Friday, June 30, 2017

Maaf zahir Batin daripada Kami di SK Bakong

Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin daripada seluruh warga SK Bakong.

Tahun ni raikan anak-anak-anak di SK Bakong. Kemeriahan sebelum cuti Hari Raya.  Majlis pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dan semua anak-anak SK Bakong. Semua dapat tapi jumlahnya tak sama. Anak-anak dikategorikan dalam beerapa kategori iaitu:
Anak Yatin/Piatu
Berpuasa penuh
Berpuasa melebihi 20 hari
Tidak berpuasa langsung

Alhamdulillah, terima kasih kepada penderma-penderma yang agak banyak pada kali ini. Semua diagihkan kepada anak-anak. Semoga dimurahkan rezeki kepada semua penderma.

Salam dihulur, maaf dipinta. Semoga ukhuwah terus terjalin.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami cikgu-cikgu SK Bakong
 
 
Sumbangana untuk anak-anak SK Bakong
                     
Seronok anak-anak SK Bakong, Perak mendapat duit raya


Untuk anak-anak yatim/ piatu SK Bakong
Alhamdulillah ada kesempatan waktu menghadiah kuih raya
hasil air tangan sendiri.

Untuk semua cikgu dan staff...
sebalang consflake sebagai tanda penghargaan
                                    

 

 
Lemang ketupat juadah terhidang,
Memenuhi meja dipagi hari;
Ramdhan hilang, syawal menjelang,
Selamat menyambut Hari Raya Eidulfitri
 
 
Pasang pelita di waktu senja,
Menghias malam di eidulfitri;
Tangan dihulur maaf dipinta,
Salah dan silap harap dimaafi. 
 
  

Saturday, May 27, 2017

INOVASI HARI GURU 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tahniah untuk cikgu sekolah saya.. Puan Madasima Mohamad Esa yang berjaya mendapat pingat  Perak dalam Kategori Inovasi PdPc Sekolah Rendah.


Sokongan orang sekeliling untuk terus berinovasi
 
Tetamu yang mengunjungi booth cikgu Sima
Terima kasih Dato' Dr Muhammad Amin  bin Zakaria
Pengerusi JK Pendidikan Sains Alam Sekitar  dan Teknologi Hijau Negeri Perak
 
                                     
 
Tuan Haji Mat Jaafar bin Hj Mat Zain
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian
Jabatan Pendidikan Perak
                                     
 
Encik Zaudi bin Hj Lebai Mat - Ketua Pegawai PPD Perak Tengah
Encik Ahmad Zakuan bin Hj Mohd Razi - Timbalam PPD Perak Tengah
 
                                    


 
Dua hari bersama mereka, memberikan sokongan, kebetulan inovasi ni dibuat di Meru Mydin, Ipoh so tak ada masalah nak bersama mereka.
                                     

Nak tahu ke apa inovasi yang dibuat oleh cikgu sekolah saya ni..
Nanti saya cerita di next entru ye.


Tahniah Cikgu Sima,
Semoga terus berinovasi  dan mencemerlangkan diri..

Thursday, May 25, 2017

Selamat Bersara GB Azahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pagi tadi berkesempatan ke majlis persaraan
Tn Hj Azahan in Abu Hassan
Guru Besar SK Layang-layang Kiri.
Pertama kali meraikan persaraan guru besar di daerah ini yang diadakan sekolah.
Pertama kali juga saya melawat sekolah ini.
Selamat bersara Tn Hj. Azahan yang duduk bersama isteri GB Hjh Norasmah.


Para sahabat guru besar dan rakan pegawai PPD yang hadir meraikan yang bersara. Watikah persaraaan disampaikan oleh En Arif Penyelia Sekolah Rendah PPD Perak Tengah.

Sempat juga kami dok atas pelamin tu. bersama pengantin perempuannya. GB Hjh Noor Asmah bt Hashim, rakan seperjuangan NPQEL.

 
Selamat Bersara
Semoga sentiasa diberkati dan diberi kesihatan dan kesejahteraan hidup di alam persaraan.
Seronok la GB Asmah, balik kerja dah ada yang menanti....