Bertindak mengikut keadaan
Berfikiran waras dan keimanan
Merubah ke arah kecemerlangan....
SK Bakong Excellent...
Detik perjalanan
yang baharu semalam kurasakan...
Terlalu banyak impian dan harapan
berbekalkan semangat kasih dan sayang
suka dan seronok....
kebersamaan dalam mengejar impian..
segalanya untukmu SK Bakong...
10 bulan dalam perjalanan....
Terima kasih menerima seadanya diri ini
meski ada yang suka dan benci...
Ikhlaskan diri menerima dan memberi
Merubah dari yang biasa ke luar biasa
Menukar rupa sekolah kita
Mencipta kelainan di luar minda
menjadikan suasana ceria dan indah..
Merancang aktiviti mengeratkan ukhuwah
Menjalin hubungan mesra bersama
Tanpa mengira masa, usia dan bangsa
Merakam memori tiap ketika
Namun masih ada yang belum selesai.....
Ayuh sahabat semua
Kita bina mercu tanda
Kita cipta sejarah dunia
Kita realitikan impian
Kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul
Kita jadikan hari ini lebih baik daripada semalam
Dan esok lebih daripada hari ini
Demi masa depan generasi mendatang...
anak-anak SK Bakong tercinta
sebelum kapal berlabuh
Sebelum titik noktah terhenti di sini
Sebelum perpisahan terjadi
Yang entah bila.... tapi pasti....
Ya Allah...
kuatkan kami dalam meneruskan
perjalanan hidup ini mencapai impian
meredah cabaran dan rintangan..
Murahkanlah rezeki dan kekuatan semangat...
Kesihatan diri dirahmati selalu
Demi untuk anak-anak sekolahku
Semoga ....
SK Bakong boleh, SK Bakong Excellent.
Impian
Cikgu Hindon
16 Mei 2017
Lama betul tak berkarya... entah tiba-tiba terlahir kata berirama yang hanya mampu dilafazkan di sini. Tersimpan sebagai memori...impian dan harapan yang terpendam. Tak terucap oleh lidah ..
#dahsayangkatSKB
#sayangnaktinggakan
#maafkansaya
#janganbencisaya
Saturday, May 20, 2017
Saturday, May 13, 2017
Muzium Trick 3D Pulau Pinang
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera
Dah berapa kali hajat nak ikut rombongan sekolah ke sini tak kesampaian.
Memang teringin sangat nak ke sini. Bila pergi secara berkumpulan ni murah la sikit.
Nak cari pun sebenarnya senang aje.. cuma bila naik bas ni.. susah la sikit sebab laluan jalannya sempit sikit. Kalau datang dengan kereta sendiri, oleh parkir di Padang Kota, kemudian berjalan menyeberang jalan menuju ke Bangunan Chinese Chamber of Commerce.Trick Art 3D terletak selang beberapa pintu di jalan Lebuh Penang. Nak pergi boleh contact dahulu dan dapatkan diskaun untuk yang pergi berkumpulan.
Alamat:
Penang 3D Trick Art Museum
10, Lebuh Penang
Butterworth, 10200Pulau Pinang
Telefon: +604-263 1628
Waktu operasi:
Isnin- Jumaat : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu & Ahad : 9.00 pagi hingga 8 malam
Harga Tiket
Dengan mykad
Dewasa (13 tahun ke atas): RM15.00
Kanak-kanak/Pelajar/Warga emas : RM10.00
Tanpa mykad :
Dewasa(13 tahun ke atas) : RM25.00
Kanak-kanak/Pelajar/Warga emas : RM15.00
Jom ikut ke lokasi yang sempat saya rakamkan untuk dijadikan kenangan...
Jangan lepas peluang untuk berposing di setiap sudut lokasi.
Di setiap sudut ada jurugambar yang boleh membantu.... malu nak bergambar memang terlepas la peluang..
Bergambar sementara menunggu tiket diurus di hadapan pintu masuk
Hati-hati bila duduk di batang pokok kelapa tu... licin
lagi-lagi yang tak sampai kaki menjejak bumi

Sebelahnya lokasi ni pulak..
nak minta izin tuan rumah untuk memetik manga tu..
dah dapat kebenaran boleh la petik buah manga tu...
ha seguni juga saya dapat petik buah mangg tu... hihihi
jangan lepaskan peluang untuk mengait buah
Di hadapan kampong ni terdapat kampong nelayan..
Merasa la naik perahu ni..
Masuk pulak ke bahagian kedua.. Nostalgia Pulau Pinang..
Sebelum tu nak bagitau, bila nak ambil gambar ada spot point yang disediakan bagi memudahkan kita mengambilt gambar secara 3D... jadi macam real... setiap lokasi ada 2 atau 3 spot point nye..
Kena ikut arahannya.. selain untuk dapatkan gambar yang cantik... juga menjaga keselamatan diri.
Jom naik beca di padang kota...
Melawat ke Taman Burung dan Taman Rama-rama
Terus naik ke Bukit Bendera
Zam zam ala kazammm... Jom terbang
naik tikar terbang ni kena buka kasut tau...
Sebenarnya ada lagi lokasi di laluan ni yang saya tak sempat nak posing...
bila dah ramai pengunjung, kena menunggu giliran
Di tingkat atas banyak lagi lokasinya ni... dah mabuk gambar
haaaa ni la lokasi yang saya suka sekali... dunia fantasi kanak-kanak
mereka dah posing dulu sebelum saya sampai... huhuhu...
Selepas di dunia siput, kami pun bermain di dunia panda pulak...Tengok la gaya anak-anak SK Bakong saya tu... ha ni la seronoknya berjalan dengan rombongan sekolah...
ha.. kat sini jangan lupa kutip duit emas yang diberi oleh aladin lampu ajaib ni...
Takuttttttttttt..... geli rasanya...


Sebelum keluar kena melalui laluan berapi ni... hati-hati bila berjalan atas titi kayu tu.
Hampir 2 jam di sini... rasa memang tak puas tapi kena teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..
Terima kasih semua... dapat bersama-sama bersantai dan mencipta memori .
Tuesday, May 9, 2017
Hari Keluarga Warga SK Bakong
30 April 2017(Ahad)D'Lereng Camp, Chepor, Perak.
Alhamdulillah kami dapat berkumpul di sini dalam keluarga yang besar.
Seramai 11 keluarga cikgu-cikgu sekolah saya hadir, bersama-sama berkenal mesra,
2 keluarga je tak dapat hadir kerana urusan keluarga yang tak dapat dielakkan.
Aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan ukhuwah dan mengenali antara satu sama lain.
Kehadiran JK PIBG turut memeriahkan suasana hari Keluarga SK Bakong buat pertama kalinya.


Terima kasih semua yang hadir.
Terima kasih kepada JK yang menguruskan perjalanan aktiviti program ini yang diketuai oleh Puan Madasima guru kanan HEM.
Terima kasih pengusaka kem En Nasa...
Subscribe to:
Posts (Atom)



































