Wednesday, July 19, 2017

SK Bakong, setahun kubersamamu

Kurakam memori di sini bersama perubahan
 

Hari-hari mendatang
Semoga akan terus tabah, cekal dan sabar
Melayan deruan angin
dingin pagi dan hembusan bayu petang
Merentasi kerikil di jalanan
Mengharungi hujan dan badai
Merimbun ceria harum mewangi
sambil menyapa belaian dedaun menghijau
Demi kecemerlangan anak-anak SK Bakong
Demi sebuah tanggungjawab, amanah dan kepuasan
Dengan rasa suka , seronok dan aku semakin sayang

di sini kurakam gambar setahun lalu
 
 
 
 Nostalgia semalam setahun yang lalu melapor diri di PPD Perak Tengah
Kebetulan semalam bermenyuarat di PPD... di bilik ini Al-Faruqi aku mula mengenali PET...
bersama Pegawai-peegawai LINUS PPD PET Excellent.


Alhamdulillah...
Terima kasih Perak Tengah
Terima Kasih SK Bakong
Di sini rezekiku.....
Di mana bumi dipijak
Di situ langit kujunjung.

Tuesday, July 18, 2017

Kunjungan Tuan PPD ke SK Bakong

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Hari ni rasa gembira dan terharu dengan kehadiran Tuan PPD Encik Zaudi bin Lebai Mat, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah di SK Bakong. Di hari-hari akhir perkhidmatannya sebelum majlis persaraanya pada 17.07.2017. Ni kira sekolah terakhir yang dikunjungi... semoga menjadi ingatan dan kenangan kemesraan cikgu-cikgu sekolah saya bersama beliau.

Tuan PPD tiba di sekolah jam 11.40 pagi.
Menandatangani buku pelawat dan merakam kenangan di bilik gerakan.



Sempat juga beliau melawat kawasan sekolah
Sporting dan mesranya beliau melayan kehendak kami di tengah hari rembang...
Bila anak-anak dah balik, apa lagi cikgu-cikgunya pun ....


 

 Walau panas terik Tuan masih sudi merakam kenangan di LINUS GARDEN..
Menunaikan hajat warga sekolah bersama Tuan PPD kerana tak dapat hadir semasa perasmian sudut ini tempoh hari.


 
  
     

Terima Kasih Tuan
Selamat Selamat Bersara daripada seluruh Warga SK Bakong



Sunday, July 16, 2017

Pembentangan PRIME Guru Besar Baharu 2017

Tarikh :  13 Julai 2017
Tempat:  SK Cikgu Mior Shaharuddin
 Masa   :  9.00 pagi
Penilai/Pemerhati:
1. Encik Zaudi bin Hj Lebai Mat - Ketua Pegawai PPD Perak Tengah
2. Tuan Haji Fadhillah bin Mohd Noor -  SIPartners PPD Perak Tengah
3. Tuan Haji Saidin bin Osman - SIPartners PPD Perak Tengah
4. Encik Mohammad Munis bin Musa - Ketua Unit Akademik PPD Perak Tengah.
5. Encik Ahmad Azuwan bin Ismail - Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Perak Tengah

Pembentang:
1. GB Hjh Noor Asmah bt Hashim - SK Cikgu Mior Shaharudin
2. GB Noor Hizan bt Abd. Jalil - SK Telok Perang
3. GB Noraini bin Samad - SK Pasir Panjang Ulu
4. GB Hindon bt Wahid - SK Bakong
5. GB Halimatus Saadiah bt Hj Mohd Sharif - SK Kota Seti






 
 
Selepas pementangan...bersama Tuan PPD dan SIPasrtners.
  
 
Terima kasih  atas bimbingan dan kerjasama semua.
Khasnya Tuan Haji Saidin Osman, pembimbing kepimpinan saya.