Sunday, November 20, 2011

Cuti SEKOLAH bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada semua murid dan pelajar serta guru-guru.. Selamat Bercuti..
Jumpa lagi di awal tahun 2012..

Cerita di hari akhir sesi persekolahan 2011 .
Perhimpunan semua murid sesi pagi dan sesi petang.

Ucapan akhir Pn. Nour Hafidzah  bt. Othman yang telah berkhidmat sejak 1.Feb 1985 yang akan bertukar sekolah ke Negeri Selangor. Jasamu tetap dikenang.



 



Friday, November 18, 2011

SK MARIAN CONVENT, IPOH terus CEMERLANG.

 Alhamdulillah syukur, berkat usaha dan kerjasama semua warga sekolah saya ni dan ibu bapa, sekolah saya telah mendapat kejayaan yang membanggakan dalam keputusan UPSR yang diumumkan hari ini. Lebih seronok dan suka serta membanggakan sekolah saya ni, majlis penyampaian slip keputusan telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara, Tuan Haji Marazlen @ Mar Azlan b. Amran. Majlis juga turut dihadiri oleh 4 orang pegawai PPD dari unit Sekolah Rendah dan Unit Akademik, Datuk Bandar Ipoh, Dato' Haji Roshidi b. Haji Hashim selaku YDP PIBG sekolah serta para ibu bapa.

Pencapaian yang membanggakan.
Calon  : 126 orang
Lulus semua mata pelajaran : 124 orang  ( 98.4%)
- Anugerah Kuantiti Cemerlang Daerah Kinta Utara
Calun mendapat 5A  : 55 orang orang   (43.7%)
- Anugerah Kualiti Cemerlang Daerah Kinta Utara
GPS sekolah  :  1.32
- Anugerah Pencapaian Cemerlang Daerah Kinta Utara

 

Datuk Bandar menyampaikan slip dan hadiah kepada anak bongsunya yang berjaya mendapat 5A. Turut sama Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara Tuan Haji Marazlen@Mar Azlan  b. Amran dan pegawai dari PPD Kinta Utara.
 

Sebahagian wartawan yang hadir.
Penyelaras Peperiksaan UPSR dan guru-guru Tahun 6 menyiapkan sijil Pencapaian untuk semua calon

SYABAS, Semoga kecemerlangan akan terus menjadi milik sekolah saya ni.

Wednesday, November 16, 2011

Terima kasih Malaysia

Pemberian RM100 kepada semua murid adalah satu sumbangan kerajaan kepada rakyatnya. Pemberian ini adalah untuk murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 bagi sekolah menengah. Bagi murid Tahun 6, mereka akan menerima pada tahun 2012 di sekolah tempat mereka mendaftar dan belajar nanti. Manakala sesiapa yang mempunyai anak yang akan memasuki tahun 1 pada 2012, jangan risau, insyaallah mereka juga akan menerima pemberian sumbangan kerajaan ini pada tahun 2012.

Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dan menghargai dengan apa yang diberi dan memanafaatkan pemberian itu untuk persediaan keperluan sekolah tahun 2012. Jangan guna beli benda lain ye. Mungkin nilai RM100 tu terlalu kecil bagi sesetengah ibu bapa tapi bagi keluarga yang berpendapatan rendah pemberian itu amat berharga.

Saya pun dapat juga, anak seorang dapat RM100 je la. Alhamdulillah, syukur. Bertuah la Ainny. 




Wednesday, November 9, 2011

Makin Nak Cuti Makin Banyak Aktiviti

Assalamualaikum...selamat sejahtera semua

Apa nak cerita ye......
Kerja banyak tapi bila mengadap benda ni...
rasa nak sembang pulak dengan yang sudi buka blog ni..
lebih-lebih lagi yang sudi menjadi follower...ada ke yang sudi tu!!!
Sekolah tinggal seminggu lagi..tapi macam-macam aktiviti dibuat sama ada peringkat sekolah atau daerah, malah agensi luar yang berhubung terus ngan sekolah wat macam-macam program. Bila fikir ada bagusnya.. ye la dah dekat nak cuti ni mood belajar dah kurang, jadi kena wat program yang memberi manafaat kepada semua. Betul tak?...Cikgu-cikgu memang sibuk la ..nak masukkan markah, nak kemaskini maklumat dan fail murid,  terutama  yang tahun 6 tu...

Makin nak cuti makin banyak aktiviti....
Bila murid kena pergi program-program tu..
nak tak nak cikgu-cikgu pun kena terlibat sama..
nak uruskan surat kebenaran, penghantaran dan macam-macam lagi la........

Ni la antara program luar yang sekolah saya terlibat...

1.  Kem 1 Murid 1 Sukan Daerah Kinta Utara - 11- 13 Nov
2.  Sukan Pembangunan Sofbol Negeri Perak  - 12 November
3.  Karnival Kesenian Kanak-kanak Negeri Perak - 11-13 Nov.
4.  Perkhemahan Intergrasi Unit Beruniform Daerah Kinta Utara-11-13 Nov
5.  Kejohanan Renang Tertutup Negeri Perak - 12 dan 13 Nov.
6.  Pertandingan Taekwondo RSB Negeri Perak - 12 dan 13 Nov.

Alhamdulillah dengan penglibatan mereka semua tu murid sekolah saya ni dapat menimba ilmu dan pengalaman untuk menjadikan murid dan sekolah saya ni lebih cemerlang.

K la..nanti cerita lagi....bye....wassalam





Tuesday, November 8, 2011

Makluman

HARI  DAN MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 
SK MARIAN CONVENT, 2011

Tarikh:    12 November 2011 (Sabtu)
Masa :    7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : SK Marian Convent.
Agenda:
    8.15 pagi : Pertandingan Antara Pasukan Unit Uniform
                      (Kawad kaki, Memasang Khemah, membuat Gejet,
                        Memasak dan Menghidang, ) 
                      Pertandingan Mewarna - Murid Tahun 3
   10.00 pagi : Persembahan
   11.00 pagi :  Majlis Anugerah Kokurikulum -
                      Penyampaian hadiah dan sijil .
                      Anugerah khas  induvidu dan pasukan yang cemerlang.  
                    
Gerai jualan makanan oleh setiap Pasukan Unit Beruniform
              
 Penglibatan: Murid Tahun 3, 4, 5, 6 dan
                    Guru Penasihat Setiap Unit Beruniform

Semua ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. 

Sunday, November 6, 2011

SK Marian Convent - Hari Kanak-kanak Sesi Petang

Bila tengok budak-budak yang comel dengan pelbagai jenis pakaian yang berwarna-warni, saya teruja nak tengok acara di sebelah petang. Yang paling sukanya tengok gaya mereka berpakaian...........


 




Sambutan Hari Kanak-kanak di SK Marian Convent.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Tak sabar nak cerita tentang sambutan Hari Kanak-kanak kat sekolah saya ni.
Ye la pertama kali saya meraikannya  di sekolah ni. Ceria dan berwarna-warni suasana dalam dewan.Comel-comelnya bila mereka menggayakan pakaian tradisional masing-masing.
Saya tumpang gembira dengan kegembiraan mereka. Bagi murid Tahun 6 ni adalah kali terakhir mereka meraikan Hari Kanak-kanak, bila dah masuk sekolah menengah tak la dikata kanak-kanak lagi.....





Pelbagai acara diadakan,
Ucapan guru besar dan ketua murid... Pemotongan kek.....Persembahan....Jamuan kelas

   


 
  Antara persembahan yang diadakan, lain daripada yang lain. Dah nama pun kanak-kanak nampaklah comelnya. Ni la masa mereka menunjukkan bakat yang ada. Selain persembahan solo banyak lagi persembahan lain daripada pemenang acara Pertandingan Kebudayaan Tahun 6. Maaf la sebab tak ada gambar murid tahun 6.
 

Di samping tu diadakan juga pertandingan Pakaian Tradisional yang paling ceria.
Ramai murid yang memakai pakaian tradisional sampai susah nak memilihnya.
Ni la 10 orang pemenangnya dari murid Tahap 2.

Habis persembahan, setiap kelas mengadakan jamuan. Selain menu khas yang disediakan oleh guru kelas, ramai juga ibu bapa yang memberi sumbangan makanan kepada kelas anak-anak mereka. Macam hari raya la pulak..beraneka jenis makanan....jemputan banyak. Makan kenyang la saya hari ni. Terima kasih ye semua.



Sambil memenuhi undangan, sempat juga saya bergambar dengan kanak-kanak yang periang dan comel-comel ni. Buat kenangan.
Kelas 5 Kenanga
Kelas 5 Seroja
Kelas 5 Mawar


Tahun 4 Kenanga
Kelas 4 Cempaka

Tahun 6 Kenanga
Tahun 6 Mawar

Selamat Hari Kanak-kanak.
Semoga semuanya akan menjadi anak-anak yang cemerlang
dan menjadi kebanggaan ibu bapa dan sekolah.





Friday, November 4, 2011

Sibuknya Minggu Ni....

Minggu ni minggu ketiga akhir sebelum nak cuti sekolah. Peperiksaan akhir tahun dah pun selesai..Ha macam-macam la nak buat. Nak semak kertas ujian, nak hantar laporan ke PPD, uruskan murid yang terlibat dengan aktiviti luar, masa ni juga la macam-macam kursus dan aktiviti diadakan, sibuk ngan aktiviti dalam sekolah lagi dan dah kena buat perancangan untuk tahun depan 2012 pulak.. Dah tanggungjawab semua kena buat la, tak da kerja, dok saja tak seronok juga. 

31 Oktober 2011 (Isnin)
Pelancaran Bulan Bahasa, walaupun terlewat dari tarikh sebenar, tapi kami tetap juga buat..Macam-macam aktiviti yang dijalankan dalam seminggu ni, tapi tak sempat nak ambil gambar sebab sibuk sikit nak libatkan diri sepenuhnya.

1 November 2011 (Selasa)
Pertandingan Sofbol Antara Kelas, Pertandingan ni diadakan selama 3 hari yang melibatkan murid tahun 4,5 dan 6.



Jalinan dengan Syarikat VICO...
Rezeki murid-murid, disamping mendengar ceramah khasiat minuman keluaran VICO dapat la mereka minuman percuma. 



 2 November 2011 (Rabu)
7.30 am - Silent Reading for 30 minutes anjuran Scholastic. Program ni dijalankan serentak di sekolah yang terlibat di seluruh negara
  


8.15 am  - Aktiviti Reading is Fun,


12.00 - 3.00 pm - Jamuan Akhir Tahun 6 dan Pengawas Sekolah di Dewan Azlan Shah, Aras 10, Dewan Bandaraya Ipoh.
 



3 November 2011 (Khamis)
Final Pertandingan sofbol antara kelas.




4 November 2011 (Jumaat)
Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah. Sambutan ni sepatutnya diadakan pada bulan oktober tetapi disebabkan kekangan masa dan murid sibuk menghadapi peperiksaan sambutan ni ditunda tetapi tetap diadakan untuk meraikan kanak-kanak yang cemerlang kat sekolah aku ni.